Juara bertemu juara di GV13

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEJAK dimulakan pada 2014, program realiti hiburan Gegar Vaganza (GV) musim pertama hingga ke-12, menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian.

Namun sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro tahun ini, Gegar Vaganza bakal tampil dengan musim paling istimewa dalam sejarah penganjurannya apabila menghimpunkan juara-juara Akademi Fantasia (AF) dari musim pertama hingga musim ke-12 dalam sebuah pertandingan epik yang sarat dengan nostalgia, persaingan sengit dan detik-detik bersejarah buat industri hiburan tanah air.

Mereka bakal kembali berkongsi satu pentas untuk membuktikan kehebatan vokal, karisma dan ketahanan mereka sebagai antara bintang realiti paling berpengaruh di Malaysia.

Vince Chong, sinonim dengan ungkapan, kita semua adalah pemenang, tiada pengalah.

Untuk musim kali ini, Gegar Vaganza ke-13 bakal dimeriahkan dengan penampilan Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal Ramly (AF4), Mila Jirin (AF5), Stacy (AF6), Shahir Zawawi (AF8), Faizul Sany (AF10) dan juga Firman Bansir (AF11) berentap untuk merebut gelaran juara di pentas berprestij tersebut.

Difahamkan, bukan hanya sembilan peserta tapi 13 orang. Empat lagi nama akan diumumkan dalam waktu terdekat atau sewaktu siaran langsung program.

Pasti peminat Gegar Vaganza dapat meneka siapa yang bakal bersaing dengan nama-nama yang telah diumumkan itu.

Zahid dulu juara Akademi Fantasia musim kedua.

Gegar Vaganza musim ke-13 bakal bersiaran secara langsung mulai 8 November, jam 9 malam, dari Auditorium MBSA Shah Alam, di Astro Ria (saluran 104) serta turut boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.

 

Sebagai salah satu acara utama sempena sambutan 30 tahun Astro, GV13 tampil lebih daripada sekadar pertandingan nyanyian.

Sebaliknya, ia merupakan sebuah penghargaan kepada legasi Akademi Fantasia, program realiti ikonik yang mencetuskan fenomena luar biasa dan mengubah landskap hiburan Malaysia.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Mila Jirin merupakan juara wanita pertama Akademi Fantasia pada musim kelima kerana sebelum itu semua juara peserta lelaki.

Ketiga-tiga pengacara yang dikenali dengan kepetahan, gelagat spontan dan keserasian mereka itu bakal memeriahkan suasana setiap minggu dengan gelagat dan energi tersendiri.

Barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, yang akan memberikan penilaian secara profesional, telus dan berintegriti terhadap setiap persembahan.

Lebih menarik, musim ini turut menampilkan juri jemputan khas dalam kalangan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia yang akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka sepanjang pertandingan berlangsung.

Sementara itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, sempena ulang tahun ke-30 Astro, mereka mahu menghadiahkan sesuatu yang benar-benar bermakna kepada rakyat Malaysia.

Stacy Anam merupakan juara Akademi Fantasia musim keenam.

“GV13 menjadi platform yang menyatukan dua jenama ikonik yang dekat di hati penonton, iaitu Gegar Vaganza dan Akademi Fantasia.

 

“Mengembalikan para juara Akademi Fantasia ke pentas ini bukan sekadar membangkitkan nostalgia, tetapi juga meraikan sebuah legasi yang telah mencorakkan industri hiburan tempatan dan melahirkan ramai artis yang terus relevan sehingga hari ini.

“Apa yang menjadikan musim ini lebih istimewa adalah tahap persaingan yang luar biasa. Buat pertama kalinya, pentas Gegar Vaganza menghimpunkan para juara yang pernah mencipta sejarah dalam Akademi Fantasia.

“Gabungan pengalaman, kematangan dan kehebatan vokal mereka bakal menjadikan setiap konsert mingguan penuh dengan kejutan, emosi dan persembahan bertaraf tinggi yang pasti dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Selain meraikan kejayaan masa lalu, GV13 turut mencerminkan komitmen berterusan Astro dalam memperkasakan industri kreatif tempatan menerusi penghasilan kandungan berkualiti tinggi yang mampu menyatukan pelbagai generasi penonton.

