Shiha Zikir “Minta Ampun”

Oleh: Khadijah Ibrahim

Apa susah sangat ke nak minta maaf? Kalau sudah buat kesilapan, jangan nak ego sangat. Mengakui kesilapan secara spesifik, menyatakan penyesalan, serta berjanji untuk berubah. Ia merupakan tanda kematangan, bukan kelemahan.

Namun persoalannya, adakah amalan memohon maaf masyarakat zaman kini benar-benar datang daripada hati atau sekadar ungkapan di bibir tanpa mendalami maknanya?

Demikian mesej yang cuba disampaikan penyanyi Shiha Zikir dalam lagu terbaharunya berjudul “Minta Ampun”.

Dalam lagu bergenre tradisional itu, Shiha cuba mengangkat kembali adat Melayu lama di mana amalan meminta maaf diamalkan dengan lebih ikhlas.

Kali ini Shiha pilih untuk nyanyi lagi tradisional pula.

“Zaman sekarang, memang ramai orang minta maaf tetapi kadang-kadang, tak dinafikan bahawa bukan semua yang meminta maaf itu ikhlas.

“Itulah teguran berbentuk sarkastik yang cuba saya sampaikan dalam lagu “Minta Ampun”,” kata Shiha mengenai single baharunya, “Minta Ampun”, ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fedtri Yahya.

Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 38, berkata, beliau melihat peluang menghasilkan lagu kolaborasi antara syarikat rakamannya Shiha Zikir Empire bersama Sony Music Entertainment Malaysia itu bagai pucuk dicita ulam mendatang.

“Syukur Alhamdulillah, tak dapat digambarkan rasa gembira apabila saya dapat melancarkan lagu tradisional penuh seperti ini. Sudah lama saya tunggu dan sebenarnya, sewaktu saya menyertai D’Academy Asia 2015 dahulu, saya ada minta tolong Allahyarham Pak Ngah untuk hasilkan lagu tradisional untuk saya, tetapi sayangnya tak sempat kerana Pak Ngah sudah dijemput Ilahi.

Harap lagu “Minta Ampun” boleh menjadi teladan kepada orang yang melakukan kesilapan.

“Selepas itu saya terus mencari lagu tradisional yang sesuai hinggalah saya diberi naskhah yang digubah Hafiz Hamidun serta lirik oleh Fedtri Yahya.

“Lagu ini memang sangat sesuai dengan suara dan kehendak saya. Kalau nak tahu, waktu pertama kali saya diberi dengar demo lagu ini pun, saya terus jatuh cinta,” katanya.

Difahamkan, naskhah “Minta Ampun” tidak disimpan lama kerana selepas mendengar demo, Shiha terus komited untuk proses rakaman.

“Perjalanan lagu ini sangat mudah, proses ubah suai pun tidak rumit. Saya cuma minta Hafiz menambah bahagian ‘dance break’ untuk saya tonjolkan lebih elemen tarian ketika mempersembahkannya.

“Selain bersemangat mengangkat irama tradisional dalam lagu ini, saya harap semua pendengar dapat mengambil teladan. Apabila kita meminta maaf, eloklah dibuat dengan ikhlas, insya-Allah ia boleh meninggalkan kesan positif dalam kehidupan,” ujarnya.

Menyentuh tentang kerjasamanya dengan Hafiz Hamidun, Shiha akui sangat berpuas hati dan berharap agar mereka dapat bekerjasama lagi untuk lagu-lagu akan datang.

“Sejujurnya, Hafiz sudah jadi salah seorang komposer kegemaran saya. Bukan apa, dia sangat senang untuk bekerjasama. Apabila saya memberi ‘input’ sebagai penyanyi, dia mudah menerima dan membuat sedikit ubah suai dalam lagu mengikut kesesuaian.

“Selain itu, Hafiz juga banyak membantu dari segi penggayaan vokal khususnya lenggok suara (kerana dia penyanyi nasyid yang pandai bertaranum dan menggayakan lenggok suara), jadi lebih mudah kerja saya,” katanya lagi.

Ditanya sama ada lagu “Minta Ampun” menjadi titik mula untuk menghasilkan lebih banyak lagu tradisional (bukan campuran) selepas ini, Shiha tidak menafikan perkara itu.

Shiha harap impian untuk memiliki album lagu tradisional tercapai.

