Trio Kimbab muncul dengan “Drama Raya”, Maryam DurianKimchi siap rap lagi

Oleh: Khadijah Ibrahim

TRIO lawak Kimbab yang dianggotai oleh Zulin Aziz, Nasz Sally dan Maryam DurianKimchi bukan sekadar mampu berlawak, mereka juga boleh menyanyi.

Sebagai bukti yang mereka berbakat dalam nyanyian, Kimbab memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini menerusi single berjudul “Drama Raya”, sebuah lagu raya ringan yang mengangkat kisah sebenar yang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat setiap kali menjelang pagi Syawal.

Selaku pencipta lagu dan penulis lirik, Zilin Aziz berkata, idea penghasilan lagu ini hadir daripada pengalaman harian masyarakat yang cukup dekat dengan realiti sambutan raya masa kini. Malah lagu ini juga ditampilkan dengan konsep segar dan menghiburkan.

Katanya, lagu “Drama Raya” diinspirasikan daripada pelbagai situasi serta ‘drama’ yang hampir pasti dilalui oleh semua orang ketika Hari Raya, selain turut menyentuh perubahan suasana sambutan Aidilfitri mengikut peredaran zaman.

Dari pentas lawak, Kimbab mengatur langkah sebagai penyanyi pula menerusi single raya, “Drama Raya”.

“Lagu “Drama Raya” ini terinspirasi daripada apa yang selalu sangat kita semua hadap especially pagi raya. Dari kuih tak menjadi, baju tak muat sampailah macam-macam situasi yang memang berlaku setiap tahun.

“Saya pasti semua orang pernah melalui “Drama Raya” mereka sendiri, sebab itu kena tengok muzik video lagu ini yang memang penuh dengan kisah yang relatable,” katanya.

Mengangkat konsep easy listening dan melodi yang catchy, lagu ini turut menampilkan elemen unik apabila Maryam DurianKimchi membawakan bahagian rap dalam Bahasa Melayu, sekali gus menjadi kelainan utama dalam lagu raya tersebut.

“Kelainan lagu ini sebab kita ada orang Korea siap rap lagi. Memang jenuh Maryam menghafal, tapi dia sangat power. Walaupun Bahasa Melayu dia dah sangat baik, cabaran sebenar adalah dari segi sebutan rap dan dia berlatih berkali-kali. Alhamdulillah proses rakaman sangat mudah sebab semua sangat komited dan saling membantu,” jelas Zulin.

Maryam DurianKimchi berusaha keras bag memastikan bahagian rap nyanyiannya berjalan lancar.

Keserasian trio ini juga bukan sesuatu yang asing buat peminat apabila hubungan mereka yang terjalin sejak program Muzikal Lawak Superstar terus kukuh sehingga kini.

“Keserasian kami memang dah macam isi dengan kuku. Sejak habis Muzikal Lawak Superstar, kami sentiasa bersama dan keserasian itu sangat membantu sepanjang penghasilan lagu ini,” katanya lagi.

Selain elemen komedi dan hiburan, “Drama Raya” turut menyelitkan isu perbezaan generasi antara golongan milenial dan Gen-Z secara santai, mencerminkan perubahan budaya raya masa kini tanpa meninggalkan nilai tradisi.

Zulin turut berharap lagu ini mampu menjadi pengubat rindu buat para peminat setia mereka yang dikenali sebagai Kimbabers.

Tiap-tiap tahun pasti ada “Drama Raya” dalam setiap keluarga.

“Harapan saya semoga “Drama Raya” mendapat sambutan dan menjadi lagu yang menceriakan raya peminat kami. Kalau ramai yang suka, mungkin tahun depan ada sambungannya.

“Insya-Allah lagu ini juga bakal menjadi lagu tema untuk telefilem raya Kimbab berjudul Andartu Cancel Raya yang akan ditayangkan di Astro. Chincha??” ujar beliau berseloroh.

Dengan gabungan humor, realiti kehidupan serta sentuhan rentak moden, “Drama Raya” dijangka menjadi antara lagu pilihan baharu yang bakal menceriakan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...