Ernie, Syamel tonjol “Suasana Raya” di Hong Kong

Oleh: Khadijah Ibrahim

TAHUN ini ramai penyanyi mengeluarkan single raya bagi memeriahkan suasana menjelang Syawal. Sekali gus memberi pilihan kepada pendengar untuk mendengar lagu kesukaan mereka.

Turut sama mengeluarkan lagu raya kali ini adalah pasangan suami isteri, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel yang tampil dengan single berjudul “Suasana Raya”.

Lagu “Suasana Raya” menampilkan gabungan melodi klasik raya, lirik yang menyentuh jiwa serta keserasian vokal kedua-dua penyanyi tersebut.

Penggambaran video muzik “Suasana Raya” mendapat sokongan daripada Hong Kong Tourism Board.

“Suasana Raya” merakamkan keindahan pagi Syawal yang penuh ketenangan, kesyukuran dan kebersamaan keluarga. Lagu ini bukan sekadar hiburan perayaan, malah menjadi runut bunyi yang menghidupkan semula memori indah Aidilfitri yang dirindui ramai.

Menariknya lagu ciptaan dan lirik oleh Adam Armin bersama Yusuff Khan itu turut mendapat kerjasama daripada Hong Kong Tourism Board untuk penggambaran video muzik yang membawa dimensi visual segar kepada lagu ini, dengan latar lokasi yang moden, meriah serta mesra Muslim.

Menurut Ernie, Hong Kong merupakan destinasi yang sangat sesuai dengan konsep lagu dan video muzik ini.

Hong Kong sangat sesuai kerana ia Muslim-friendly dan memudahkan kami mencari pelbagai pilihan makanan halal, antaranya di Islamic Centre Canteen. Kami juga berpeluang melawat tempat ibadah seperti Kowloon Mosque.

“Selain itu, terdapat banyak tarikan pelancongan mesra keluarga seperti Ocean Park, dan ia menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna apabila kami dapat menjalani penggambaran sambil meluangkan masa bersama keluarga di sana,” jelasnya.

Tambah Ernie, suasana bandar Hong Kong yang vibrant dan dinamik turut menjadi inspirasi kepada konsep keseluruhan video muzik tersebut.

Bekerja sambil bercuti kerana satu keluarga berada di Hong Kong.

“Suasana di Hong Kong sangat meriah dan penuh warna, dan kami mahu peminat merasai vibe yang sama melalui “Suasana Raya”.

“Budaya dan persekitaran di sana memberikan elemen visual yang moden dan unik, selari dengan lagu ini yang menggabungkan elemen raya tradisional dan moden,” tambah Syamel pula

Sebagai menghargai sokongan peminat, Syamel dan Ernie Zakri turut menganjurkan sebuah sesi tontonan awal video muzik “Suasana Raya” bersama 100 peminat pada 17 Februari lalu di Aurum Theatre, Kuala Lumpur sebelum video muzik tersebut dilancarkan secara rasmi.

Bagi Ernie, perjumpaan dengan peminat itu sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong perjalanan seninya selama ini.

“Hari ni kami dah selesai buat fans gathering untuk muzik video “Suasana Raya”. Memang special sangat sebab kami dapat bagi peminat tengok dulu video muzik ini sama-sama sebelum release.

Lokasi yang dipilih dalam video muzik ini memudahkan pelancong Muslim untuk melancong ke Hong Kong.

“Bagi kami, dapat kongsi momen macam ni dengan peminat memang sangat bermakna, sebab sokongan merekalah yang paling kami hargai. Kami harap mereka suka video muzik ni, dan semua yang dengar “Suasana Raya” pun akan enjoy lagu serta visual dia sekali. Harap-harap lagu ni boleh bagi kenangan manis dan good vibe untuk semua yang dengar,” kata penuh harapan.

Dikenali dengan lagu-lagu balada yang penuh emosi, Ernie menyifatkan proses rakaman lagu ini sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan dan berbeza.

“Lagu ini sangat fun dan santai. Apabila merakamkannya bersama Syamel, proses itu menjadi lebih mudah dan penuh keseronokan, dan kami dapat benar-benar menikmati setiap momen,” katanya yang berjaya menghasilkan penyampaian yang lebih semula jadi dan ikhlas.

Keserasian mereka yang telah lama terjalin turut membantu menghasilkan penyampaian yang lebih semula jadi dan ikhlas.

Bagi Syamel pula, kekuatan utama lagu ini terletak pada melodinya yang catchy dan cukup
sinonim dengan kemeriahan suasana perayaan.

“Lagu “Suasana Raya” sangat catchy dan memang kena dengan mood hari raya. Ia adalah lagu yang sesuai didengarkan ketika meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Syamel.

Gandingan Syamel dan Ernie Zakri menerusi lagu “Suasana Raya” menampilkan irama yang catchy.

Beliau turut menambah bahawa menyampaikan lagu yang ceria juga memerlukan emosi yang jujur agar kegembiraan itu benar-benar sampai kepada pendengar.

“Kami mahu pendengar rasa kegembiraan itu. Sepanjang proses rakaman, kami sentiasa menyanyi dalam keadaan tersenyum supaya emosi tersebut dapat disampaikan dengan lebih ikhlas.

Berkongsi mengenai pengalaman penggambaran muzik video pula, Syamel menyifatkan ia
sebagai satu memori yang sangat bermakna buat mereka sekeluarga.

“Begitu juga sewaktu penggambaran video muzik lagu ini, terasa seperti kami sedang bercuti sekeluarga, sebab kami dapat bawa Khawla ke set penggambaran dan ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Hong Kong. Ia bukan sekadar penggambaran, tetapi satu pengalaman indah yang kami dapat kongsi bersama sebagai sebuah keluarga,” jelasnya.

Kedua-dua artis berharap agar lagu ini akan menjadi salah satu lagu raya yang terus dimainkan saban tahun.

“Kami berharap “Suasana Raya” akan menjadi antara lagu yang menemani detik-detik indah Aidilfitri, dan terus kekal di hati peminat untuk jangka masa yang panjang,” kata Syamel mengenai lagu yang boleh didengarkan di semua platform penstriman digital itu.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...