Filem 5 Bomoh papar aksi ‘scammer’ sebagai pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEJAK 4 Jun lalu, filem 5 Bomoh arahan Syed Fariz terbitan bersama Global Station, Skop Productions, Primeworks Studios, Aizu Group dan Mask Team ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Melihat kepada judul filem, yang skripnya ditulis oleh Fairul Nizam Ablah, pasti ada yang kata mesti filem seram dan tahayul!

Ala! Kenapa nak gelabah tak tentu pasal. Apa yang diketengahkan dalam filem ini bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Eksekutif di syarikat produksi Global Station Sdn Bhd. , Alia Ramly atau Zetty Alia Ramly berkata, filem genre komedi itu mempunyai maksud yang tersirat.

Wajah-wajah bomoh yang beraksi dalam filem arahan Syed Fariz.

“Ini bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu Malaysia. Dari dulu sampai sekarang mesti kita dengar macam-macam cerita. Nak SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) cari bomoh, nak cari jodoh jumpa bomoh, nak naik pangkat jumpa bomoh.

“Tapi macam mana 5 Bomoh ini yang merupakan lakonan komedi yang membawa hiburan dan budaya tempatan yang sangat relatable untuk penonton tapi kita tak boleh menilai sesiapa.

“Saya harap filem yang dilakonkan oleh barisan pelako dan tenaga kerja yang sangat luar biasa, mampu memberi teladan kepada penonton selain hiburan,” kata Alia.

Filem 5 Bomoh mengetengahkan kisah komedi mengenai sindiran masyarakat moden terhadap bomoh penipu (scammer), isu keluarga, dan obsesi segelintir pihak terhadap keputusan peperiksaan.

Bomoh yang ditonjolkan dalam filem ini ada pelbagai peringkat kerana dalam realiti kehidupan, inilah antara bomoh atau scammer yang sentiasa mengaut keuntungan di atas keperitan atau kesudahan orang lain.

Pelakon Datuk Afdlin Shauki melakonkan watak Bomoh Mbah Slamet, Datuk Amy Search sebagai Bomoh Alami, Aedy Ashraf menjadi Bomoh Dr Neo, Ozlynn Waty tampil sebagai Bomoh Ngok Tawong dan Johan menjadi Bomoh Siam Semchai.

Filem 5 Bomoh bukan sekadar tontonan kerana di sebalik komedi ada pengajarannya.

Lain-lain pelakon yang merupakan tonggak jalan cerita 5 Bomoh ialah Datuk Aaron Aziz sebagai Rashdan, Scha Alyahya melakonkan watak Sakinah, Ungku Hariz membawa peranan Alam, Tiara Suraya Rose sebagai Nisa, anak kepada Rashdan dan Sakinah serta Khairy Jamaludin sebagai Mr. k.

Menurut Syed Fariz , mengarahkan filem yang dibintangi ramai bintang dan nama besar bukanlah sesuatu yang sukar.

“Sebenarnya tidak susah untuk mengarahkan mereka kerana walaupun mereka berstatus bintang, mereka sangat kuat bekerja dan sangat berdisiplin. Selain itu, mereka tahu peranan masing-masing.

“Walaupun ada sesetengah babak kita biarkan mereka melakukan ad-lib (spontan) selagi ia dalam konteks cerita, mereka tetap tahu ruang masing-masing serta karakter mana yang perlu ditonjolkan. Bagi saya, ini memang memudahkan kerja dan sangat menarik,” katanya.

Tambahnya, watak-watak bomoh yang ditonjol adalah sebagai ‘pewarna’ dalam jalan cerita.

“Jika dilihat pada teras ceritanya, ia adalah mengenai seorang ayah yang terlalu obses dengan keputusan SPM anak dan takut anaknya gagal.

“Saya rasa semua rakyat Malaysia boleh rasa ia sangat dekat kerana di Malaysia, SPM dianggap sebagai penentu masa depan.

“Bila tiba waktu itu, semua orang gementar dan takut. Ibu bapa pula, atas rasa risau dan sayang, kadang-kadang terlebih aksi apabila melihat keputusan peperiksaan percubaan.

“Watak Aaron sebagai Rashdan sanggup percaya apa sahaja demi untuk ‘bergantung’ dan menenangkan hatinya sendiri, sehingga ada kalanya membuatkan si anak terlalu bimbang akibat tekanan ibu bapa,” katanya.

Syed Fariz menjelaskan tidak ada masalah baginya mengarah barisan pelakon ternama.

Bagi Bomoh Alami, beliau sendiri agak terkejut apabila ditawar untuk berlakon dalam filem 5 Bomoh kerana sudah lama tidak beraksi di layar lebar.

Dulu Amy atau Suhaimi Abdil Rahman, 68, pernah berlakon filem Kembara Seniman Jalan (1986), Rozana Cinta 87, Fenomena, Isabella dan Tan-Ti-Ana (2024).

“Waktu saya ditawar untuk berlakon filem ini, saya tanya betul ke ni? Tapi saya sahut cabaran ini dan ia sebuah adegan yang saya rasa kelakar sebab jadi Bomoh Alami tu macam mana ya. Tertanya-tanya juga apa tugas dia.

“Agak mencabarlah bagi saya yang bukan pelakon seperti pelakon lain dalam filem ini. Mana nak hafal dialog lagi dan sebagainya. Namun saya mahu mencabar diri, alhamdulillah saya dapat melakonkan watak dengan bimbingan pengarah.

“Ada satu scene yang paling saya tak akan lupa adalah scene di bawah pokok. Di mana di atas pokok tu ada penyengat. Sepanjang melakonkan adegan itu dalam hati berdebar saja, takut kena sengat,” kongsi Amy tentang pengalamannya di set penggambaran dan mengaku merujuk watak-watak bomoh dari filem Thailand dan Indonesia.

Amy berharap kemunculannya dalam filem 5 Bomoh dapat diterima baik oleh penonton yang menantikan lakonannya serta peminat filem komedi.

Latest

CXF’26 Sasar Cipta Rekod MBOR, Satukan Bakat Muda dan Industri Kreatif

Oleh: Syed Yusof Wafa Creative Xperience Festival 2026 (CXF’26) bakal...

ASSABIL FEATURING ED MOIN BUKA LEMBARAN BAHARU POP ROCK TEMPATAN MENERUSI “NAFAS CINTA”

Oleh: Syed Yusof Wafa Industri muzik tempatan bakal diserikan dengan...

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

CXF’26 Sasar Cipta Rekod MBOR, Satukan Bakat Muda dan Industri Kreatif

Oleh: Syed Yusof Wafa Creative Xperience Festival 2026 (CXF’26) bakal mengangkat seni dan budaya tempatan ke pentas lebih besar apabila festival tiga hari itu menyasarkan...

ASSABIL FEATURING ED MOIN BUKA LEMBARAN BAHARU POP ROCK TEMPATAN MENERUSI “NAFAS CINTA”

Oleh: Syed Yusof Wafa Industri muzik tempatan bakal diserikan dengan kemunculan sebuah nama baharu iaitu Assabil yang hadir bukan sekadar untuk mencuba nasib, sebaliknya membawa...

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...