Siti Nurhaliza tak mudah melatah dengan komen orang

Oleh: Khadijah Ibrahim

KEBELAKANGAN ini jika anda melihat penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza aktif membalas komen netizen di media sosial seperti di Thread adalah sekadar untuk memgisi masa lapangnya.

Kata Biduanita Negara, usik mengusik adalah perkara biasa kerana dalam kehidupan semua orang perlukan hiburan.

Feride dan Farihad mendendangkan lagu Mawarku, dendangan Siti bersama 2 By 2 dulu.
Ali dan Kelly Azman berduet secara spontan.

“Walaupun ada orang itu memgusik saya, sudah tentulah saya perlu mengusik balik orang itu dengan gaya santai. Tak ada pun komen-komen yang melekat di hati saya.

“Bagi saya, bila orang ambil perhatian dengan konsert, nyanyian atau persembahan saya, itu maknanya mereka mengambil berat tentang saya. Kalau saya buat konsert, tak ada langsung orang nak buat komen atau hirau (ambil kisah), itu masalah untuk saya.

Alif Fadli yang beriya menyanyi, Feera dan Qaqa hanya miming kerana malu.
Dari kiri, Syed Wafa, Rose dan Nafsiah yang menjadi penari latar untuk nyanyian  Deel Anjer , menjuarai pertandingan korake malam tersebut.

“Tapi kalau orang melihat dan meneliti, mencari cerita apa yang boleh tarik perhatian orang untuk membaca atau menulis, saya rasa itu adalah input yang saya boleh ambil sebagai panduan.

“Kalau bagus saya ambil, kalau saya rasa itu hanya untuk usik-usik atau untuk kita faham bahawa dalam ramai-ramai tu pasti ada yang kurang berkenan dengan di hati mereka, jadi saya abaikan kerana mereka tidak berada dalam pasukan saya.

Majlis santai bersama rakan wartawan dan Siti menjadi juri untuk nyanyian mereka dan turut memberi pelbagai hadiah menerusi cabutan bertuah.

“Mereka juga tidak berada dalam situasi konsert yang 65,000 orang begitu enjoy dan happy, so saya maafkan dan tak ada apa-apa yang perlu saya sakit hati,” kata Siti mengulas komen-komen negatif yang dilontarkan kepadanya selepas menjayakan konsert berskala besar Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari, baru-baru ini.

Jelas Siti, beliau lebih suka berpandangan jauh kerana sedar industri hiburan tanah air bukanlah besar seperti luar negara. Lagipun masing-masing sudah matang, jadi harus bijak berfikir.

Antara pihak media yang hadir.

“Bagi saya industri kita sangat kecil dan balik-balik kita akan jumpa insan yang sama dalam industri dan ia tidak mendatangkan manfaat pun kalau kita nak terasa hati atau bermasam muka.

“Saya sudah melihat perjuangan saya dalam mengadakan konsert sejak usia 20 tahun. Apa yang tak saya lalui, pujian, kejian atau usikan itu sentiasa ada. Semua itu bukan masalah bagi saya,” katanya terus terang sewaktu ditemui pada majlis sambutan ulang tahun dan apresiasi media, baru-baru ini.

Siti bangga dapat menghiburkan kira-kira 65,000 penonton yang hadir ke konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, pada 10 Januari lalu.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

KRU Cafe, projek baharu KRU

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS bertahun meneroka industri muzik tanah air,...

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

M.Nasir berjaya pikat jiwa penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim BERMULA 2024 hingga kini, setiap tahun maestro...

Program REAKASIH 2026, bukti REA EMPIRE ambil berat perihal anak yatim

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 5 Julai baru-baru ini, penulis berpeluang...

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...