Majlis Makan Malam Sempena Tayangan Perdana Filem “RAJA MELEWAR” 31 Januari Ini!

Oleh: Syed Yusof Wafa

Satu program khusus bagi meraikan semula kegemilangan budaya tradisi dan Adat Perpatih, selain menyemarakkan kembali asal-usul keturunan etnik Minangkabau di negara ini, bakal diadakan pada 31 Januari ini. Ia sebagai usaha melestarikan pengalaman dan pendedahan budaya tradisi dan adat resam ini di kalangan generasi muda, etnik Minang dan serta masyarakat umum.

Penganjuran program yang dinamakan “BARALEK GADANG” ini atas usaha sekumpulan pencinta seni budaya diketuai oleh Tokoh Perfileman Negara, Dato’ Rosnani Jamil dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM). Ia bakal berlangsung pada 31 Januari ini bertempat di Saloma, Kuala Lumpur dan Kompleks MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program ini selain menghimpunkan warga keturunan Minangkabau di seluruh Malaysia, ia juga simbolik usaha mengembalikan nostalgia, kefahaman, kecintaan dan penghargaan terhadap adat budaya tradisi suku Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat, yang sejarahnya mula bertapak di bumi bertuah Malaysia ini sejak abad ke-14 lagi, dengan mewujudkan struktur pemerintahan sendiri di kawasan kini yang dinamakan Negeri Sembilan dan pelbagai lokasi lain. Kehadiran suku Minangkabau di negara ini mewujudkan kepelbagaian etnik dan sub-etnik di Malaysia yang turut menyumbang kepada pertumbuhan politik, ekonomi, budaya dan perpaduan rakyat.

“BARALEK GADANG” yang bermaksud satu pesta besar yang merujuk kepada keraian adat resam yang melambangkan kegembiraan, perpaduan dan kekeluargaan. Ia sarat dengan simbolik tradisi, ritual budaya, majlis perkahwinan tradisi yang melambangkan penghormatan terhadap adat budaya warisan berteraskan syariat Islam.

Hasil jualan meja juga akan disalurkan untuk mengisi tabung kebajikan PKAVM bagi membantu artis-artis veteran yang memerlukan.

Pengisian utama program ini ialah Majlis Makan Malam dan Tayangan Perdana Filem “RAJA MELEWAR” (Versi Restorasi) yang akan dipadatkan dengan acara persembahan kebudayaan Minang.

Filem “RAJA MELEWAR” adalah filem arahan terakhir Allahyarham Seniman Datuk Jamil Sulong pada tahun 1998. Cadangan untuk merestorasikan filem terbitan Almarhum Tunku Tan Sri Abdullah Tunku Abdul Rahman ini tercetus apabila Dato’ Rosnani menjumpai reel filem asal di dalam simpanan arwah suaminya. Tiada tujuan lain, melainkan hanya ingin mengangkat naskah ini sebagai salah satu khazanah perfileman negara yang memartabatkan adat budaya serantau.

Di samping itu, agar generasi muda sentiasa menghargai hasil karya tokoh legenda tanah air.

Usaha restorasi ini telah bermula sejak tahun 2019 dan tergendala selama 3 tahun akibat pandemik. Proses restorasi dan penyuntingan semula telah dilakukan di Malaysia dengan kerjasama Astro. Manakala proses pengalihan bahasa telah dijalankan di Bukit Tinggi, dengan kolaborasi Pengarah Filem dari Indonesia, Arief Malinmudo. Di usia menjangkau 90 tahun, Dato’ Rosnani sendiri yang menyelia dan memantau proses alih bahasa yang siap sepenuhnya dalam masa satu minggu.

Selain itu, penganjur juga sedang mengusahakan acara lain yang bersifat perbincangan ilmu menerusi seminar atau forum berkaitan adat dan budaya Minangkabau. Program ini dijangka bermula jam 2.00 petang hingga jam 5.30 petang untuk sesi acara sebelah siang.

Manakala sesi acara sebelah malam akan bermula jam 8.00 malam hingga 11.30 malam.

Program ini dinaungi oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan waris Almarhum Tunku Tan Sri Abdullah, iaitu YM Tunku Dato’ Yaacob Khyra telah menyatakan kesudian untuk hadir.

JUALAN MEJA UNTUK MAKAN MALAM “BARALEK GADANG”

Sempena acara Majlis Makam Malam “BARALEK GADANG,” pihak PKAVM mempelawa etnik Minangkabau di Malaysia dan orang ramai yang berminat mengenai seni budaya untuk memberi sokongan melalui belian meja untuk acara berkenaan.

Harga jualan meja ialah seperti berikut :-
Meja VIP – RM5,000 satu meja @ RM500 untuk satu orang.
Meja Rumah Gadang – RM4,000 satu meja @ RM400 untuk satu orang.
Meja Rangkiang – RM3,500 satu meja @ RM350 untuk satu orang.
Meja Dangau – RM2,500 satu meja @ RM250 untuk satu orang.
* HARGA ditawarkan ini termasuk jamuan makan malam, peluang menyaksikan persembahan kesenian dan kebudayaan Minangkabau yang didatangkan khas dari Padang, menonton tayangan perdana filem secara eksklusif, senaskhah buku Autobiografi Dato’ Rosnani Jamil (versi Bahasa Melayu @ Bahasa Inggeris).

Hasil jualan meja juga akan disalurkan untuk mengisi tabung kebajikan PKAVM bagi membantu artis-artis veteran yang memerlukan.

UNTUK TEMPAHAN ATAU PERTANYAAN HUBUNGI TALIAN 013 351 0433 (Puan Sandha) atau imbas kod di bawah.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

PROGRAM KEMPEN CEGAH OBESITI 2.0 PKCQM CAPAI SASARAN

Oleh : Nafsiah Jani Menyedari ramainya rakyat Malaysia yang mengalami...

KEETH Kembali Dengan EP Hollywood Diaries

Oleh: Syed Yusof Wafa Terus bangkit, selepas Kejayaan Naib Juara...

Suami selamatkan Neng Yatimah daripada kerakusan tentera Jepun!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...