Konsert Legends kumpul dana RM100,000 bantu penggiat seni

Oleh: Khadijah Ibrahim

KONSERT Legends anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sempena perayaan jubli perak persatuan tersebut pada 27 Disember baru-baru ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,000 bagi membantu penggiat seni dan individu yang berdepan kesukaran hidup.

Konsert yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC Kuala Lumpur) sempena Makan Malam Amal Legends itu dihadiri lebih 500 penderma yang dihiburkan oleh persembahan penuh bertenaga dan emosi daripada barisan legenda muzik Malaysia, Sweet Charity selaku tarikan utama.

Turut menggegarkan pentas ialah Datuk Khadijah Ibrahim, Kopratasa, Helen Velu, Datuk Andre Goh, Ito Blues Gang, Mariam Ahmad dan Soma yang menyampaikan lagu hasil nukilan Allahyarham Datuk S Atan bersama-sama menyampaikan rangkaian lagu ikonik merentas generasi dalam persembahan hampir empat jam.

Malam bersejarah itu turut diserikan dengan slot khas gitaris legenda tanah air, seperti Man Kidal, Kid Search, Simon Carefree dan Sharul Ekamatra yang bergandingan di satu pentas sebagai penghormatan kepada era kegemilangan muzik rock tempatan.

Persembahan menakjubkan mereka mencetuskan sorakan gemuruh serta momen penuh nostalgia di kalangan penonton.

Penganjuran konsert tersebut yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin sebagai Tetamu Kehormat, bukan sahaja meraikan legasi seni, malah mencapai objektif kebajikan apabila hasil kutipan jualan tiket dan sumbangan berjaya dikumpulkan itu disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Pemain gitar legenda tanah air yang memeriahka Konsert Legends Makan Malam Amal anjuran Karyawan, baru-baru ini.

Seramai enam penggiat seni yang memerlukan bantuan turut mendapat sumbangan pada malam tersebut. Mereka adalah Murali Abdullah, Olie Heavy Machine, Salleh Yaacob, Mak Jah, Opie Black Maria dan pelakon Sharonizam

Lelongan amal unit lukisan tangan oleh pelukis Cheb Ali juga telah diadakan pada malam tersebut dan dibida oleh Puan Seri Raja Noreza dan Dato’ Sri Jasmine Raj sebanyak RM5,000 bagi membantu menambah kutipan dana untuk persatuan.

“Sebanyak RM100 ribu berjaya dikumpul dan ia membuktikan acara mencapai tujuannya, iaitu memberi peluang persembahan kepada ramai rakan artis serta membantu mereka yang memerlukan,” kata President Persatuan Karyawan Datuk Freddie Fernandez.

Penampilan pemain saksafon muda, Kenanga Juwita anak kepada Olie Heavy Machine band yang kini uzur tetapi terus turut hadir sebagai salah seorang penerima bantuan.

Majlis turut dimeriahkan oleh pengacara, pelawak Helmi The Gimmick yang tidak henti-henti membuat penonton  terhibur dengan lawaknya.

Sambutan hangat daripada orang ramai dan penganjur membuktikan semangat keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan penggiat seni tanah air.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...