Erma Fatima kembali mengarah projek khas

Oleh: Khadijah Ibrahim

SETELAH sekian lama tidak mengarah kerana lebih menumpu perhatian pada penghasilan skrip dan penerbitan, kini Erma Fatima kembali menjawat jawatan pengarah bagi satu projek khas.

Kali terakhir Erma mengarah adalah sedekad lalu menerusi drama terbaik Pesan Dari Tuhan yang diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017, dan untuk projek baharu ini, Erma belum menjelaskan secara terperinci.

Projek arahan Erma Fatima menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia.

Sebaliknya, Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali, 58, menerusi Instagram memuat naik foto berada di set penggambaran untuk sebuah projek kerjasama Malaysia dan Indonesia.

Dalam hantaran terbabit, Erma menggunakan audio lagu Islamik, Wahai Pemilik Jiwa dendangan asal Opick.

Barisan pelakon yang terlibat dalam karya arahan Erma Fatima adalah yang ternama.

“Lama tak rasa macam ini (begini). Lepas gian selepas 10 tahun tak direct (mengarah). Saja suka-suka, setakat ini tak tahu lagi mana nak tayang,” kata Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu.

Erma turut memuat naik foto pelakon ‘A-list’ terlibat dalam projek terbabit termasuklah Datin Seri Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah dan Anna Jobling.

Kata Erma Fatima projek khas arahannya itu belum diputuskan untuk ditayang di platform mana.

Turut kelihatan dalam hantaran terbabit adalah gambar bintang Indonesia, Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino.

Erma yang bakal tampil dengan penulisan skrip drama bersiri Walid pada 26 Februari ini di platform VIU memaklumkan, beliau sudah lama tidak duduk di kerusi pengarah dan sekadar melepaskan rindu untuk projek istimewa tersebut.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...