SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa

Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah menjadi peneman setia di radio, di kaset-kaset yang diulang-ulang, dan di pentas-pentas yang mengundang air mata rindu.

Kini, setelah sekian lama menyepi, Hasnol kembali. Bukan sekadar untuk menyanyi, tetapi untuk mengubat rindu. Sebuah showcase istimewa yang diberi judul cukup bermakna — SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL bakal berlangsung dalam suasana yang penuh magis.

> “Showcase ini saya buat khas untukmu… untuk semua yang masih ingat dan masih sayangkan lagu-lagu saya. Sudah lama saya simpan rindu ini. Malam itu nanti, saya nak kita nyanyi sama-sama, menangis sama-sama dan ketawa sama-sama.” – HASNOL

Untukmu… Ya, Untukmu Yang Pernah Setia Menanti.

Penganjur memilih judul “UNTUKMU” bukan secara kebetulan. Ia adalah sebuah dedikasi. Dedikasi buat peminat yang masih setia, buat sahabat yang masih ingat, buat keluarga yang terus menyokong, dan buat industri yang pernah meletakkannya di puncak.

Antara lagu-lagu yang dijangka akan mengisi malam keramat itu ialah lagu-lagu malar segar yang masih segar dalam ingatan seperti _Laguku Untukmu_ dan lagu-lagu jiwang lain yang pernah menjadi lagu tema percintaan ramai.

Dalam suasana lyang bakal gempar di Jazz Rock Cafe, suara Hasnol mengalunkan bait-bait lagu tersebut pasti hadirin akan menyanyi bersama, ada yang pejam mata menghayati, ada yang tersenyum mengimbau kenangan silam. Ada yang mungkin sebak teringat cinta yang pernah pergi.

Inilah keunikan showcase ini. Ia tidak dibina seperti konsert besar yang bising. Ia dibina sebagai sebuah pertemuan hati ke hati. Dekat, mesra dan jujur.

Kenapa Anda WAJIB Hadir?

Kerana showcase seperti ini jarang-jarang berlaku. Kerana Hasnol bukan sekadar menyanyi, dia bercerita melalui lagunya. Kerana inilah peluang untuk anda membawa pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk merasai semula era kegemilangan muzik yang penuh jiwa.

Jangan hanya dengar ceritanya dari kawan. Jangan hanya tonton videonya di TikTok esok lusa. Hadir dan rasai sendiri getaran suaranya secara live.

BUTIRAN PENTING:

ACARA: SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL
TARIKH: RABU, 21 OKTOBER 2026
MASA: 9.00 MALAM
LOKASI: JAZZ ROCK CAFE, SAMBAL BAKAR MENYALA, Jalan Hulu Klang, MRR2

Ini bukan sekadar sebuah persembahan. Ini adalah sebuah kenangan yang akan anda bawa pulang.

Tempat adalah SANGAT TERHAD!

Untuk tempahan meja dan tiket, segera Whatsapp: 013-3510433

Untukmu… sebuah persembahan, sebuah kenangan yang abadi.

Latest

Exists kembalikan nostalgia penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Bangsawan Pictures "ANDA semua rindu Exists tak?...

Kenapa Dayang Sofia tidak boleh lupakan “Panji Semerang”?

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

AFIQ ZAFRI, BAKAT MUDA YANG BERSINAR

Oleh: Syed Yusof Wafa Memiliki nama penuh Afiq Zafri Fizri...

Aliff Syukri boleh terima teguran tapi jangan keterlaluan

Oleh: Khadijah Ibrahim MANUSIA mana yang tidak pernah melakukan kesilapan...
spot_img

Jangan Terlepas!

Kenapa Dayang Sofia tidak boleh lupakan “Panji Semerang”?

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

“Teruskanlah” Hazreen Amreena untuk gapai impian

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP hari ada saja wajah-wajah baharu yang...

“Ibu Mertuaku” popularkan K. Fatimah

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

AFIQ ZAFRI, BAKAT MUDA YANG BERSINAR

Oleh: Syed Yusof Wafa Memiliki nama penuh Afiq Zafri Fizri...

Aliff Syukri boleh terima teguran tapi jangan keterlaluan

Oleh: Khadijah Ibrahim MANUSIA mana yang tidak pernah melakukan kesilapan...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Exists kembalikan nostalgia penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Bangsawan Pictures "ANDA semua rindu Exists tak? Kalau rindu, jom kita nyanyi lagu ini," itu pembuka kata daripada Ezad sebelum mendendangkan lagu...

Kenapa Dayang Sofia tidak boleh lupakan “Panji Semerang”?

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) APABILA bercakap mengenai Seniwati Dayang Sofia pasti terbayang di minda anda...

AFIQ ZAFRI, BAKAT MUDA YANG BERSINAR

Oleh: Syed Yusof Wafa Memiliki nama penuh Afiq Zafri Fizri bin Zulkifli, anak kelahiran Terengganu ini dilahirkan pada 8 Julai 2003. Minatnya terhadap dunia muzik...