Legacy 30 Siti Nurhaliza bakal tinggalkan memori indah kepada penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEKARANG ini Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang giat berlatih bagi menjayakan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Selepas menjayakan beberapa siri konsert berskala besar sebelum ini, Legacy 30 Siti Nurhaliza bakal menghimpunkan elemen muzik, penceritaan, visual dan emosi yang merangkumi keseluruhan perjalanan kerjaya beliau bermula daripada awal hingga kini.

Umairah antara artis undangan yang akan berduet dengan Siti Nurhaliza pada konsert tersebut.

Persiapan konsert ini dirancang dengan teliti dan menyeluruh bagi memastikan perjalanan konsert berdurasi kira-kira tiga jam itu bermutu tinggi, berkelas serta sarat dengan nilai seni.

Setiap aspek persembahan daripada pemilihan lagu, rekaan pentas, penchayaan, visual, busana hingga susunan muzik diberi perhatian khusus bagi memastikan konsert ini tampil sebagai sebuah persembahan ikonik yang akan dikenang dalam sejarah industri hiburan negara.

“Konsert ini adalah hadiah dari hati saya buat peminat, rakan industri serta semua yang tidak  pernah berhenti menyokong perjalanan seni saya selama 30 tahun. Legacy 30 Siti Nurhaliza bukan tentang saya semata-mata tetapi tentang kita semua yang bersama-sama membina, menghargai dan mempertahankan seni serta budaya.

Bersama Aubrey Suwito selaku Pengarah Muzik dan wakil-wakil penaja konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza.

“Saya berharap konsert ini akan menjadi kenangan indah dan inspirasi kepada generasi seni akan datang. Jujurnya semakin dekat hari konsert semakin gementar saya tapi di waktu yang sama rasa teruja untuk mempersembahkan apa yang telah saya dan team produksi rancangkan,” katanya terus terang.

Untuk konsert penganjuran bersama SN Legacy Sdn. Bhd., dan Radar Rezki (M) Sdn. Bhd., Siti turut mengundang Hafiz Suip, Noh Salleh, Cakra Khan dan anak saudaranya, Umairah sebagai artis jemputan untuk berduet dan menyanyikan lagu-lagunya.

Konsert yang diadakan sehari sebelum ulang tahun kelahiran Siti yang ke-47 itu, menampilkan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik bersama barisan pemuzik profesional. Persembahan itu turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serra Istana Budaya dengan penampilan Orkestra Simfoni Kebangsaan, Otkestra Tradisional Malaysia dan Aristana Istana Budaya.

Legacy 30 Siti Nurhaliza merupakan konsert terbesar penyanyi tersebut.

Untuk memastikan konsert yang dijangka dihadiri kira-kira 63,000 penonton, Siti mengakui modal yang diperlukan dua atau tiga kali ganda berbanding konsert-konsertnya sebelum ini.

“Sebagai duta Cuckoo saya bersyukur kerana jenama tersebut sudi menjadi penaja utama bersama dengan Affin Bank. Alhamdulillah, banyak pihak yang sudi untuk bekerjasama dengan saya bagi menjayakan konsert ini.

“Bagi saya apabila ada penaja merekabpun dapat mileage juga dan dalam masa yang sama kita win-win situation. Saya tak dapat nak kongsi kos sebenar sebab belum selesai. Selagi on going ada saja kos yang diperlukan. Nak bagi semua puas hati bukan senang,” akuinya.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...