Tantari, Putera Bobo disatukan demi “Tangisan 1 Syawal”

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEBELUM ini Tantari dan Putera Bobo, masing-masing popular menerusi lagu “Rindu Hatiku Rindu” dan “Korban Rindu” yang dicipta oleh Eddie Hamid.

Melihatkan sambutan orang ramai terhadap lagu nyanyian kedua-dua penyanyi tersebut, Eddie mengambil langkah menyatukan mereka dalam lagu raya berjudul “Tangisan 1 Syawal”.

Lagu ciptaan Eddie dan lirik oleh Jaju, Hakim Hakimi dan Te Ha itu bukan sekadar lagu sahaja kerana ia adalah sebuah kisah tentang kasih sayang antara dua orang adik-beradik yang merupakan anak yatim piatu.

Lagu “Tangisan 1 Syawal” berkisar tentang adik-beradik yang yatim piatu menyambut raya.

“Impian saya nak satukan mereka dalam satu lagu berjaya dan idea saya turut disokong oleh Nova Music Malaysia. Lagu raya yang saya cipta untuk mereka bukan jenis ‘catchy’ tapi genre balada.

“Lagu nyanyian Tantari dan Putera Bobo ini merupakan luahan hati bagi anak-anak yang kehilangan insan tersayang. Sebagai anak yatim piatu sendiri, saya dapat rasakan situasi tersebut. Saya yakin lagu nyanyian dua penyanyi cilik ini mampu menyentuh hati pendengar,” kata Eddie yang menghasilkan karya ini khusus untuk Tantari dan Putera Bobo.

Meskipun Tantari membuat rakaman di studio NAR, Kuala Lumpur dan Putera Bobo merakam suaranya di K-Seventh Studio, Kelantan, namun nyanyian mereka berjaya menyentuh hati pendengar.

“Tangisan 1 Syawal” bukanlah lagu raya pertama dendangan Tantari kerana sebelum ini beliau pernah berduet dengan Achey dan Baby Feaaa menerusi lagu “Ragam Raya” serta lagu raya solo, “Rindu Hatiku Rindu Raya”.

Tantari popular dengan lagu “Rindu Hatiku Rindu” .

Tantari atau nama penuhnya, Naufal Zahirul Azahel Mohd Alfian, 8, berkata, beliau selesa berkolaborasi dengan Putera Bobo.

“Mula-mula ingatkan dapat lagu raya rancak tapi rupa-rupanya lagu yang sedih. Apapun saya rasa gembira kerana dapat pasangan duet baharu, abang Putera Bobo walaupun kami tak dapat nak rakam suara bersama.

“Masa rakaman lagu ni, memang rasa sedih sebab saya bayangkan kawan-kawan yang usia macam saya tak ada ibu bapa nak raya bersama. Saya harap lagu ini dapat sokongan ramai kerana ia berkaitan dengan anak-anak yatim piatu,” kata Tantari.

Putera Bobo dikenali kerana single “Korban Rindu”.

Bagi menjadikan lagu tersebut benar-benar menyentuh hati, video muzik “Tangisan 1 Syawal” turut dibuat penggambaran di rumah anak yatim dan tanah perkuburan.

Dalam muzik video “Tangisan 1 Syawal”, Tantari berlakon sebagai adik dan watak abang digalas oleh Putera Bobo. Kedua-dua mereka tidak pernah bertemu sebelum ini dan pertama kali bertemu di set penggambaran.

Meskipun baru pertama kali bertemu, mereka cepat berkawan dan itu memudahkan proses penggambaran muzik video. Putera Bobo melayan Tantari seperti adiknya sendiri.

Sementara itu, Putera Bobo atau Putera Shah Nasratullah Mohd Nasran, 14, berkata tidak kekok untuknya melayan Tantari di set penggambaran kerana dalam kehidupan sebenar beliau mempunyai dua orang adik dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

Sebelum ini Putera Bobo (kiri) dan Tantari, masing-masing sudah memiliki lagu popular.

“Alhamdulillah, akhirnya saya mempunyai lagu raya sendiri biarpun bergandingan. Lagu “Tangisan 1 Syawal” rasa dekat di hati saya kerana ia bercerita tentang anak-anak yatim dan mengingatkan saya untuk selalu bersyukur.

“Selalunya, bila raya kita semua bergembira di samping keluarga tapi anak-anak yatim terutama yang masih kecil tak ada mak ayah. Harap lagu ini dapat mengingatkan kita kepada insan-insan yang tidak bernasib baik. Jika ada kelapangan, ziarah dan railah mereka,” katanya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kampung Darau Jerteh, Terengganu.

Lagu “Tangisan 1 Syawal” terbitan Nova Music Malaysia boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital manakala muzik video rasmi lagu tersebut boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ sejak 5 Mac lalu.

Latest

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...
spot_img

Jangan Terlepas!

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

Faizal Tahir salurkan semangat patriotik menerusi muzik

Oleh: Khadijah Ibrahim SUDAH 20 tahun Faizal Tahir terbabit dalam...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk kosmetik tempatan berbanding jenama luar. Sebagai tanda sokongan kepada jenama Elegant Cosmetics, marilah kita ramai-ramai menghadirkan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang ke-35 tahun, pusat hiburan tersebut akan meraikan detik bersejarah tersebut dengan menganjurkan...