4U Music tampil “Mawar” pula

Oleh: Khadijah Ibrahim

SETAKAT ini peminat muzik tanah air hanya  tahu kumpulan Iklim berasal dari Terengganu. Kini ada sebuah kumpulan baharu yang berasal dari negeri Pantai Timur, iaitu 4U Music.

Jangan salah faham, 4U Music bukan adik-beradik kepada kumpulan 4U2C kerana kumpulan ini mula aktf sejak 2023.

4U Music yang dianggotai oleh Juna selaku vokalis, Akim (bass), Aiman (gitar) dan Payeh (dram) merupakan kumpulan pop, rock dan balada.

Sejak penubuhan, mereka perlahan-lahan membina nama dalam industri muzik tempatan menerusi persembahan pentas, jemputan korporat serta aktif di platform media sosial.

Lagu “Mawar” merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aiman, pemain gitar kumpulan tersebut.

Dikenali dengan persembahan yang bertenaga dan penuh emosi, 4U Music menjadikan pentas sebagai ruang terbuka tanpa sempadan antara band dan penonton, selari dengan semangat “Stage pun crowd yang punya” yang sentiasa dibawa ke mana-mana persembahan.

Bagi meneruskan perjuangan mereka dalam industri ini, 4U Music tampil dengan single “Mawar” sejak 2 Januari baru-baru ini.

Menurut mereka, “Mawar” berbeza dengan single terdahulu “Tulip” yang lebih ceria dan rancak, “Mawar” menampilkan sisi matang 4U Music melalui penceritaan yang lebih mendalam dan emosional.

Genre pop balada dipilih kerana anggota 4U Music mahu emosi dan lirik lagu ini sampai secara jujur kepada pendengar.

Kumpulan 4U Music berasal dari Terengganu.

“Lagu ini terlahir daripada kisah benar yang sangat dekat dengan kami. Ia bukan sekadar tentang kehilangan, tetapi tentang keikhlasan untuk melepaskan orang yang kita sayang demi kebahagiaan mereka dan ini bukti cinta sejati itu wujud,” jelas Juna.

Tambah Aiman selaku pencipta dan penulis lirik untuk karya tersebut, “Mawar” juga dianggap sebagai doa terakhir seorang kekasih.

“Ia mengajar kami bahawa cinta sejati tidak berakhir dengan perpisahan atau kematian tapi akan terus hidup sebagai kenangan dan doa,” katanya.

4U Music berharap mereka dapat terus bersaing secara sihat dalam industri muzik tanah air kerana mereka percaya kejujuran dalam berkarya juga penting.

Ujar anggota 4U Music, “Mawar” adalah hasil usaha, kesabaran dan sokongan sahabat-sahabat mereka.

Selain pelancaran lagu di semua platform penstriman digital, para peminat boleh menonton muzik video rasmi “Mawar” di YouTube NSR Malay.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...