Amar Amran “Raya Satu Hati” bersama Apak Harry KAPAK

Oleh: Khadijah Ibrahim

TAHUN lepas Amar Amran yang merupakan pengasas jenama fesyen Amar Amran berduet dengan Dato’ Jamal Abdullah menerusi lagu “Raya Sehati Sedondon”.

Untuk Syawal tahun ini, Amar Amran memilih untuk berduet dengan Apak Harry KAPAK menerusi lagu “Raya Satu Hati”, sempena meraikan 51 tahun legasinya dalam industri busana tradisi Melayu.

Kolaborasi beliau dengan Apak Harry bermula tahun lalu kerana lagu dendangannya dengan Jamal Abdillah adalah ciptaan Apak Harry. Tahun ini bukan setakat mencipta lagu, gitaris kumpulan Khalifah itu turut menyumbang suaranya bersama Amar Amran, sementara lirik untuk lagu “Raya Satu Hati”, hasil kolaborasi Ajim Maze dan Amar Amran.

“Lagu “Raya Satu Hati” adalah sebuah karya istimewa yang menggabungkan semangat Aidilfitri, nilai kekeluargaan dan identiti gaya busana Melayu dalam satu naskhah muzik yang segar dan dekat di hati masyarakat.

Sebelum ini Apak Harry KAPAK sekadar mencipta lagu untuk Amar Amran, kali ini beliau turut menyanyi bersama.

“Karya ini menampilkan penceritaan raya yang penuh emosi, dari gema takbir, kepulangan ke pangkuan keluarga, momen bermaafan, hingga keceriaan bergaya sedondon di pagi Syawal,” jelas Amar Amran.

Tambahnya lagi, lagu tersebut membawa mesej perpaduan dan penyatuan jiwa, selari dengan tema besar kempen jenama Amar Amran tahun ini yang menekankan konsep kebersamaan merentasi generasi.

“Karya ini mengangkat frasa utama iaitu tak kira apa rupa warnanya kerana di hari raya, kita semua bersatu hati meraikan hari tersebut.

“Lagu ini membawa mesej perpaduan dan penyatuan jiwa, selari dengan tema besar kempen Amar Amran tahun ini yang menekankan konsep kebersamaan merentasi generasi,” katanya menjelaskan maksud di sebalik bait-bait lagu tersebut.

Antara elemen unik yang diketengahkan dalam lirik termasuk gambaran gaya busana raya seperti cekak musang merah burgundy, simbol gaya klasik yang diberi nafas moden — mencerminkan pendekatan reka bentuk Amar Amran yang konsisten memartabatkan tradisi dengan sentuhan semasa.

Sebagai pencipta lagu Apak Harry KAPAK mengambil berat soal bakat dan suara agar karya ciptaannya berkualiti.

Menurut Amar Amran, penghasilan lagu ini bukan sekadar pelengkap kempen, tetapi menjadi medium naratif yang menghidupkan keseluruhan pengalaman “Raya Satu Hati”.

“Raya bukan hanya tentang pakaian, tetapi tentang rasa — rasa kembali, rasa memaafkan, rasa menyatu. Lagu ini merangkum perjalanan emosi Aidilfitri dan diterjemahkan seiring dengan gaya dan identiti busana Amar Amran.

“Lagu ini akan menjadi runut bunyi rasmi untuk keseluruhan kempen Raya Satu Hati 2026 meliputi filem pendek raya, pertunjukan fesyen, kandungan digital, aktivasi butik serta siri jelajah promosi di seluruh negara,” ujarnya.

Pelancaran lagu ini turut berjalan seiring dengan pengenalan Koleksi Raya Satu Hati 2026 yang menampilkan lebih 1,000 SKU busana raya untuk seisi keluarga yang menekankan konsep sedondon, pilihan warna karakter, serta potongan yang meraikan warisan dan keselesaan.

Sementara itu, Apak Harry KAPAK sempat berkongsi pengalamannya berduet dan bekerja dengan Amar Amran. Katanya, ini adalah kali kedua beliau mencipta lagu untuk usahawan tersebut.

Lagu “Raya Satu Hati” juga merupakan lagu kempen untuk fesyen keluaran jenama Amar Amran kali ini.

“Mula-mula saya kenal Amar Amran ni di sebabkan oleh Dato’ Jamal Abdillah. Dia yang mencadangkan nama saya pada Amar Amran untuk buat lagu raya pertama Amar, “Raya Sehati Sedondon”.

“Kali ini saya bukan setakat buatkan lagu kedua untuk Amar Amran yang berjudul “Raya Satu Hati” tapi saya juga turut berpadu suara dengannya.
Disebabkan kami pernah bekerjasama, jadi proses rakaman tidak mengambil masa yang lama, kalau diikutkan tak sampai seminggu untuk saya siapkan lagu “Raya Satu Hati”.

“Tentang range vokal beliau, saya dah dapat tangkap masa lagu pertama dulu, sebab tone Amar ni lebih kurang dengan tone Dato’ Jamal Abdillah,” jelas Apak Harry KAPAK atau nama sebenarnya, Ahmad Sairi Haslan Muhammad Redzwan.

Sebagai komposer, Apak Harry KAPAK berkata, beliau mempunyai prinsip dalam pembikinan lagu.

“Saya lebih melihat pada bakat nyanyian dan suara, kalau tak boleh menyanyi macam mana nak buat lagu kan.?? Hehe.. so saya titik beratkan kepada nyanyian dan suara.

“Untuk rakaman lagu “Raya Satu Hati” yang bergenre pop etnik dan menjalani rakaman di Studio MVM Music, tak sampai satu hari pun. Saya cuma ambil masa dua jam untuk siapkan,” kata Apak Harry KAPAK yang senang bekerjasama dengan Amar Amran.

“Lagu “Raya Satu Hati” akan dilancarkan di semua platform digital dan saluran media sosial rasmi Amar Amran bermula 20 Februari 2026.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Fahami isi hati Nadeera, “Cuba Jadi Aku”

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS berjaya mencipta fenomena luar biasa menerusi...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...

Busana Kitar Semula ‘Eco Futuristik Lestari’ Juara Persona Lestari FELDA

Oleh : Nafsiah Jani JENGKA, 8 Julai – Kreativiti mengubah...

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...