Lagu “Yang Engkau Mahukan” ada kaitan dengan diri Hafiz Suip

Oleh: Khadijah Ibrahim

PENYANYI Hafiz Suip yang baru saja mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Fiona Safiya pada 13 Februari lalu di Petrajaya, Kuching, Sarawak, kini tampil dengan single raya berjudul “Yang Engkau Mahukan”.

Biarpun sudah 17 tahun bergelar penyanyi, juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu mengakui masih berasa gugup tatkala merakamkan suara untuk single terbaharunya itu. Ini kerana lagu dan lirik ciptaan Ajai itu adalah kisah mengenai diri dan kehidupannya.

“Kisah mengenai diri dan kehidupan saya ini cuba saya sampaikan dalam sebuah lagu. Yang tahu… tahulah dan tergantunglah bagaimana interpretasi peminat terhadap lagu ini,” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai kemunculan single baharunya itu, Hafiz berkata, beliau bersyukur apabila dikurniakan sebuah karya lagu baharu daripada Ajai.

Hafiz Suip kini muncul dengan single raya “Yang Engkau Mahukan”.

“Apa yang saya suka dengan karya lagu abang Ajai ini adalah kerana melodinya yang unik. Maksud saya, ia tidak statik dengan melodi atau bunyi yang sama. Sebab, itulah saya masih kekal menggunakan khidmat abang Ajai sebagai komposer.

“Saya akui saya berasa agak gementar juga untuk membawakan lagu “Yang Engkau Mahukan” kerana kita tidak tahu apa reaksi dan ekspetasi daripada peminat-peminat. Apatah lagi pada masa sekarang ini, industri muzik kita sudah dipenuhi dengan dengan kemunculan ramai penyanyi solo lelaki sejak kebelakangan ini.

“Ia memang satu cabaran dan pada masa sama, ia juga imemberikan satu tekanan kecil juga buat saya. Namun, ini adalah hadiah saya khas untuk peminat-peminat yang telah sekian lama menunggu kemunculan single baharu saya dan saya berharap dan berdoa agar peminat akan menyukainya,” katanya.

Menceritakan mengenai proses penghasilan lagu ini, Hafiz berkata, sebelum merakamkan suara untuk lagu ini, beliau terlebih dahulu ‘bertapa’ di dalam studio bersama Ajai.

“Kami duduk dan berbincang untuk penghasilan lagu ini. Alhamdulillah, kali ini, ia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dilakukan. Namun, rakaman suara untuk lagu ini terpaksa dilakukan sebanyak dua kali disebabkan kita perlu mencari kesesuaian keys suara saya untuk lagu ini.

Hafiz dan Fiona Safiya disatukan sebagai suami isteri pada 13 Februari lalu di Petrajaya, Kuching, Sarawak.

“Untuk rakaman suara kali kedua, abang Ajai telah menaikkan satu ‘key suara’ saya dan akhirnya dia berpuas hati dan memberitahu bahawa barulah hasil rakamannya bersesuaian dengan karaktor dan dinamika vokal saya,” katanya yang baru menyambut hari kelahiran yang ke-36 tahun pada 27 Februari lalu.

Sementara itu, komposer Ajai pula menyatakan, beliau tidak ada masalah untuk bekerja dengan Hafiz menerusi lagu tersebut kerana penyanyi itu sudah membuat tugasan untuk memahami lagu itu baik dari sudut melodi mahu pun liriknya.

“Alhamdulllah, dia benar-benar menjiwai dan memberikan yang terbaik untuk “Yang Engkau Mahukan”. Dia juga dah faham tugasnya dan apabila masuk studio rakaman dengan saya, dia benar-benar sudah bersedia.

“Kematangannya dalam setiap sudut aspek muzik juga lebih terserlah. Dia tahu apa yang dia mahukan. Lebih-lebih dari dari sudut iteknikal dan bunyi-bunyian yang ‘up to date’.

“Suara dan lunaknya masih ada dan kekal dan paling menarik, penghayatan semakin mendalam, maka dia dapat memberikan nyanyian yang lebih sempurna kepada saya,” jelasnya.

Ajai senang bekerjasama dengan Hafiz Suip kerana penyanyi itu tahu tanggungjawabnya.

Menurut Ajai lagi, single “Yang Engkau Mahukan” ini mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan bermula dengan perbincangan mengenai hala tuju dan konsep album Hafiz.

“Bila segalanya sudah difahami dan dipersetujui, baru saya ilhamkan melodi-melodinya dan akhirnya terhasillah “Yang Engkau Mahukan”.

“Ada banyak jenis kategori lagu-lagu galau tetapi saya memilih sasaran pendengar muzik Hafiz dan saya sendiri. Kami mahukan kematangan dan berharap pendengar dapat menerima ia seadanya. Yang penting, mesej lagu sampai, menyentuh rasa di hati dan mampu tersemat dalam jiwa pendengar,” hurainya lagi.

“Yang Engkau Mahukan” merupakan terbitan Sheikh Qalam Records Sdn Bhd dan Sony Music Entertainment Malaysia telah berada di semua platform digital muzik utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...