Contohi Hotel Tenera Bersama Artis Terkenal Laksanakan ESG Elak Pembaziran!

Oleh: Syed Yusof Wafa
Foto: Ehsan Hotel Tenera

Bersempena kedatangan Ramadan tahun ini, Hotel Tenera & Suites tampil dengan pendekatan berbeza apabila melaksanakan konsep Environmental, Social and Governance (ESG) dalam penganjuran bufet Ramadan mereka, sekali gus menegaskan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan tanggungjawab sosial.

Membawa konsep makanan Serantau Desa dari Malaysia, Thailand dan Indonesia, Hotel Tenera Mengangkat tema kelestarian serta mesej elak pembaziran di bulan Ramadan, pihak hotel menekankan prinsip sifar pembaziran sepanjang bulan mulia ini.

Menurut Baby Shima, beliau menyokong penuh inisiatif ESG yang dilaksanakan demi kebaikan semua pihak.

Inisiatif tersebut merangkumi kawalan penyediaan makanan secara berperingkat, pengurusan sisa makanan yang lebih sistematik, penggunaan bahan mesra alam serta galakan kepada para tetamu untuk mengambil makanan secara berhemah.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera & Suites, Fadzly Hamzah Ramadan bukan sekadar bulan menikmati juadah berbuka puasa, tetapi juga bulan mendidik jiwa tentang kesederhanaan, rasa syukur dan tanggungjawab dalam mengelakkan pembaziran.

Justeru, pelaksanaan ESG dilihat selari dengan nilai murni Ramadan yang menekankan keseimbangan dan keprihatinan terhadap alam sekitar.

Datin Alyah turut menyifatkan pelaksanaan ESG sebagai langkah progresif dalam industri perhotelan.

“Saya melihat banyak kelebihan atau manfaat apabila melaksanakan konsep ESG dalam bufet Ramadan kali ini.

“Antara kebaikannya adalah mengurangkan pembaziran makanan. Apabila kami membuat penyediaan makanan secara terkawal ia sebenarnya membantu mengurangkan lebihan makanan yang tidak habis, sekali gus mengelakkan pembaziran yang sering berlaku sepanjang Ramadan.

“Kaedah ini juga sebenarnya bukti pihak hotel amat menitikberatkan soal menjaga alam sekitar.

“Pengurangan sisa makanan dan penggunaan bahan mesra alam membantu mengurangkan pelepasan karbon serta bebanan tapak pelupusan sampah,” katanya.

Zaki Yamani turut hadir memberi sokongan.

Dalam masa yang sama, Fadzly juga akui rasa bertuah apabila usaha mereka turut disokong selebriti popular seperti Datuk Jamal Abdillah, Datin Alyah, Baby Shima, Zaki Yamani, Adam AF, Azura Aziz, Cheb Ali dan ramai lagi.

“Alhamdulillah, ramai artis turut hadir meraikan bufet Ramadan kami untuk menyokong pelaksanaan ESG yang kami buat.

“Penglibatan selebriti ini penting kerana ia boleh meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap amalan pengambilan makanan secara sederhana dan bertanggungjawab.

“Bukan itu sahaja, menerusi sokongan artis, masyarakat lebih terbuka melihat Hotel Tenera sebagai organisasi yang bukan sahaja mementingkan keuntungan, tetapi turut menitikberatkan kesejahteraan komuniti dan alam sekitar,” katanya.

Dalam masa yang sama, Fadzly juga akui rasa bertuah apabila usaha mereka turut disokong selebriti popular seperti Datuk Jamal Abdillah, Datin Alyah, Baby Shima, Zaki Yamani, Adam AF, Azura Aziz, Cheb Ali dan ramai lagi.

Beliau turut menambah bahawa pelaksanaan ESG memberi nilai tambah kepada pelanggan yang kini semakin prihatin terhadap isu kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat.

Mendapat Sokongan Selebriti Popular Tanah Air

Usaha murni ini turut mendapat sokongan ramai selebriti dan artis popular tanah air yang hadir memeriahkan bufet Ramadan Hotel Tenera pada 24 Februari ini.

Menurut Baby Shima, beliau menyokong penuh inisiatif ESG yang dilaksanakan demi kebaikan semua pihak.

“Saya rasa usaha Hotel Tenera ini sangat bagus kerana dalam bulan Ramadan, kita memang kena lebih sedar tentang pembaziran makanan.

Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah turut hadir memberi sokongan serta menghiburkan tetamu yang hadir.

“Kadang-kadang kita ambil lebih daripada yang mampu dihabiskan. Bila hotel sendiri ambil langkah untuk kawal dan didik pelanggan, itu sesuatu yang patut dipuji dan dicontohi.

“Pendekatan ESG yang diperkenalkan Hotel Tenera dalam bufet Ramadan tahun ini membuktikan bahawa kemeriahan berbuka puasa boleh diraikan tanpa mengorbankan kelestarian alam, ” katanya.

Sementara itu, Datin Alyah turut menyifatkan pelaksanaan ESG sebagai langkah progresif dalam industri perhotelan.

“Saya percaya kesedaran tentang kelestarian alam perlu bermula dari semua pihak termasuk industri hospitaliti.

“Apa yang dilakukan Hotel Tenera ini bukan sahaja baik untuk alam sekitar, tetapi juga mendidik masyarakat supaya lebih berhemah ketika berbuka puasa,” ujarnya.

Serantau Desa, Cita Rasa Mendunia

Tahun ini, bufet Ramadan Hotel Tenira tampil dengan konsep Serantau Desa, Citarasa Mendunia yang mengetengahkan keunikan hidangan tradisional dari tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Konsep ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian budaya Nusantara, malah membawa para tetamu menikmati hidangan yang kaya dengan rempah, aroma dan teknik masakan autentik dari rantau Asia Tenggara.

Antara hidangan istimewa yang menanti pengunjung bufet Ramadan adalah Dhalca Lutut Kambing, Gulai Kawah Raja Berangkat, Lidah Bakar, Sup Gear Box, Gulai Padang Urat Kering, Pecel Sayur dan sebagainya.

Tidak dilupakan menu istimewa Nasi Khao Mok Kambing Panggang, Pulut Mangga, Tom Tam Merah, Som Tam, Ayam Pop, Rendang Riau,

Tahun ini, bufet Ramadan Hotel Tenira tampil dengan konsep Serantau Desa, Citarasa Mendunia yang mengetengahkan keunikan hidangan tradisional dari tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Menurut Ketua Cef Hotel Tenera, Chef Sahisal Azrul, gabungan menu seperti juadah kampung Malaysia yang penuh nostalgia, sajian Thai yang terkenal dengan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis, serta hidangan Indonesia yang kaya dengan rempah ratus, menjadikan bufet Ramadan kali ini lebih istimewa dan beridentiti.

“Masakan Malaysia, Thailand dan Indonesia sebenarnya berkongsi akar budaya yang hampir sama, tetapi setiap negara mempunyai identiti rasa tersendiri.

“Malaysia terkenal dengan kepelbagaian rempah dan kuah berempah, Thailand pula menitikberatkan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis, manakala Indonesia pula kaya dengan teknik masakan berempah yang lebih pekat dan berani.

“Kelebihan konsep ini ialah tetamu boleh ‘mengembara rasa’ ke tiga negara hanya dalam satu malam berbuka puasa.

“Kami juga menitikberatkan kualiti bahan mentah dan cara penyediaan supaya rasa autentik itu benar-benar sampai kepada pelanggan,” katanya.

Menurut Ketua Cef Hotel Tenera, Chef Sahisal Azrul, gabungan menu seperti juadah kampung Malaysia yang penuh nostalgia, sajian Thai yang terkenal dengan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis, serta hidangan Indonesia yang kaya dengan rempah ratus, menjadikan bufet Ramadan kali ini lebih istimewa dan beridentiti.

Konsep Serantau Desa, Citarasa Mendunia ini sekali gus melengkapkan pendekatan ESG yang dibawa Hotel Tenera, apabila hidangan disediakan secara terkawal bagi mengelakkan pembaziran sambil tetap menawarkan variasi menu yang memikat selera.

Bagi mereka yang ingin rasakan suasana meriah, juadah pelbagai,
raikan Ramadan ini berbuka puasa bersama keluarga tersayang atau rakan taulan dengan kenangan gembira dan gelak ketawa memeriahkan suasana bersama di Hotel Tenera.

Bermula dengan harga Dewasa RM148+
Kanak-kanak RM78+ (5 – 12 tahun)

Sebarang pertanyaan lanjut untuk tempahan melalui talian:

📞 019-385 4796 atau 03-8929 9600

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...