Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa

Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama Malaysia, FM Group impi bintang Cak Cak Cekuk gegarkan pentas Precious of Malaysia September ini.

Malah FM Group juga mahu ‘rebut hati’ Gen Z, Precious of Malaysia idam Wani Kayrie untuk gegarkan pentas final event tersebut.

Warisan budaya Malaysia tidak seharusnya hanya diraikan ketika berlangsungnya festival atau sambutan tertentu, sebaliknya perlu dibawa lebih dekat dengan generasi muda agar terus relevan dan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Itu antara pendekatan yang diketengahkan FM Group, yang diasaskan oleh pereka fesyen Farel Mikhail dan Pengerusi Program, Jonathan Kok, menerusi Precious of Malaysia Citraloka 2026.

Inilah dua insan yang menjayakan event yang penuh berprestij ini iaitu Pereka fesyen dan penganjur dari FM Group, Farel Mikhail (kanan) dan Jonathan Kok.

Menariknya, dalam usaha mendekatkan warisan Malaysia dengan generasi muda, Farel dan Jonathan turut menyimpan impian untuk menjalinkan kerjasama dengan penyanyi popular, Wani Kayrie, bagi memeriahkan pentas final Precious of Malaysia.

“Kalau ditanya, kami mengimpikan Wani Kayrie tampil membuat persembahan di pentas final program Precious of Malaysia.

“Kalau ada rezeki, lebih istimewa jika beliau sudi mengenakan busana rekaan kami,” kata Farel.

Impian tersebut bukan sekadar kerana populariti Wani, sebaliknya mereka melihat penyanyi berkenaan sebagai antara figura muda yang mampu menjadi jambatan antara budaya, fesyen dan generasi baharu.

“Dalam masa yang sama, kami  akui cukup meminati lagu Cak Cak Cekuk nyanyian Wani Kayrie.

“Selain itu, kami melihat karakter dan imej Wani juga  sesuai dengan konsep yang mahu diketengahkan dalam Precious of Malaysia,” ujarnya.

Bagi mereka, kolaborasi bersama Wani boleh menjadi satu pendekatan kreatif untuk membawa fesyen tradisional dan identiti Malaysia kepada khalayak yang lebih muda, khususnya pengguna media sosial.

Menurut Farel, cara masyarakat khususnya golongan muda melihat budaya perlu diubah supaya warisan tidak dianggap sebagai sesuatu yang ‘old-fashioned’ atau hanya sesuai dipamerkan di muzium.

“Kita kena ubah cara kita membawa budaya. Itulah yang kami lakukan dalam Precious of Malaysia.

“Kalau budaya hanya diletakkan dalam muzium atau dipersembahkan ketika sambutan tertentu, generasi muda mungkin melihatnya sebagai sesuatu yang jauh daripada kehidupan mereka.
“Untuk itu, Precious of Malaysia menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan dunia anak muda menerusi fesyen, kandungan media sosial, pertandingan, catwalk, muzik, pendidikan dan kolaborasi,” katanya.

Menariknya, dalam usaha mendekatkan warisan Malaysia dengan generasi muda, Farel dan Jonathan turut menyimpan impian untuk menjalinkan kerjasama dengan penyanyi popular, Wani Kayrie, bagi memeriahkan pentas final Precious of Malaysia.

Wani Kayrie pengaruh besar kepada Gen Z

Dalam konteks itu, figura seperti Wani Kayrie dilihat mampu membantu memperluaskan capaian dan kesan mesej tersebut kerana muzik dan fesyen mempunyai pengaruh besar dalam membentuk trend serta gaya hidup generasi muda.

Apabila seorang penyanyi muda mengenakan busana tempatan di pentas persembahan atau berkongsi penampilannya menerusi media sosial, ia secara tidak langsung boleh menjadikan elemen warisan lebih dekat, moden dan mudah diterima anak muda.

“Bagi saya, kerjasama seperti ini juga boleh membuka ruang kepada pereka tempatan untuk menghasilkan rekaan yang menggabungkan elemen tradisional dengan potongan kontemporari tanpa menghilangkan identiti asalnya.

“Contohnya Seni Telepuk. Dalam acara sebelum ini, kita  bukan sekadar pamerkan Telepuk. Kita sudah mulakan bengkel bersama pelajar, mereka belajar menghasilkan Telepuk, kemudian hasil itu dibawa ke pertandingan dan pentas fesyen.

“Kita mahu anak muda rasa bahawa memakai batik, kebaya, songket atau mengangkat seni tradisi itu bukan sesuatu yang ‘old-fashioned’,” katanya.

