Peminat merupakan “Buah Hati” Tomok

Oleh: Khadijah Ibrahim

PENYANYI Tomok memilih single “Buah Hati'” sebagai karya baharunya untuk dikongsi dengan peminat-peminatnya.

“Buah Hati'” bukan sekadar lagu semata-mata kerana di sebalik bait-bait lirik karya tersebut sarat dengan tema kekeluargaan, kasih sayang dan keikhlasan emosi.

Tomok bukan sekadar melantun suara sahaja, dia juga adalah pencipta lagu ini bersama Barr Hadif, manakala liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya.

“Buah Hati” mengangkat makna kasih sayang ibu bapa yang tulus dan tanpa syarat untuk melindungi, membimbing serta berkorban demi kebahagiaan anak-anak, disertai doa agar mereka membesar dengan baik, kuat dan bahagia.

Selain menyanyi, Tomok juga adalah pencipta lagu ini bersama dengan Barr Hadif.

“Alhamdulillah, ini permulaan yang baik untuk tahun 2026. “Buah Hati” adalah sebuah lagu yang sangat dekat di hati saya dan diciptakan khas buat keluarga serta mereka yang saya sayangi.

“Sentuhan lirik oleh Fedtri Yahya menjadikan gabungan melodi dan mesej lagu ini sesuatu yang sangat istimewa. Saya berharap lagu ini dapat diterima dengan baik oleh semua peminat,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan terhadap nilai kasih sayang dan kekeluargaan, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 42, turut tampil dengan video lirik rasmi yang memaparkan foto-foto peminat bersama insan tersayang yang dihantar sendiri oleh mereka.

Inisiatif istimewa ini mencerminkan usaha Tomok untuk mendekati para peminatnya dengan lebih dekat, sekali gus meraikan ikatan cinta, kebersamaan dan hubungan emosi yang terjalin antara beliau dan para penyokong setianya.

Juara program One In A Million (OIAM) musim ketiga pada 2009 itu, memulakan kerjaya seni seawal usia 15 tahun bersama kumpulan New Boyz sekitar tahun 1999. Kejayaan yang diraih di OIAM terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara figura penting industri hiburan Malaysia hingga ke hari ini.

Bermula dengan kumpulan New Boyz, sokongan peminat terhadap Tomok tak pernah berhenti.

Sebelum pelancaran “Buah Hati”, Tomok turut tampil dengan beberapa rilisan terkini, termasuk kolaborasi bersama Siti Nordiana menerusi lagu “Memori Mungkin Berulang” dan “Gelora Jiwa Meronta Asmara”, yang menerima sambutan positif daripada peminat.

Selain aktif sebagai penyanyi, Tomok juga mengembangkan kerjayanya sebagai komposer dan usahawan seni melalui penubuhan Popsicle Records pada tahun 2018. Syarikat ini berjaya menganjurkan konsert di dalam dan luar negara sepanjang tahun 2023 dan 2024, selain menerbitkan karya muzik pelbagai artis ternama.

Tomok juga pernah menghasilkan lagu untuk beberapa artis terkenal, termasuk sebuah karya dalam album Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Single “Buah Hati” diterbitkan oleh Popsicle Records dan diedarkan secara digital di bawah label Luncai Emas, yang turut mentadbir hak cipta lagu dan lirik ini. Tomok adalah komposer eksklusif di bawah Luncai Emas.

Single ini kini boleh didengari di semua platform penstriman digital utama, manakala video lirik rasmi boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Popsicle Records.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...