Persatuan Kebajikan Cahaya Qasih Malaysia Santuni 60 Pelajar Asnaf Dalam Majlis Berbuka Puasa

Oleh : Nafsiah Jani

Seramai 60 pelajar asnaf dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Hiliran Ampang telah diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa “Salam Ramadan Prihatin Asnaf Cahaya Qasih 1447H” anjuran Persatuan Kebajikan Cahaya Qasih Malaysia (PKCQM) di BON N SON, Kampung Cheras Baru baru-baru ini.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan ini bertujuan menyantuni pelajar daripada golongan B40 serta memberi peluang kepada mereka menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana lebih istimewa sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Anak- anak asnaf turut menerima sumbangan bag sekolah daripada Persatuan Kebajikan Cahaya Qasih Malaysia (PKCQM).

Majlis tersebut turut dianjurkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai salah satu inisiatif untuk meringankan beban pelajar daripada golongan B40 serta menyemarakkan pengisian Ramadan melalui aktiviti kebajikan dan kerohanian.

Pengerusi PKCQM, Mazlan Sutan berkata, program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan persatuan untuk menyantuni golongan yang memerlukan khususnya anak-anak asnaf.

“Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa, tetapi merupakan satu platform untuk menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat. Kami berharap usaha kecil ini dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak asnaf agar mereka merasai bahawa mereka sentiasa dihargai dan tidak pernah dilupakan,” katanya.

Majlis tersebut turut diisi dengan tazkirah ringkas Ramadan, sesi berbuka puasa bersama, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan duit raya dan barangan keperluan asas kepada para pelajar yang diraikan.

Mazlan menambah, Setiap tahun, program anjuran kami berbeza-beza dan tidak semestinya sama.

Pelbagai aktiviti keagamaan diadakan.

“Kalau tahun lepas kami bagi sumbangan pada individu yang terpinggir samada ada daripada golongan ibu tunggal, keluarga asnaf, warga emas dan golongan kurang upaya (OKU). Tahun ini kami jemput 60 orang anak-anak asnaf untuk berbuka dan menerima sumbangan duit raya pula.

“Sebelum ini, dua bulan lepas kami telah mengadakan kem motivasi bersama anak-anak asnaf ini. Kami panggil mereka sekali lagi untuk berbuka puasa bagi melihat perubahan pada diri setiap mereka. Syukur alhamdulillah, banyak perubahan yang kami nampak pada anak-anak ini.”

Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar asnaf menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana yang lebih istimewa di samping mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan golongan yang memerlukan serta memupuk semangat prihatin dan budaya memberi dalam kalangan komuniti.

Gambar kenangan…Ahli Jawatan Kuasa PKCQM bersama anak- anak asnaf dari PPR Hiliran Ampang.

Majlis ini turut mendapat sokongan daripada beberapa penyumbang budiman yang tampil berkongsi rezeki dengan menyumbangkan sampul duit raya kepada pelajar yang hadir. Antara penyumbang yang terlibat ialah Datuk Md Nasir Ghani, Pengarah Urusan KV Resources Sdn. Bhd., YB Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad (Altimet – Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya), Kolonel Azlan Mustaffa dan keluarga, Azham Mustaffa dan keluarga serta Kapten Bon yang turut menaja lokasi majlis berbuka puasa..

Dalam pada itu, pihak PKCQM amat mengalu-alukan sokongan daripada syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO), individu perseorangan serta mana-mana pihak yang ingin bersama-sama menjayakan aktiviti kebajikan persatuan ini melalui sumbangan kewangan, tajaan makanan atau barangan keperluan.

Sebarang pertanyaan, tajaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Timbalan Pengerusi PKCQM, Puan Elyza Hj Mustaffa di talian 018-2453371 atau melalui emel dkasih15@gmail.com.my.

 

Latest

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...
spot_img

Jangan Terlepas!

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

Faizal Tahir salurkan semangat patriotik menerusi muzik

Oleh: Khadijah Ibrahim SUDAH 20 tahun Faizal Tahir terbabit dalam...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk kosmetik tempatan berbanding jenama luar. Sebagai tanda sokongan kepada jenama Elegant Cosmetics, marilah kita ramai-ramai menghadirkan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang ke-35 tahun, pusat hiburan tersebut akan meraikan detik bersejarah tersebut dengan menganjurkan...