Beli beg Izara x AS boleh menang Perodua Bezza

Oleh: Khadijah Ibrahim

JOM bersiap sedia untuk memenangi hadiah sebuah kereta Bezza yang dihadiahkan oleh usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri. Bagaimana caranya?

Senang saja, pada 25 Januari ini bermula jam 8 malam, ikutilah platform akaun TikTok Shop @papalarisofficial. Bukan setakat tengok saja tapi perlu membeli beg koleks eksklusif iaitu Bolaia, Belta, Bucket dan Moola, kesemua koleksi rekaan ini dipilih sendiri oleh Izara Aishah.

Bagaimanapun pada malam tersebut hanya dua koleksi sahaja yang akan dijual pada sekitar harga RM75 – RM85 sahaja dengan rekaan eksklusif dan mewah tetapi dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.

Antara koleksi beg Izara x AS yang bakal dilancarkan pada Ahad ini.

Selain daripada hadiah utama kereta, setiap pembeli yang membuat pembelian pada malam 25 Januari ini, juga akan mendapat keychain exclusive (rantai kunci) koleksi Izara x AS dan tumbler.

Menurut Pengasas Beg AS, Aliff Syukri, koleksi beg tersebut dipilih sendiri oleh Izara Aishah kerana pelakon itu pilih beg yang menarik pada pandangannya sahaja.

“Sebenarnya, kita bagi kepada Izara untuk tengok beg yang dia suka tu pilih daripada 10 jenis tapi secara halus dia tolak beberapa koleksi. Dia hanya pilih beg mana yang dia nak pakai saja.

Aliff Syukri pilih untuk bekerjasama dengan Izara Aishah kerana tertarik dengan penampilan pelakon itu sejak Dewi Remaja lagi.

“Saya tak berkecil hati pun kerana Izara tahu tanggungjawabnya untuk mempromosi beg tersebut. Kalau kita suka sesuatu mesti kita akan buat sebaik-baiknya. Ada juga yang tanya kenapa saya pilih unyuk berkolaborasi dengan Izara?

“Sebenarnya saya sudah mengikuti Izara ni sejak dia masuk Dewi Remaja lagi. Saya lihat dia boleh pergi jauh kerana saya nampak dia ada look artis antarabangsa, saya suka dengan stail dia.

“Saya nampak dia ‘mahal’ dan saya lamar dia menerusi agensi dan tak sangka dia sudi terima. Saya suka lihat dia punya trendsetter untuk Muslimah, yang nak gaya sopan tapi nampak stail dan Izara ada klas tersendiri. Dia tidak memerlukan publisiti murahan tapi orang sentiasa nak tahu pasal dia. Izara ni ala-ala Kim Kardashian Malaysia,” jelas Aliff kenapa beliau memilih Izara Aishah kali ini kerana sebelum itu jenamanya pernah bekerjasama dengan Erra Fazira dan beberapa pempengaruh lain.

Beg Izara x AS mampu dimiliki kerana ia menawarkan harga yang berpatutan.

Tambah usahawan itu lagi, mana-mana pembeli yang membuat pembelian koleksi Izara x AS pada malam tersebut secara langsung
berpeluang melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah bagi memenangi kereta Perodua Bezza.

Cabutan akan dibuat pada 31 Januari 2026 pada pukul 8 malam dan pemenang akan diumumkan pada malam tersebut dan dihubungi secara langsung.

Jika anda beli beg pada jualan langsung di TikTok pada 25 Januari ini, berpeluang dapat keychain dan tumbler.

Sementara itu Izara, mengakui beliau sangat cerewet sewaktu diminta membuat pilihan beg untuk dijual.

“Tak dinafikan, saya tolak beberapa beg yang diberi sebab saya seorang yang cerewet bila berkaitan  produk yang menggunakan nama saya.

“Saya hanya pakai barang-barang yang saya suka, kalau saya tak suka takkan saya nak pilih. Ini antara beg yang akan saya pakai secara peribadi. Datuk sedia terima pandangan saya dan tak sabar nak perkenalkan beg-beg tersebupt pada 25 Januari ini,” kata Izara.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...

Busana Kitar Semula ‘Eco Futuristik Lestari’ Juara Persona Lestari FELDA

Oleh : Nafsiah Jani JENGKA, 8 Julai – Kreativiti mengubah...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...