Belajar Mandarin dengan Tonton

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEPERTI yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu, berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan serta lambang identiti dan jati diri negara.

Namun pernah tak anda meihat iklan jawatan kosong yang menyatakan hanya calon yang fasih berbahasa Mandarin sahaja akan diambil. Nak kata syarikat tersebut rasis, boleh juga tapi tidak semua orang bersikap sebegitu.

Bagi masyarakat yang bahasa Mandarin, Kantonis atau Hokkien bukanlah bahasa ibunda, maka kita perlu mengambil inisiatif untuk mempelajari bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.

Tidak rugi jika kita mampu bertutur lebih daripada satu bahasa kerana di Malaysia ada pelbagai kaum. Jika kita mampu bertutur dalam bahasa Mandarin atau Tamil, amat beruntung kerana mudah untuk menjalin persahabatan.

Walaupun sekarang ini boleh guna aplikasi alih bahasa, ia tetap tak sama jika anda mampu bertutur secara langsung.

Justeru itulah, platform penstriman Tonton, tampil dengan kelainan menerusi pelancaran kempen terbaharu Tonton Ajar Mandarin, sebuah inisiatif yang menggabungkan hiburan dan pembelajaran bahasa dalam satu pengalaman unik buat para pengguna.

Kempen tersebut bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Tonton sebagai destinasi penstriman utama di Malaysia, malah membuka ruang kepada penonton untuk meneroka pelbagai kandungan bahasa Cina berkualiti tinggi.

Inisiatif ini sekali gus mencerminkan komitmen Tonton dalam menawarkan hiburan yang lebih inklusif, dengan pilihan kandungan yang lebih luas selain barisan drama Melayu sedia ada.

Menerusi kerjasama strategik bersama pusat bahasa terkemuka, Inter-Cultural Language School (ICLS), Tonton menawarkan pengalaman pembelajaran Mandarin yang unik dan interaktif secara eksklusif.

Tenaga pengajar profesional yang akan mengajar bahasa Mandarin bagi pelanggan Tonton.

Sesi pembelajaran selama satu jam ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional ICLS menerusi aplikasi Zoom.

Menariknya, silibus kelas akan menggunakan frasa harian serta dialog daripada klip drama Cina terpilih di Tonton, bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran bertutur dan pemahaman konteks dalam suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan.

Kini, dengan langganan serendah RM9.90 sebulan, pelanggan TontonUp bukan sahaja dapat menikmati pelbagai kandungan premium, malah berpeluang menebus Kelas Percubaan Mandarin Percuma (Virtual) melalui Tonton Rewards.

Lebih menarik, pelanggan yang mendaftar kursus bahasa di ICLS boleh menikmati pengecualian yuran pendaftaran bernilai RM50, selain berpeluang menebus baucar Baskin Robbins dan Pizza Hut menerusi Tonton Rewards.

Selain mempelajari bahasa baharu, penonton juga berpeluang menyertai pertandingan istimewa dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai RM800.

Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu melanggan Tonton, menebus kelas percubaan melalui Tonton Rewards, dan hadiri kelas berkenaan. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM500, diikuti tempat kedua RM200, dan tempat ketiga RM100.

Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran bahasa anda sambil menikmati kandungan hiburan terbaik. Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton sekarang untuk mula melanggan.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...