Shahir Zawawi juara AF8.

Program yang akan berlangsung selama 11 minggu itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, kepada juara. Manakala naib juara pula akan meraih RM50,000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Sebagai pelengkap sambutan tiga dekad Astro, Astro turut membawakan pengalaman hiburan yang lebih besar kepada para peminat menerusi dua konsert istimewa, iaitu Konsert Pesta Sooka Ria, pada 5 November, dan Konsert Pesta Vaganza, pada 6 November bertempat di Idea Live Arena, Damansara.

Kedua-dua konsert ini bakal menampilkan barisan artis ternama tanah air seperti Datuk Ziana Zain, Jaclyn Victor, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Bunkface, Noh Salleh, Kugiran Masdo, Insomniacks, Hussain, ALPHA, Oddah, Ammara, Ratu, dan ramai lagi selain penampilan khas kumpulan popular dari Indonesia, The Lantis dan Tenxi’s.

Tiket boleh di beli menerusi platform Ticketmelon.

Latest

KEBAIKAN SOLAT DALAM ISLAM — JANGAN TINGGALKAN SOLAT, KERANA SOLAT ITU TIANG AGAMA!

Oleh: Syed Yusof Wafa “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan...

TAHUKAH ANDA? INI 7 KEBAIKAN PUTIH TELUR UNTUK KESIHATAN!

Oleh: Syed Yusof Wafa Putih telur bukan sekadar makanan biasa....

`Konsert Malam Drama Manusia’ Drama Band, Asfan Shah & Manusia 15 Januari 2027

Oleh : Nafsiah Jani Drama Band dan Asfan Shah &...

Dr. Kinmi, Sariya Ng dan Charlotte Yeung curi tumpuan di Paris Fashion Week 2026

Oleh : Nafsiah Jani PARIS: Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaan...
spot_img

Jangan Terlepas!

`Konsert Malam Drama Manusia’ Drama Band, Asfan Shah & Manusia 15 Januari 2027

Oleh : Nafsiah Jani Drama Band dan Asfan Shah &...

Pak Nil kongsi ilmu dan pengalaman hidup bersama orang ramai

Oleh: Khadijah Ibrahim SIAPA dulu masa zaman sekolah siap sapu...

Sejarah tercipta, sanggup berhujan demi Siti Nurhaliza

Oleh: Khadijah Ibrahim "Saya sedih kerana akhirnya impian saya menjadi...

TAHUKAH ANDA? INI 7 KEBAIKAN PUTIH TELUR UNTUK KESIHATAN!

Oleh: Syed Yusof Wafa Putih telur bukan sekadar makanan biasa....

KEBAIKAN SOLAT DALAM ISLAM — JANGAN TINGGALKAN SOLAT, KERANA SOLAT ITU TIANG AGAMA!

Oleh: Syed Yusof Wafa “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

KEBAIKAN SOLAT DALAM ISLAM — JANGAN TINGGALKAN SOLAT, KERANA SOLAT ITU TIANG AGAMA!

Oleh: Syed Yusof Wafa “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-'Ankabut, ayat 45) 1. Solat Mendekatkan Diri kepada Allah SWT Solat ialah hubungan istimewa...

TAHUKAH ANDA? INI 7 KEBAIKAN PUTIH TELUR UNTUK KESIHATAN!

Oleh: Syed Yusof Wafa Putih telur bukan sekadar makanan biasa. Ia merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi, rendah kalori dan mengandungi pelbagai nutrien yang membantu...

`Konsert Malam Drama Manusia’ Drama Band, Asfan Shah & Manusia 15 Januari 2027

Oleh : Nafsiah Jani Drama Band dan Asfan Shah & Manusia bakal berkongsi pentas menerusi Konsert Malam Drama Manusia yang akan berlangsung di Zepp Kuala...