“Irama tradisional memang cinta hati saya. Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Dato’ Sharifah Aini dan lagu-lagu Melayu Asli. Saya ada impian untuk memiliki album yang memuatkan lagu-lagu tradisional.

“Jadi, saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya kumpul lagu tradisional sebanyak yang mungkin. Bagaimanapun, saya tahu apa yang saya mahukan.

“Saya tidaklah berjanji semua demo lagu tradisional yang dihantar kepada saya akan diterima. Memanglah semua lagu-lagu itu sedap belaka, tetapi saya perlu juga pertimbangkan ikut kesesuaian serta cara nyanyian saya.

“Insya-Allah, saya mahu lebih fokus dengan lagu tradisional penuh seperti lagu “Minta Ampun” ini, itulah misi saya. Kalau genre campuran tradisional atau ‘fusion’, saya pernah buat dan ramai juga penyanyi lain yang muncul dengan lagu sebegitu. Jadi, eloklah saya meneruskan legasi lagu-lagu tradisional sepenuhnya,” jelasnya.

Shiha berharap kesungguhannya dalam menghasilkan karya tradisional ini membuahkan hasil, yakni mendapat perhatian selayaknya daripada masyarakat Malaysia.

“Saya harap sesiapa saja yang dengar lagu “Minta Ampun” akan jatuh cinta dan boleh ingat untuk menyanyikannya.

“Bahagian korusnya memang senang diingat selain tarian yang boleh dijadikan trend di media sosial. Semoga selepas ini apabila orang sebut nama Shiha Zikir, mereka akan ingat lagu ini.

“Saya juga berharap lagu ini dapat memberi impak dan pengaruh positif kepada golongan Gen-Z untuk terus mencintai lagu-lagu tradisional kita,” tuturnya menutup bicara.

Latest

Indahnya pengakhiran hidup Mustaffa Noor

Oleh: SYED YUSOF WAFA Foto: Koleksi SYED YUSOF WAFA WALAUPUN kehadirannya...

Khasiat Daun Belalai Gajah

Oleh: Syed Yusof Wafa Daun belalai gajah (Clinacanthus nutans) terkenal...

M.Nasir bakal rai hari kelahiran bersama peminat di Konsert Cipta 4

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU-BARU ini tauke panggung yang aktif, siapa...

Sebaknya… Kisah Derita Amoi, Dara Dan Kelat!

Oleh: Syed Yusof Wafa Di suatu sudut dunia yang asing,...
spot_img

Jangan Terlepas!

Khasiat Daun Belalai Gajah

Oleh: Syed Yusof Wafa Daun belalai gajah (Clinacanthus nutans) terkenal...

M.Nasir bakal rai hari kelahiran bersama peminat di Konsert Cipta 4

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU-BARU ini tauke panggung yang aktif, siapa...

Sebaknya… Kisah Derita Amoi, Dara Dan Kelat!

Oleh: Syed Yusof Wafa Di suatu sudut dunia yang asing,...

Ahmad Syafiq, Wawa Shazwa “Menduakan Cinta” yang pernah dibina

Oleh: Khadijah Ibrahim SEBELUM ini Ahmad Syafiq dan Wawa Shazwa...

Allahyarham Ahmad Nawab kongsi ilmu menerusi buku

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Ehsan Pengasih SELAIN Seniman Negara, Allahyarham Tan...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Indahnya pengakhiran hidup Mustaffa Noor

Oleh: SYED YUSOF WAFA Foto: Koleksi SYED YUSOF WAFA WALAUPUN kehadirannya dalam ‘dunia seni’ tempatan hanya seketika namun beliau meninggalkan ‘kenangan’ yang tersendiri dan menjadi ingatan...

Khasiat Daun Belalai Gajah

Oleh: Syed Yusof Wafa Daun belalai gajah (Clinacanthus nutans) terkenal sebagai herba tradisional untuk melawan kanser, menurunkan tekanan darah, dan mengawal kolesterol. Kaya dengan antioksidan...

M.Nasir bakal rai hari kelahiran bersama peminat di Konsert Cipta 4

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU-BARU ini tauke panggung yang aktif, siapa lagi kalau bukan Iman Tang, pemilik Icon Entertainment telah membawa pihak media menaiki kereta api...