Ghea Indrawani datang lagi untuk konsert solo

Oleh: Khadijah Ibrahim

JARANG sekali kita mendengar berita yang menguar-uarkan penyanyi tempatan bakal mengadakan persembahan di Indonesia, berbanding Malaysia yang bersikap terbuka.

Apa yang sering disogokkan di media sosial atau berita di negara yang diiktiraf sebagai negara paling selamat di dunia menerusi Laporan Keselamatan Global Gallup 2025 adalah sebaliknya.

Ini kerana peluang untuk penyanyi tempatan mengadakan persembahan atau penganjur yang sudi menganjurkan konsert untuk anak seni tempatan amat terbatas.

Sekiranya rakyat sendiri tidak menyokong perjalanan seni warga negara, bagaimana anak-anak seni tempatan mampu berkembang hingga ke luar negara.

Sekarang ini Malaysia sering menjadi lokasi pilihan penggiat seni luar untuk mengadakan konsert di sini kerana tahu rakyat Malaysia suka hiburan.

Justeru itulah, penyanyi dari Indonesia, Ghea Indrawani bakal kembali menemui peminat di sini menerusi konsert solo istimewa bertajuk ‘Ghea Indrawani: Rasi Jiwa – Live in Kuala Lumpur’ yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Mei 2026.

Bukan sekadar menyanyi, Ghea Indrawani juga boleh menulis lirik dan mengacara program.

Bagi yang tak berapa mengenali Ghea, penyanyi kelahiran Singkawang, Kalimantan Barat, Indonesia ini pernah menyertai program realiti Indonesian Idol musim kesembilan pada 2018.

Penyanyi berusia 28 tahun itu tampil dengan single pertama berjudul “Rinduku” pada 31 Ogos 2018 dan namanya melonjak selepas tampil dengan single ke-11, “Jiwa Yang Bersedih” pada 2023.

Lanjutan daripada itu, pada tahun berikutnya, untuk pertama kali, Ghea yang juga penulis lirik, pelakon dan pengacara hadir ke Malaysia menjayakan Konsert Farmasi Soundzation di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 November 2024 bersama Bunga Citra Lestari.

Memandangkan kali ini Ghea bakal mengadakan persembahan secara solo, maka beliau akan  menyajikan persembahan sarat emosi dan keintiman, selari dengan identiti muziknya yang terkenal dengan lagu-lagu balada berteraskan kejujuran perasaan serta penceritaan jiwa.

Menurut Ghea, Rasi Jiwa membawa falsafah tentang penerimaan diri dan proses emosi yang tidak semestinya sempurna.

“Rasi Jiwa menolak standard ‘harus baik-baik saja’. Ia mengajak anak muda untuk mengakui proses termasuk fasa bingung, jatuh dan belum selesai,” katanya.

Konsert ini direka bagi memberi pengalaman lebih dekat kepada penonton, dengan beberapa kategori tiket ditawarkan termasuk free standing, tempat duduk bernombor, serta zon VIP berhampiran pentas.

Menariknya, kategori tiket dinamakan berasaskan fasa emosi kehidupan, dengan harga ditawarkan bermula RM198 – RM 238 (berdiri tingkat bawah) dan RM 338 – RM 368 (duduk tingkat atas). Sementara itu, VIP Suite berharga RM5,000 dan Meet & Greet RM300.

Tiket konsert ‘Rasi Jiwa – Live in Kuala Lumpur’ boleh didapati menerusi laman web rasmi https://GheaRasiJiwaKL.com serta platform jualan tiket LOKET.

Tiket pra jualan akan mula dijual pada 10 Januari 2026  bermula jam 10 pagi untuk mereka yang telah mendaftar di laman tiket, sementara tiket untuk jualan awam pula akan mula dijual pada 11 Januari 2026.

Latest

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...
spot_img

Jangan Terlepas!

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...