“Andai Derita”, Nubhan pasrah

Oleh: Khadijah Ibrahim

MESKIPUN menduduki tempat ketiga dalam program realiti Gegar Vaganza musim ke-12 baru-baru ini, keputusan tersebut tidak mematahkan semangat Nubhan.

Sebaliknya, Nubhan cekal meneruskan langkah seninya dengan pelancaran single terbaharu ” Andai Derita” yang merupakan karya ciptaan beliau sendiri.

Melihat kepada lirik lagu tersebut, dapat kita rangkumkan bahawa apa yang tertulis seolah-olah menggambar luahan isi hati Nubhan yang terpendam selama ini.

Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahmad, 40, yang baru bercerai dengan bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada Disember 2025 meluahkan apa yang tersirat di sudut hatinya selama ini.

Ia bukan tentang amarah yang diluahkan, juga bukan dendam yang dilaungkan, sebaliknya tentang cinta yang memilih untuk diam, bertahan dan akhirnya reda.

Nubhan meluahkan isi hati menerusi lagu “Andai Derita”.

Seni kata lirik dalam lagu ini seperti ‘‘Demi bahagiamu, biarku pergi sayang’’, merujuk sebuah doa yang tidak pernah terucap manakala melodinya memeluk hati mereka yang pernah terluka dalam senyap.

Setiap bait seakan mengajak pendengar untuk mengakui bahawa tidak semua kesakitan perlu dijelaskan.

Menurut Nubhan, setiap insan pernah melalui apa yang beliau hadapi dan masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasinya.

“Setiap manusia pasti pernah singgah di persimpangan derita. Lagu ini saya hadirkan sebagai teman untuk mereka yang memujuk hati dalam diam.

“Ada masanya, derita itu tidak perlu dilawan, cukup sekadar diterima dengan reda,”jelas Nubhan yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim keenam sebelum ini.

Nubhan bersama juara GV12, Iskandar Ismail.

Nubhan mengetengahkan kariernya sebagai artis dalam irama pop dan balada Melayu dengan beberapa lagu hit seperti “Oh Juwita” , dan juga lagu duet bersama Siti Nordiana , “Sekali Lagi” (2021) , selain menceburi bidang usahawan dan Content Creator di Media Sosial.

Single “Andai Derita” merupakan karya nyanyian Nubhan di bawah edaran label rakaman Luncai Emas, serta hak cipta lagu dan liriknya turut ditadbir oleh Luncai Emas.

Dengan kerjasama Luncai Emas, ia menjadi platform strategik buat Nubhan untuk meneruskan perjalanan kerjaya seninya secara konsisten dalam industri muzik tempatan.

Single “Andai Derita” kini boleh didengari di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music sejak 16 Januari 2026 dan sebuah video muzik akan berada di Youtube Luncai Emas dalam waktu terdekat ini.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...