Nourul berjaya penuhi impian

Oleh: Khadijah Ibrahim

KONSERT For You Nourul yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei 2026, dimulakan dengan lagu Impianku.

Lagu ciptaan Allahyarham Jay Jay dan lirik oleh Nourul itu merupakan salah satu lagu yang dimuat dalam album sulung beliau yang diterbitkan pada 1995, berjudul Nurul.

Impianku seolah-olah menggambarkan isi hati Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 49, yang lama menyiimpan impian untuk menjayakan konsert solo sendiri.

Suara Nourul masih power seperti di awal kemunculan walaupun beliau jarang menjayakan konsert sebelum ini.

“Terima kasih dan selamat datang pada semua. Kerana pilih untuk datang ke sini. Malam ini amat bermakna bagi saya, yang saya simpan sejak 32 tahun lalu.

“Better late then never. Saya sangat excited pada malam ini. Saya bukan sekadar penyanyi tapi saya juga penganjur, ND Entertainment. Inilah cabaran bagi saya. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga mengadakan konsert ini dan sekali gus memenuhi impian saya.

Selain berduet dengan Nourul, Mimi Fly sempat mendendangkan lagu solo,Temberang.

“Saya sangat teruja kerana orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam dunia rakaman ini, Datuk Aziz Bakar dan isteri pun ada. Beliaulah yang membawa saya masuk ke BMG Music,” ucap Nourul selepas mendendangkan lagu Cinta Azali dan sebelum itu lagu Tika Cinta.

Nourul yang kini menetap di Bali, Indonesia dan sesekali saja kembali ke Malaysia atas urusan perniagaan rangkaian kesihatan di bawah jenama Herbalife itu tutut melahirkan rasa terharu kerana ada beberapa rakan artis hadir memberi sokongan.

Antara selebriti yang hadir ialah Salamiah Hassan, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Ning Baizura, Azura Aziz, Dee, Datuk Fazley Yaacob dan Datuk Seri Vida.

Zach berjaya memukau penonton dengan gayanya yang tersendiri.

Dalam durasi persembahan selama dua jam lebih itu, ibu kepada empat orang anak itu turut menyelitkan segmen inspirasi.

Untuk segmen tersebut Nourul memilih beberapa lagu daripada penyanyi tempatan yang diminati dan memberi inspirasi kepadanya selama ini.

Lagu pilihan beliau adalah Janji Manismu (Datuk Aishah), Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram), Madah Berhelah (Ziana Zain) dan Sembilu (Ella).

Suzi dan Wan pasangan suami isteri yang dipilih oleh Nourul untuk berduet dengannya.

Wow! Tarikan suara Nourul pada nada tinggi untuk lagu Madah Berhelah dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, sangat memukau. Beliau menyanyi sambil berlutut di hadapan penonton.

Sementara penyanyi antarabangsa yang ingin ditemui Nourul ialah Celine Dion. Meskipun belum berkesempatan, namun beliau berjaya menghibur penonton dengan lagu popular Celine iaitu That’s The Way It Is.

Malah Nourul turut mendendangkan lagu dalam bahasa Perancis, Audjourdhui yang pernah dirakam sebelum ini.

Ning Baizura antara rakan artis yang hadir memberi sokongan kepada konsert Nourul.

Sebagai ibu yang menghargai bakat anak, Nourul turut memberi peluang kepada Zachary atau Zach untuk beraksi di pentas dengan lagu Joget Kenangan Manis (dendangan asal Allahyarham Datuk Sudirman), memang rare lagu pilihan anak bujang Nourul itu.

Selepas Zach selesai menyanyi, Nourul kembali dengan busana berwarna merah untuk menyampaikan lagu Duniaku, ciptaan Julfekar yang dianggotai dekat dengan dirinya.

“Bukan saya tak boleh pilih penyanyi lelaki yang ada untuk berduet dengan saya, tapi saya sengaja nak beri peluang kepada peminat-peminat untuk berduet dengan saya.

Nourul bersedia untuk menjayakan konsert solonya di tempat lain jika ada permintaan.

“Dalam ramai yang tag saya, pasangan suami isteri ini, Suzi dan Wan yang berjaya memikat hati saya,” kata Nourul yang berduet dua lagu dengan pasangan tersebut iaitu Seiring & Sejalan dan Sehati & Sejiwa.

Selain itu beliau turut bergandingan dengan Mimi Fly mendendangkan lagu Persamaan dan Keliru, ciptaan Aidit Alfian yang melonjak namanya dengan Ajai sebagai pasangan duet popular.

Pada malam itu, beliau sempat turun dari pentas dan menuju kepada Ning Baizura yang hadir untuk memberi sokongan kepadanya. Tidak menghampakan penonton apabila Ning berduet dengan Nourul menerusi lagu Selagi Ada Cinta, ciptaan Ajai dan lirik oleh Nourul.

Ramai yang hadir memberi Cinta Azali kepada Nourul kerana rindu untuk dengar nyanyiannya secara langsung.

Menariknya pada malam itu satu dewan berkaraoke lagu Cinta Azali sewaktu menunggu Nourul bertukar pakaian ketiga warna gold.

Nourul yang diiringi oleh pemuzik profesional yang diketuai oleh Eddie Slam selaku pengarah muzik turut mendendangkan lagu, Ikhlasnya Cintaku, Tangis Syukur dan Tertutup Hati secara medley. Tidak ketinggalan juga beliau mendendangkan lagu Rinduku Padamu dan Aku Cinta Aku Rindu.

“Ini lagu baharu saya, Andai Ku Kenaliku, ciptaan Yasin Sulaiman, sudah lama ada dalam simpanan saya. Saya mengambil masa lama kerana selama 15 tahun saya membina keluarga dan tak pernah saya tinggalkan bidang seni.

“Atas sokongan keluarga juga saya berjaya memenuhi impian yang sudah lama saya simpan dan harap lepas ini saya berpeluang mengadakan persembahan seperti ini di tempat lain,” katanya yang menutup tirai persembahan dengan lagu Kerana Terluka.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...