Buffet Ramadan “Warna Rasa” Hotel Royale Chulan Seremban Sungguh Meriah!

Oleh : Syed Yusof Wafa

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Royale Chulan
Seremban memperkenalkan Buffet Ramadan 2026 yang bertemakan “WARNA
RASA”, menampilkan kepelbagaian cita rasa dan warna masakan tradisional yang
kaya dengan lauk pauk warisan tempatan. Lebih daripada 150 jenis hidangan
disajikan sepanjang bulan Ramadan ini, menjadikan ia antara buffet Ramadan paling
lengkap di Seremban.

Menurut Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, En. Abd Halim Md Yusof, tema
“Warna Rasa” dipilih bagi menggambarkan kepelbagaian budaya, rasa dan keunikan
masakan tradisional yang menjadi identiti utama buffet Ramadan tahun ini.

“Tema ‘Warna Rasa’ melambangkan kepelbagaian cita rasa serta kekayaan masakan
tradisional yang penuh warna dan nostalgia. Kami ingin memberi pengalaman berbuka
puasa yang bukan sahaja mengenyangkan, malah menggamit memori dan dinikmati
bersama insan tersayang,” katanya.

Buffet Ramadan Royale Chulan Seremban tahun ini mengetengahkan pelbagai lauk
pauk tradisional sebagai tarikan utama, antaranya Rendang Pucuk Ubi, Pecal
Warisan Seri Menanti dan Rojak Buahan. Hidangan utama pula merangkumi
Kambing Golek, Oxtail Assam Pedas, Itik Rendang Daun Puding, Daging Masak
Lomak Nogori, serta Royale Shellout yang pastinya memikat selera para tetamu.

 Antara sajian kegemaran ramai ialah Satay Ayam dan Satay Daging yang
dihidangkan bersama Nasi Himpit, Kuah Kacang, Timun dan Bawang, selain Sup
Campur Istimewa yang menawarkan pilihan Daging Batang Pinang, Tulang Rawan,
Perut Lembu dan Urat Keting Lembu, dengan pelbagai pilihan mi seperti Mee
Kuning, Bee Hoon dan Kway Teow, lengkap dengan Daun Sup, Bawang Goreng,
Limau Nipis, Cili Kicap dan Sos Merah.

Bagi melengkapkan pengalaman berbuka puasa, pelbagai pencuci mulut tradisional
turut disediakan termasuk Buahan Potong, Kuih Sopang, Lengkong Santan, Agar-
agar Susu dan Puding Kelapa, Talam Gula Merah, Kuih Sagu, Kuih Kasturi,
Serawa Durian bersama Pulut Pandan, serta Putu Kacang, Biskut Makmur, Kuih
Bahulu, selain Kurma Tangkai dan Roti Arab.

Mengulas mengenai sambutan Food Preview Ramadan tahun lalu, En. Abd Halim
berkata ia menerima maklum balas yang amat positif daripada pihak media, rakan
korporat dan tetamu jemputan, terutamanya dari segi kepelbagaian menu, rasa
hidangan serta kualiti perkhidmatan.

“Maklum balas tersebut menjadi pemangkin untuk kami mempersembahkan Buffet
Ramadan yang lebih lengkap dan berkualiti pada tahun ini,” tambah beliau.
Beliau turut menegaskan bahawa Buffet Ramadan Royale Chulan Seremban direka
untuk dinikmati oleh semua kaum.

Buffet Ramadan Royale Chulan Seremban tahun ini mengetengahkan pelbagai lauk pauk tradisional sebagai tarikan utama, antaranya Rendang Pucuk Ubi, Pecal Warisan Seri Menanti dan Rojak Buahan. Hidangan utama pula merangkumi Kambing Golek, Oxtail Assam Pedas, Itik Rendang Daun Puding, Daging Masak Lomak Nogori, serta Royale Shellout yang pastinya memikat selera para tetamu. Antara sajian kegemaran ramai ialah Satay Ayam dan Satay Daging yang dihidangkan bersama Nasi Himpit, Kuah Kacang, Timun dan Bawang, selain Sup Campur Istimewa yang menawarkan pilihan Daging Batang Pinang, Tulang Rawan, Perut Lembu dan Urat Keting Lembu, dengan pelbagai pilihan mi seperti Mee Kuning, Bee Hoon dan Kway Teow, lengkap dengan Daun Sup, Bawang Goreng, Limau Nipis, Cili Kicap, Sos Merah dan pelbagai lagi menu yang enak dan lazat.“Walaupun berteraskan masakan tradisional Melayu, hidangan kami bersifat universal
dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang ingin merasai pengalaman berbuka
puasa bersama,” jelasnya.

Buffet Ramadan bertemakan “Warna Rasa” ini dijangka menjadi pilihan utama
masyarakat setempat dan pengunjung luar sepanjang bulan Ramadan, menawarkan
pengalaman berbuka puasa yang lengkap, meriah dan bermakna.

Menurut Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, En. Abd Halim Md Yusof, tema “Warna Rasa” dipilih bagi menggambarkan kepelbagaian budaya, rasa dan keunikan masakan tradisional yang menjadi identiti utama buffet Ramadan tahun ini.

Untuk tempahan boleh hubungi info di bawah:

MUHAMMAD ISA BIN ISMAIL
Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi
Emel: isa.rcs@royalechulan.com
Tel: 06-766 6666 | Telefon Bimbit: 014-6666130

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...