Menurutnya, warisan tidak perlu diubah identitinya semata-mata untuk menjadikannya trendy, sebaliknya cara warisan itu dipersembahkan kepada generasi baharu yang perlu berubah.

“Ini amat penting dalam memastikan budaya tempatan tidak terputus daripada generasi masa kini yang lebih terdedah kepada pengaruh budaya global melalui media sosial dan dunia digital.

“Atas alasan itu juga, Precious of Malaysia Citraloka 2026 turut memberi ruang kepada pelajar, pereka muda, artisan, usahawan kreatif, model, penggiat seni, sekolah, kolej vokasional, universiti dan masyarakat umum untuk terlibat secara langsung,” katanya.

Precious of Malaysia Citraloka 2026

Precious of Malaysia Citraloka 2026 bakal berlangsung selama enam hari dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa.

Antara aktiviti atau pengisian menarik sepanjang tempoh itu  adalah seperti International Cultural Fashion Week, Gema Tari Etnik Malaysia, Si Cilik Busana Kreasi Tradisi, Lenggok Si Bulus, aktiviti masakan dan bakeri, persembahan muzik serta tarian dan pengisian seni Telepuk.

Kemuncaknya pada 16 September bersempena Hari Malaysia ialah Precious Cultural Walk.

Ia menghimpunkan peserta berbusana tradisi dan budaya untuk bersama-sama membawa semangat perpaduan mengelilingi tasik.

Farel berkata, konsep penganjuran tahun ini bukan sekadar mengajak masyarakat datang menonton, sebaliknya memberi peluang kepada mereka untuk melihat, belajar, mengambil bahagian dan merasai sendiri kepelbagaian budaya Malaysia.

“Warisan tidak perlu diubah identitinya untuk menjadi trendy. Cara kita mempersembahkannya yang perlu berubah.

“Kita tidak mahu budaya hanya dikenang – kita mahu budaya dipakai, digunakan, dikongsi dan dibanggakan,” katanya.

Precious of Malaysia Citraloka 2026 turut dilaksanakan dalam ekosistem Festival Budaya Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), selain membabitkan pelbagai institusi pendidikan, pereka, artisan, penggiat seni dan rakan industri.

Selepas lima tahun membina platform berkenaan, FM Group mahu Precious of Malaysia bergerak lebih jauh dengan menghubungkan warisan kepada industri dan generasi baharu.

Muzik, fesyen dan budaya perlu seiring

Sementara itu, Jonathan Kok berpendapat kolaborasi bersama Wani Kayrie juga merupakan sebahagian daripada impian lebih besar mereka untuk melihat fesyen, muzik dan budaya tempatan bergerak dalam satu ekosistem yang sama.

“Kita percaya apabila artis, pereka fesyen dan penggiat budaya bergabung, mesej mengenai warisan Malaysia dapat disampaikan dengan cara yang lebih segar, dekat dan mudah diterima generasi muda.

“Jika perancangan dan impian itu menjadi kenyataan, ia bukan sahaja memberi nilai kepada Precious of Malaysia, malah membuka peluang untuk memperkenalkan rekaan tempatan kepada peminat Wani dan khalayak lebih luas.

“Sekaligus, kita berharap lebih ramai artis muda selepas ini berani membawa elemen budaya Malaysia dalam karya, muzik dan penampilan mereka,” katanya.

Selepas lima tahun membina platform berkenaan, FM Group mahu Precious of Malaysia bukan sahaja terus hidup, malah mempunyai nilai ekonomi dan mampu diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Antara wajah yang mereka impikan berada di pentas Precious of Malaysia ialah Wani Kayrie  yang menyanyikan lagu popularnyq Cak, Cak Cekuk, sambil mengenakan busana rekaan Farel dan Jonathan sebagai simbol bahawa warisan Malaysia boleh tampil moden, bergaya dan dekat dengan jiwa generasi muda.

YAIKK dan FM Group jalin kerjasama

Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan (YAIKK) dan FM Group turut mengumumkan kerjasama strategik dalam memartabatkan seni, muzik dan warisan budaya Malaysia.
Menerusi kerjasama itu, Precious of Malaysia – Citraloka 2026 dan Festival Pancaragam Malaysia 2026 menjadi pengisian utama Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026.

Dianjurkan oleh MOTAC, festival berkenaan berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, bersempena Hari Malaysia pada 16 September.

Pelancaran Precious of Malaysia Citraloka 2026 baru-baru ini turut menyaksikan pelancaran rasmi Festival Pancaragam Malaysia 2026, yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 16 September 2026.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...