Demi peminat, Fauziah Latiff kembali jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim

APABILA ramai penyanyi tampil menjayakan konsert, ada juga yang bertanya Fauziah Latiff tak nak buat konsert ke?

Ramai yang rindu nak dengar lagu-lagu hit penyanyi tersebut seperti lagu “Teratai Layu Di Tasik Madu, “Dia”, “Sekali Ini Saja”, “Setia Ku Korbankan” dan “Menanti Di Ambang Syurga”.

Akhirnya, peminat-peminat yang membesar dengan lagu-lagu dendangan Fauziah atau Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 56, berpeluang untuk menikmati persembahan penyanyi tersebut secara langsung.

Ramai penganjur mendekati Fauziah untuk menjayakan konsert, namun hatinya terbuka untuk terima pelawaan daripada Ideatelier.

Penganjur yang berjaya mengajak Fauziah untuk kembali ke pentas persembahan berskala besar adalah Ideatelier di bawah naungan pereka fesyen terkemuka Ezuwan Ismail.

Konsert 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert, bakal berlangsung pada 9 Mei 2026  bertempat di Plenary Hall KLCC dan dijangka menjadi antara persembahan paling dinantikan untuk tahun 2026.

Pada malam istimewa tersebut, penonton bakal menyaksikan konsert solo pertama Fauziah selepas 40 tahun mengukir nama dalam industri muzik tanah air.

Lebih daripada sebuah persembahan, konsert berskala besar ini disusun sebagai penghargaan kepada perjalanan seni Fauziah yang telah merentas generasi dan meninggalkan kesan mendalam dalam hati peminat muzik sejak era 80-an hingga hari ini.

Konsert ini bakal menghimpunkan sisi sentimental, keanggunan dan kekuatan vokal beliau dalam sebuah pengalaman yang lebih dekat, lebih menyentuh hati dan lebih hidup.

Enggan membiarkan peminatnya menunggu, akhirnya Fauziah setuju untuk menjayakan konsert solo.

Menariknya, konsert ini turut disusun bagi meraikan Hari Ibu yang bakal tiba, dalam menyanjung kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan wanita yang menjadi tunjang keluarga serta inspirasi ramai.

Dengan pemilihan lagu yang penuh emosi, Fauziah akan membawa penonton menelusuri momen kenangan yang pernah menjadi latar kehidupan, cinta, kehilangan dan harapan menjadikan malam itu lebih bermakna untuk dikenang bersama insan tersayang.

Tatkala ditanya apa yang membuatkan beliau terbuka hati menerima tawaran daripada Ideatelier.

Fauziah memberitahu setiap tahun ada saja tawaran daripada pelbagai penganjur, namun hatinya belum terbuka untuk menerima tawaran tersebut sehinggalah dipelawa oleh Ezuwan.

“Sejujurnya, saya tak pernah rasa ralat walaupun mengambil masa sampai 40 tahun untuk menjayakan konsert solo.

“Walaupun saya setuju untuk jayakan konsert ini, tipulah kalau saya kata tak ada perasaan takut. Perasaan tersebut datang kerana untuk menjayakan konsert solo ini besar tanggungjawabnya.

“Tapi bila fikir balik, saya sudah melalui pelbagai pengalaman jatuh bangun dalam bidang seni ini. Jadi saya rasa, inilah masanya untuk saya menerima cabaran,” katanya yang menganggap konsert tersebut sebagai hadiah untuk peminat yang menyokongnya selama ini.

Kalau nak bertemu dengan Fauziah kenalah tiket yang berpatutan.

Sementara itu, Ezuwan selaku penganjur berkata, konsert tersebut bukan hanya sebuah hiburan, sebaliknya sebuah tanda hormat terhadap legenda seni tanah air yang telah membina nama dengan keunikan tersendiri.

“Fauziah Latiff ialah sebuah nama yang dibina dengan aura bintang yang tidak pernah dipinjamkan daripada sesiapa. Ini adalah konsert solo pertamanya selepas 40 tahun, jadi kami mahu ia dibina dengan standard tertinggi.

“Kami mahu penonton pulang dengan kepuasan seperti menyaksikan konsert yang paling bermakna, paling berkualiti dan paling ‘mahal’ dari segi emosi dan pengalaman,” katanya.

Tambahnya, 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert ini bakal menjadi sebuah malam yang menyatukan cinta peminat, nostalgia sebuah era, dan penghargaan kepada wanita yang menjadi inspirasi kehidupan.

Tiket-tiket untuk menonton konsert Fauziah dijual pada harga RM6,999 (Setiaku Korbankan – Super VIP), RM1,299 (Dari Kaki Tangga Ke Menara Gading – VIP), RM899 (Teratai Layu Di Tasik Madu), RM699 (Kau Merubah Segalanya), RM599 (Yang Lebih Kau Cinta), RM399 (Apa Sebenarnya) dan RM299 (Enggan).

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...