Rocketfuel Entertainment tampilkan lagu raya pelbagai genre dalam satu EP

Oleh: Khadijah Ibrahim

TAHUN ini ramai yang keluarkan lagu raya, tak kiralah sama ada penyanyi ataupun pempengaruh kerana masing-masing mahu melakar sejarah untuk diri sendiri.

Jika orang lain terbitkan single lagu raya, label Rocketfuel Entertainment pula menghasilkan EP khas yang memuatkan tujuh buah lagu raya yang merangkumi pelbagai genre, penceritaan dan emosi.

Himpunan ketujuh-tujuh lagu tersebut dalam sebuah EP khas, sekali gus membentuk sebuah “universe” raya tersendiri yang unik dan saling berkait di bawah payung Rocketfuel Entertainment.

Daripada rentak rancak dan moden, sehinggalah balada yang meruntun jiwa, setiap karya membawa identiti tersendiri, namun tetap bersatu di bawah semangat kebersamaan selari dengan tagline Astro Salam Ramadan 2026, “Bila Bersama, Lagi Jadi”.

Hael Husaini berduet dengan Alpha dalam lagu “Raya Macam Raya”.

Lagu-lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan Alpha, Wanie Kayrie, Hael Husaini, Sharul Kamal, Mierul Aiman, Dayang Nurfaizah dan Nadeera.

Menariknya, setiap lagu raya yang dilancarkan memberi bayangan kepada karya seterusnya, membentuk sebuah naratif berangkai dalam “universe” kreatif Rocketfuel Entertainment, seolah-olah setiap lagu bergerak dalam orbit yang saling melengkapi.

Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee, berkata, setiap lagu mempunyai jalan cerita tersendiri.

“Kami mahu setiap lagu raya tahun ini membawa identiti yang jelas. Ada yang ceria, ada yang reflektif, dan ada juga yang moden. Inilah realiti masyarakat kita yang berbeza latar belakang dan rasa, tetapi bersatu apabila tibanya Syawal,” katanya.

Bagi kumpulan Alpha yang mendendangkan lagu “Rindu Raya” yang berentak pop sederhana, berjaya tampil dengan kelainan daripada yang sering mereka tonjolkan.

“Lagu “Rindu Raya” mengangkat tema kerinduan terhadap keluarga dan kampung halaman, satu perasaan yang semakin kuat apabila tibanya Ramadan dan Syawal.

Wani Kayrie muncul dengan lagu “Kampung Kita” yang merupakan kesinambungan daripada lagu “Cak Cak Cekuk”.

Sejak dilancarkan ada 21 Februari lalu, hingga kini, lagu ini telah meraih lebih 200,000 tontonan di saluran YouTube Rocketfuel Network.

“Lagu ini memang berbeza daripada kebiasaan kami. Kami mahu tonjolkan sisi yang lebih tenang dan penuh perasaan. Rasa rindu pada keluarga itu sangat universal, dan kami percaya ramai boleh relate dengan “Rindu Raya”,” kata Alpha.

Selain lagu “Rindu Raya”, Alpha juga berpeluang berduet dengan Hael Husaini dalam lagu “Raya Macam Raya” dengan irama yang segar dan penuh warna M-Pop.

Dicipta oleh Hael sendiri bersama Iqie Hugh, lagu tersebut mengetengahkan keterujaan membuat persiapan raya dan memastikan segala kelengkapan Syawal tersedia sempurna.

“Apabila menjelang raya, kita memang mahu semuanya lengkap. Lagu ini menggambarkan semangat itu, apabila persiapan cukup dan kita bersama orang tersayang, barulah terasa kemeriahan sebenar,” kata Hael tentang maksud di sebalik lagu tersebut.

Selain lagu itu, Hael turut menyanyikan lagu “Lagu Raya Untukmu” secara solo, sebuah single yang mencuit hati sebagai tanda penghargaan buat mereka yang sentiasa berada di belakang perjalanan seninya.

“Lagu ini adalah hadiah istmewa untuk peminat yang sentiasa menyokong saya saban tahun,” ujar Hael yang turut mencipta lagu untuk Dayang Nurfaizah yang berjudul “Senyum Gugur Di Hujung Doa”.

Karya ciptaan Hael bersama Iqie Hugh itu, hadir sebagai sebuah balada melankolik yang berkisar tentang kerinduan terhadap insan tersayang yang telah pergi buat selamanya.

Nyanyian Dayang yang mendayu dan penuh penghayatan menjadikan lagu ini antara karya paling menyentuh hati dalam koleksi raya tahun ini.

“Setiap kali raya, pasti ada yang terasa kehilangan. Lagu ini saya nyanyikan dengan hati yang tulus buat mereka yang merindui insan tersayang. Semoga ia menjadi teman dan penenang jiwa,” ujar Dayang.

Sementara itu, Wani Kayrie yang sebelum ini popular dengan lagu “Cak Cak Cekuk”, kini kembali memeriahkan Ramadan dan Syawal dengan “Kampung Kita”, sebuah lagu raya yang merupakan kesinambungan kepada lagu tularnya itu.

Lagu “Duit Raya” dendangan Sharul Kamal dan Mierul Aiman.

Lagu tersebut berkisar tentang keterujaan pulang ke kampung, bukan sahaja untuk bertemu keluarga, malah untuk berjumpa insan yang disukai.

“Saya suka lagu raya yang fun dan buat orang rasa hendak menari. “Kampung Kita” ada vibe itu, tapi dalam masa yang sama ada kisah manis tentang perasaan rindu bila hendak jumpa orang yang kita suka,” kata Wani.

Selain itu, Sharul Kamal dan Mierul Aiman pila tampil dengan lagu raya duet berjudul “Duit Raya”
yang membawa mesej yang cukup dekat dengan realiti masyarakat hari ini.

Dengan bait-bait pembuka, “ada duit takda duit, raya tetap raya”, lagu ini mengingatkan kita bahawa Aidilfitri diraikan dengan penuh keikhlasan dan kebersamaan, bukan semata-mata harta.

“Kami mahu lagu “Duit Raya” jadi peringatan yang ringan tapi bermakna. Walau apa pun keadaan, raya tetap tentang keluarga dan kasih sayang,’ kata Shahrul.

Tambah Aiman pula, elemen rap dalam lagu tersebut memberi sentuhan moden. Matlamat mereka adalah untuk sampaikan mesej positif dalam cara yang santai dan segar.

Sementara itu, Nadéra pula mohon “Restu Raya” menerusi susunan melodi yang menarik serta cerita yang dekat dengan pengalaman ramai orang.

“Saya mahu lagu ini menjadi lagu yang mudah dinyanyikan oleh semua, tidak kira usia. Raya itu tentang kebersamaan, dan saya harap lagu ini dapat menyatukan semua,” jelas Nadeera.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...