Peminat metal, punk boleh enjoy di festival Metalverse

Oleh: Khadijah Ibrahim

JIKA anda adalah penggemar lagu-lagu jiwang yang lebih kepada irama balada, maka festival Metalverse bukanlah untuk anda hadir.

Metalverse yang merupakan festival muzik berskala antarabangsa itu akan berlangsung selama dua hari pada 30 April dan 1 Mei 2026 di Megastar Arena Kuala Lumpur, dari 3 petang hingga 12 tengah malam itu dianjur khas untuk peminat muzik metal dan punk sahaja.

Dianjurkan oleh Vox Nation Live, “Metalverse” diwujudkan sebagai platform eksklusif untuk meraikan budaya metal dan punk yang bukan sekadar sebagai genre muzik, tetapi sebagai satu komuniti yang dibina atas semangat kejujuran, tenaga dan kebersamaan peminatnya.

Festival Metalverse menampilkan kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa.

Antara artis yang bakal menjayakan festival Metalverse ialah OAG, S.O.G, Bunkface, Midnight Fusic,  Spooky Wet Dream, Red Jumpsuit Apparatus, Patriots, Blessthefall,  A Sky Drive, Of Mice & Men dan lain-lain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang, Metalverse tercetus daripada satu kekosongan yang jelas dalam landskap muzik live serantau.

“Walaupun Malaysia mempunyai komuniti metal dan punk yang sangat bersemangat serta berpengetahuan, festival berskala besar yang benar-benar memberi fokus kepada genre ini masih jarang.

“Metal dan punk bukan sekadar muzik, ia adalah budaya. Metalverse diwujudkan untuk memberi platform dan penghormatan yang sewajarnya kepada komuniti ini, sambil menghubungkan peminat tempatan dengan ekosistem metal dan punk global,” jelasnya.

Antara artis yang akan menjayakan persembahan pada hari pertama Metalverse.

Tambah Shawn, pemilihan Megastar Arena KL sebagai lokasi utama dibuat berdasarkan keseimbangan dari segi kapasiti, kualiti bunyi dan kemudahan akses.

“Lokasi ini membolehkan kami mencipta pengalaman yang intim tetapi berkuasa, cukup dekat untuk peminat merasai setiap riff dan breakdown, namun cukup besar untuk menampung produksi bertaraf antarabangsa.

“Kedudukannya yang strategik juga memudahkan kehadiran peminat dari seluruh daerah Lembah Klang serta di luar kawasan. Saya harap peminat dari Pantai Timur juga dapat hadir memeriahkan acara ini,” katanya.

Festival Metalverse dianjur untuk penggemar muzik metal dan punk.

Menyentuh mengenai pemilihan artis antarabangsa, jelas Shawn artis berkenaan dipilih kerana mereka relevan, impak persembahan dan permintaan peminat.

“Kami memilih band yang benar-benar berpengaruh dalam arena metalcore, post-hardcore dan punk moden hari ini, bukan sekadar popular di platform penstriman, tetapi terkenal dengan persembahan live yang luar biasa.

“Selain itu, kami juga mengambil kira permintaan peminat Malaysia yang jarang mendapat peluang menonton band-band ini secara langsung di sini,” katanya.

Antara nama besar yang bakal menggegarkan pentas Metalverse termasuk Of Mice & Men dan Blessthefall, yang mewakili pelbagai cabang muzik berat moden serta dikenali dengan hubungan emosi yang kuat bersama peminat mereka.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...