‘Seksa Jiwa’ Andi Bernadee berakhir dengan ‘Ding Geding’

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELEPAS sembilan tahun menunggu, akhirnya Andi Bernadee berjaya mengeluarkan album sulung yang berjudul “Ding Geding”.

Untuk mengeluarkan album perdana tersebut bukanlah mudah kerana Andi atau nama penuhnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 35, telah melalui pelbagai cabaran.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau berdepan pelbagai cabaran termasuk gangguan kesihatan fizikal dan mental, namun tetap meneruskan proses rakaman serta penghasilan album.

“Sejujurnya saya rasa sangat lega dan bersyukur. Saya menunggu selama sembilan tahun untuk menghasilkan album pertama dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan.

Andi Bernadee terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum berjaya mengeluarkan album sulungnya, baru-baru ini.

“Saya pernah melalui fasa di mana suara tidak keluar dan badan menggeletar, tetapi saya tetap ke studio dan meneruskan perjuangan selagi ada kudrat,” katanya.

Pengalaman tersebut turut mengubah perspektif Andi terhadap kehidupan dan kerjayanya sebagai seorang anak seni. Baginya, proses dan perjalanan yang dilalui kini lebih bermakna berbanding hanya memberi fokus kepada hasil akhir semata-mata.

Menerusi “Ding Geding”, Andi turut memperkenalkan sisi dirinya yang lebih berani bereksperimen dan terbuka untuk mencuba perkara baharu dalam muzik.

Walaupun masih mengekalkan identiti yang dikenali peminat, beliau percaya album ini menunjukkan perkembangan dirinya sebagai seorang pengkarya.

Nama “Ding Geding” pula diinspirasikan daripada sebuah babak ikonik dalam filem klasik Melayu “Ahmad Albab”, melibatkan watak anak jin yang menyebut frasa “berding-geding”.

Lagu “Seksa Jiwa'” menguji Andi Bernadee kerana mencuba genre baharu.

Daripada inspirasi tersebut, Andi mula membentuk idea untuk menghasilkan karya yang bersifat playful, mudah melekat dalam ingatan dan mampu mencipta pengalaman mendengar yang menyeronokkan.

“Saya mahu sesuatu yang apabila orang dengar, mereka terus tertarik dan tertanya-tanya. Sama seperti album ini, setiap lagu mempunyai warna dan identitinya yang tersendiri,” katanya yang sebelum ini popular dengan lagu “Satu Peluang” dan “Donde”.

Album tersebut menampilkan 12 buah lagu dengan pelbagai tema dan emosi. “Ding Geding menjadi refleksi perjalanan hidup, pengalaman serta perkembangan seni Andi sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu.

Menurut Andi, album tersebut boleh digambarkan sebagai “permulaan satu rentak” yang menghimpunkan pelbagai perasaan dan pengalaman dalam satu karya.

“Album ini ada momen seronok, kecewa, bingung dan bahagia. Semua emosi itu ada dalam satu album kerana itulah realiti kehidupan sebenar. Emosi manusia sentiasa berubah-ubah dan saya mahu pendengar merasai perjalanan tersebut bersama saya,” katanya.

Salah satu lagu yang paling memberi kesan mendalam kepada Andi ialah “Seksa Jiwa”, sebuah lagu berentak soul ballad yang mencabar dirinya untuk keluar daripada zon selesa.

Album “Ding Geding” menampilkan sisi beza Andi Bernadee yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini.

Genre tersebut bukanlah kebiasaan buat Andi, namun proses menghasilkan lagu itu akhirnya menjadikan ia antara karya kegemarannya dalam album ini.

“Menyiapkan “Seksa Jiwa” bukan sesuatu yang mudah kerana rentak itu bukan makanan saya. Tetapi apabila lagu itu siap sepenuhnya, ia menjadi antara lagu kegemaran saya dalam album ini. Lagu itu benar-benar memberi kesan apabila didengari seorang diri,” jelasnya.

Melalui “Ding Geding”, Andi berharap setiap lagu yang dihasilkan mampu menjadi teman kepada para pendengar dalam apa jua situasi yang sedang mereka lalui.

“Saya harap selepas mendengar album ini, mereka akan rasa bahawa mereka tidak keseorangan. Jika ada mana-mana lagu yang boleh menjadi teman, memberi semangat atau membuatkan mereka rasa difahami, itu sudah sangat bermakna untuk saya sebagai seorang pengkarya.”

Album “Ding Geding” kini boleh mula didengarkan di semua platform penstriman digital sejak 5 Jun lalu.

Latest

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...
spot_img

Jangan Terlepas!

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

Faizal Tahir salurkan semangat patriotik menerusi muzik

Oleh: Khadijah Ibrahim SUDAH 20 tahun Faizal Tahir terbabit dalam...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk kosmetik tempatan berbanding jenama luar. Sebagai tanda sokongan kepada jenama Elegant Cosmetics, marilah kita ramai-ramai menghadirkan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang ke-35 tahun, pusat hiburan tersebut akan meraikan detik bersejarah tersebut dengan menganjurkan...