Lokasi konsert Spideraya tukar demi keselesaan penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim

DEMI keselamatan dan keselesaan penonton, penganjur konsert Spideraya, B7 Resources
Sdn. Bhd mengambil keputusan untuk menukar lokasi penganjuran konsert daripada Stadium Hoki Bukit Jalil ke IDEA LIVE Arena, Petaling Jaya.

Wakil B7 Resources Sdn. Bhd., Khairul Afizi (Khai) berkata, menukar venue pada saat akhir bukanlah sesuatu yang dibuat dengan mudah.

Namun, setelah menilai keadaan semasa, langkah tersebut dilihat sebagai pilihan yang lebih wajar bagi memastikan pengalaman konsert dapat diteruskan dalam persekitaran yang lebih selesa untuk semua memandangkan keadaan pencemaran udara, ketidakstabilan cuaca serta situasi jerebu semasa.

Penganjur mengambil keputusan untuk meneruskan konsert Spideraya di tempat tertutup untuk keselesaan penonton.

“Kami memahami bahawa pertukaran venue pada saat akhir mungkin menimbulkan sedikit
kesulitan kepada para peminat yang telah membuat perancangan lebih awal. Kami amat kesal atas perkara tersebut dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

“Bagaimanapun, keadaan semasa memerlukan kami mengambil langkah yang sewajarnya.
Keutamaan kami adalah memastikan para peminat dapat terus menikmati Konsert
Spideraya dalam keadaan yang lebih selesa, di samping mengurangkan aktiviti di kawasan
terbuka sepanjang keadaan jerebu ini,” kata Khai.

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira keselesaan para penonton, artis, kru produksi serta semua pihak yang terlibat, khususnya memandangkan Stadium Hoki Bukit Jalil merupakan lokasi yang melibatkan aktiviti di kawasan terbuka.

Lagu-lagu Spider banyak yang malar segar dan terus diminati hingga kini.

Bagaimanapun, kata beliau hanya lokasi saja yang bertukar, waktu dan tarikh tetap sama iaitu pada jam 8.30 malam, 26 September ini. Semua kategori tiket yang telah dibeli juga masih sah dan dikekalkan.

Sementara itu, vokalis Spider, Tam berkata, Spideraya bukan sekadar sebuah konsert tetapi bakal menjadi salah satu sejarah penganjuran terbaik buat semua
pihak.

“Visi dan misi yang dibawa B7 Resources dalam penganjuran Spideraya sangat selari dengan Spider.Menghiburkan peminat atau mengadakan sebuah persembahan tanpa meninggalkan impak yang besar dan sejarah dalam industri hiburan itu mungkin mudah.

Semua kategori tiket yang telah dibeli masih sah dan dikekalkan walaupun lokasi bertukar.

“Tetapi apa yang Spider selalu pentingkan dalam setiap kemunculan kami selama berkarya ini adalah bagaimana kesan baik yang ditinggalkan bukan sahaja kepada kami atau peminat tetapi keseluruhan industri hiburan.

“Walaupun ini adalah industri hiburan tetapi Spider adalah pemain industri yang serius. Maka kami serius dalam setiap kerja yang dilakukan, apa lagi membabitkan penganjuran konsert berskala besar seperti Spideraya ini. Spider akan membawakan konsep ‘perayaan’ yang tidak akan pernah dilupakan,” ujar Tam.

Spider juga turut dianggotai oleh Aie (dram), Iss (bes) dan Pown (gitar utama).

Latest

Asal solo, kini Kaka Azraff berpasangan untuk “Lepaskan”

Oleh: Khadijah Ibrahim MANUSIA hanya merancang dan Allah yang menentukan....

Ultra Kalcer Malaysia 2026 tampilkan 19 artis serumpun

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 7 dan 8 November ini bakal...

Iman Troye tetap sama, walau jana pendapatan tinggi

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 25 Disember ini usianya baru mencecah...
spot_img

Jangan Terlepas!

DPDDM dan UiTMKOOP jalin kerjasama strategik memperkasa koperasi demi masa hadapan

Oleh: Nafsiah Jani Sejajar dengan perkembangan semasa, Dewan Perniagaan Datuk...

Cheng Lei terharu dengan sokongan peminat Malaysia

Oleh: Khadijah Ibrahim RAMAI peminat sanggup datang awal ke Sunway...

Asal solo, kini Kaka Azraff berpasangan untuk “Lepaskan”

Oleh: Khadijah Ibrahim MANUSIA hanya merancang dan Allah yang menentukan....

Iman Troye tetap sama, walau jana pendapatan tinggi

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 25 Disember ini usianya baru mencecah...

Ezad mahu mencipta nama sebagai komposer pula

Oleh: Khadijah Ibrahim LEBIH tiga dekad mewarnai industri hiburan tanah...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Asal solo, kini Kaka Azraff berpasangan untuk “Lepaskan”

Oleh: Khadijah Ibrahim MANUSIA hanya merancang dan Allah yang menentukan. Begitulah ketentuan lagu "Lepaskan" yang asalnya dirancang untuk dirakam secara solo, tapi akhirnya menjadi lagu...

Ultra Kalcer Malaysia 2026 tampilkan 19 artis serumpun

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 7 dan 8 November ini bakal berlangsung festival muzik Ultra Kalcer Malaysia 2026 di The Volume, Kuala Lumpur. Festival dua hari itu...

Iman Troye tetap sama, walau jana pendapatan tinggi

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 25 Disember ini usianya baru mencecah 24 tahun, namun Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali dengan nama Iman Troye sudah...