“Raya Yay Yay” satukan Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga

Oleh: Khadijah Ibrahim

SUDAH lama Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri, 38, tidak mengeluarkan lagu baharu sejak single “Girl” yang diterbitkan pada 2016.

Kini sempena Ramadan dan bagi memeriahkan sambutan Syawal, peserta program Akademi Fantasia musim kelima itu kembali dengan single raya.

Bagaimanapun Dafi tidak berseorangan, sebaliknya beliau berkolaborasi dengan pempengaruh Ryan Bakery dan Farel Prayoga dari Indonesia untuk lagu “Raya Yay Yay”, sebuah naskhah penuh energi dan menghiburkan.

Bagi Dafi, vibe lagu “Raya Yay Yay” penuh dengan energi.

Lagu terbitan FYP Media itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Iqie Hugh, Omar K dan John Jeeves yang sudah dilancarkan sejak 27 Februari lalu.

Menariknya, gandingan pertama kali antara Dafi, Ryan dan Farel bukan sahaja dilihat sebagai satu eksperimen yang menjadi, tetapi juga meninggalkan memori yang manis buat semua.

Menurut Dafi, beliau gembira dapat meraikan kehadiran Syawal kali ini dengan sebuah naskhah baharu bersama kedua-dua penyanyi yang lain.

“Sebenarnya rakaman lagu ini dilakukan secara tidak sengaja, apabila pihak pengurusan FYP Media menawarkan peluang untuk berganding bersama dengan Ryan dan Farel, ini merupakan peluang yang baik untuk saya.

Bagi Ryan Bakery, lagu “Raya Yay Yay” kena dengan jiwanya yang sentiasa ceria.

“Saya sendiri belum pernah bergandingan dengan kedua-dua mereka dan banyak perkara baharu yang saya lalui sepanjang proses rakaman berlangsung,” ujar Dafi.

Tambahnya, vibe lagu ini yang penuh dengan energi menuntut beliau bersungguh-sungguh ‘masuk’ ke dalam lagu bagi memberikan warna kepada “Raya Yay Yay”.

Ini kerana bait-bait lirik yang terkandung di dalam naskhah ini, pastinya ingatan besar sebahagian daripada kita kembali terkenangkan kemeriahan menyambut lebaran sewaktu zaman kanak-kanak.

Berlainan pula dengan Ryan atau nama lengkapnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 31,
yang menyifatkan lagu “Raya Yay Yay” kena dengan jiwanya yang sentiasa ceria dan dalam masa yang sama mahu menyebarkan semangat positif kepada semua.

Farel Prayoga dapat mempelajari banyak perkara sepanjang pembikinan lagu dan video muzik “Raya Yay Yay”. .

“Hari Raya selalu digambarkan dengan kemeriahan dan keseronokan berkumpul bersama saudara-mara dan sahabat handai. Kemeriahan itulah yang diterjemah oleh pencipta lagu ini ke dalam karya kali ini.

“Semangat itu jugalah yang kita cuba gambarkan yang ada menerusi muzik video lagu ini. Kalau boleh saya mahu semua orang menyambut lebaran dengan suasana ceria dan gembira.

“Aidilfitri bukan satu pertandingan. Kita semua harus nikmati dengan sejuta keinsafan dan menghargai apa yang sedang dinikmati hari ini,” ungkap Ryan.

Bagi Farel pula, peluang untuk merakamkan lagu “Raya Yay Yay” merupakan satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan memandangkan ini merupakan lagu raya pertamanya sepanjang bergelar anak seni.

Gandingan pertama kali antara Ryan Bakery (dari kiri), Farel Prayoga dan Dafi dalam lagu “Raya Yay Yay”.

“Saya belum pernah menghasilkan lagu raya memandangkan di Indonesia fokus lagunya lebih kepada bulan Ramadan. Apabila diberikan peluang, pastinya saya tidak mahu lepaskan.

“Semoga “Raya Yay Yay” mendapat sambutan baik daripada pendengar sama ada di Malaysia mahupun Indonesia,” kata anak kelahiran Banyuwangi, Indonesia.

Farel, 16, menyifatkan lagu tersebut sebagai sebuah naskhah yang sedikit sukar untuk dilaksanakan sepanjang proses rakaman berlangsung memandangkan penggunaan kosa kata yang begitu asing.

“Ada beberapa perkataan saya tidak faham tetapi lucu. Sebab itu saya gembira dapat sama terlibat dalam projek ini memandangkan banyak perkara baharu yang dipelajari,” tambahnya lagi.

Video muzik ,”Raya Yay Yay” boleh ditonton menerusi YouTube Indigital Music mulai 6 Mac.

 

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Fahami isi hati Nadeera, “Cuba Jadi Aku”

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS berjaya mencipta fenomena luar biasa menerusi...

Program REAKASIH 2026, bukti REA EMPIRE ambil berat perihal anak yatim

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 5 Julai baru-baru ini, penulis berpeluang...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...