Pengaruh Siti Nurhaliza amat kuat

Oleh: Khadijah Ibrahim

MESKIPUN pada 10 Januari lalu ada tiga konsert yang berlangsung iaitu Panggung Puting Beliung Tenxi di Zepp Kuala Lumpur, Pentas RadjaWali Live in Malaysia di Ideal Live Arena, Petaling Jaya dan Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love di Stadium Nasional Bukit Jalil, sudah pasti konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza paling ‘happening’.

Tahniah kepada peminat-peminat Siti yang digelar Sitizoners dan penonton-penonton tempatan yang hadir menyokong persembahan anak jati dari Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu.

Selain penonton tempatan dari pelbagai negeri di Malaysia, ada juga penonton dari luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

Sudah lama Siti Nurhaliza idam untuk muncul di pentas dengan cara begini.

Memandangkan pada malam tersebut perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dilanjutkan hingga ke jam 1 pagi, maka ramai yang mengambil peluang menggunakan perkhidmatan awam tersebut.

Penulis yang menggunakan LRT dari stesen Chan Sow Lin bernasib baik kerana masih dapat mencelah masuk ke koc wanita. Ada beberapa stesen menuju ke arah Bukit Jalil sewaktu LRT berhenti tidak dapat mengambil penumpang kerana semua yang ada dalam koc tersebut mempunyai misi yang sama, nak tengok konsert Siti Nurhaliza.

Bukan setakat sesak dalam LRT saja, sewaktu nak menunaikan solat Maghrib di surau Al-Hidayah berhampiran kawasan stesen Bukit Jalil pun sama. Menariknya, dalam suasana sesak itu, baik lelaki atau wanita, tahu bertolak ansur dan dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebelum melangkah ke stadium.

Dari luar lagi dah dapat melihat aura dan pengaruh juara Bintang HMI 1995 itu kerana rata-rata yang hadir terutama wanita mengenakan pakaian mengikut tema kerana masing-masing mengikuti perjalanan seni Siti sejak usianya 16 tahun lagi.

Berduet dengan Cakra Khan.

Siti yang mencecah usia 47 tahun pada malam tersebut, memulakan persembahan sekitar jam 8.45 malam dengan lagu Purnama Merindu dan Dialah Di Hati dari atas kren.

“Selamat datang ke konsert Legacy Siti. Masy-Allah senak perut saya tengok anda pada malam ini. Bagi saya seketika untuk lihat view terindah malam ini.

“Malam ini saya akan beri kasih sayang saya pada anda yang dengar lagu-lagu saya masa sekolah dulu. Memang terbukti anda semua yang penuhkan stadium.

“Penaja beri kelebihan untuk saya hiburkan anda. Untuk konsert kali ini, saya pilih yang terbaik,” katanya yang banyak mendendangkan lagu-lagu dendangannya secara medley.

Antara lagu yang disampai Siti pada segmen pertama adalah Lakaran Kehidupan / Falling In Love, Jerat Percintaan / Wajah Kekasih / Percayalah,  Satu Cinta Dua Jiwa / Destinasi Cinta dan Menamakan Cinta.

Konsert Siti Nurhaliza turut dihadiri oleh artis antaranya, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Che Ta, Awal Ashaari, Datuk Syafinaz Selamat dan Wany Hasrita.

Selepas mendendangkan lagu Destinasi Cinta, yang turut menampilkan Oddah atau Auddra Zulkifli sebagai penari, Siti mengumumkan peserta program Talk To My Manager, anak kepada penyampai radio Sharifah Shahira adalah artis naungan syarikatnya, Siti Nurhaliza Legacy (SNL).

Untuk segmen kedua, Siti yang tampil dengan persalinan baharu memilih menghiburkan 65,000 penonton dengan lagu-lagu hitnya yang dipetik di bahagian korus seperti lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu / Biarlah Rahsia / Demi Kasih Sayang / Kau Kekasihku dan Jaga Dia Untukku yang dicipta khas untuk suami tercinta sewaktu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kemalangan dulu.

Siti turut mengundang legasinya dalam bidang seni iaiu anak saudaranya, Umairah untuk berduet menerusi lagu Kaca & Permata dan Hati Kama.

“Doakan Umai berjaya naikkan nama Malaysia lebih daripada Mak Iti,” katanya sebelum meneruskan persembahan bersama Hafiz Suip.

Kata Siti, beliau pernah melihat Hafiz menyanyikan lagu Pandang Pandang Jeling Jeling, lagu kolaborasinya dengan Allahyarham Tan Sri SM Salim dan Muara Hati duet mereka yang merupakan runut bunyi untuk drama Adam & Hawa.

Perjalanan kerjaya seni Siti Nurhaliza dipersembahkan di konsert yang dihadiri kira-kira 65,000 penonton.

Pada malam itu juga Siti berduet dengan Noh Salleh menerusi lagu Kau Mawarku, dendangan asal merupakan gandingan Siti bersama 2 By 2 serta Bagaikan Sakti. Manakala bersama sahabatnya dari Indonesia, Cakra Khan, Siti bergandingan mendendamgkan lagu Dirgahayu dan Seluruh Cinta.

Siti yang memasuki 30 tahun melayari kerjaya seni dan telah memenangi pelbagai anugerah serta mempunyai banyak lagu hit yang mengangkàt namanya hingga kini bagaimanapun tidak dapat mendendangkan lagu-lagu tersebut secara penuh.

Bagi memastikan penonton berpeluang mendengar lagu-lagu kegemaran mereka, untuk konsert kali ini Siti memilih mendendangkan lagu secara medley. Memanglah ada yang kata, kenapa tak nyanyi penuh? Kalau setiap lagu dinyanyi secara lengkap mahu sampai esok pagi penonton berkampung di stadium.

Bagi penulis, pemilihan lagu yang dipilih oleh Siti berdasarkan tahun karya tersebut dikeluarkan sangat menarik. Lagipun setiap album Siti pasti ada lagu-lagu yang ‘meletop’ dan boleh sing along.

Siapa yang tidak tahu lagu Cintamu, Aku Cinta Padamu, Bukan Cinta Biasa, Bersandar Cinta, Bisikan Asmara, Engkau Bagaikan Permata,  Seindah Biasa, Seribu Kemanisan, Kesilapanku Keegoaanmu, Sehebat Matahari dan Diari Hatimu.

Untuk segmen lagu-lagu tradisional, Siti dedikasikan penghargaan buat arwah Pak Ngah atau Datuk Suhaimi Mohd Zain yang banyak mengajarnya sebelum ini.

Pada segmen keempat, Siti lebih fokus kepada lagu-lagu tradisional termasuklah beliau mendendangkan lagu yang dipetik daripada album Gema Bumantara, Kesuma, ciptaan Aisha Retno yang turut hadir dan Rencong ciptaan Hafiz Hamidun.

“Kalau ikut adat orang dulu, apabila ada keraian dan keramaian, orang-orang akan berjoget lambak. Saya nak ajak semua yang hadir di sini untuk bangun dan joget lambak, boleh?

“Kita jadikan ini joget lambak terbesar. Silap-silap boleh masuk Malaysia Book of Records (MBOR) ni,” katanya berseloroh.

Dengan hanya sekali permintaan sahaja, penonton terus bangun dan berjoget lambak sewaktu Siti mendendangkan lagu Joget Menanti Kasih, Balqis, Mahligai Permata, Ya Maulai, Cindai dan Nirmala sebagai penutup tirai.

Jika ada yang mahu menonton persembahan Siti lagi, peluang tersebut dapat dilihat bila Siti bakal muncul dengan konsert berkonsepkan irama tradisional. Tunggu pengumuman daripada Siti nanti.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Cantik luaran, dalaman bersama Soora Miguhara Glow & Flow

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP wanita mahu kelihatan cantik dan sebab...

Suami selamatkan Neng Yatimah daripada kerakusan tentera Jepun!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

PROGRAM KEMPEN CEGAH OBESITI 2.0 PKCQM CAPAI SASARAN

Oleh : Nafsiah Jani Menyedari ramainya rakyat Malaysia yang mengalami...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...