Ella tetap rock, cipta sejarah tersendiri

Oleh: Khadijah Ibrahim

MAJLIS Tertinggi Rockqueen, konsert berskala besar yang dijayakan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Februari masih lagi menjadi bualan hangat.

Bak kata peribahasa, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi yang membawa maksud
kritikan, rungutan, atau komen negatif yang timbul setelah sesuatu pekerjaan selesai disempurnakan.

Persembahan Ella diiringi oleh pemuzik hebat.

Ia menggambarkan sikap tidak puas hati yang ditunjukkan terhadap hasil kerja (konsert) yang sudah siap, seolah-olah pahat (alat) masih berbunyi walaupun rumah sudah siap dibina.

Ala, biasalah bukan mudah untuk Ella memuaskan hati 55,000 jiwa yang hadir ke sebuah perhimpunan agung muzik yang didedikasikan khas untuk peminatnya.

Boleh dikatakan kebanyakan lagu yang Ella nyanyi disambut oleh penonton dengan rasa teruja.

Antara sungutan yang disuarakan di media sosial untuk konsert anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu adalah rasa kecewa terhadap kualiti sistem bunyi yang didakwa gagal menyampaikan nyanyian penyanyi kesayangan mereka dengan jelas, terutamanya bagi penonton di kawasan aras atas.

Ada juga peminat yang rasa geram saja apabila melihat suami Ella, Azhar Husaini Ghazali berduet. Ini bukan kali pertama beliau mengajak sang suami ke pentas. Peminat ingat ya, sewaktu konsert Ella di Axiata dan kemudian di Plenary Hall, suaminya tetap diselit juga.

Joe Flizzow tampil untuk menyanyikan lagu di bahagian rap bersama Ella.

Kali ini peminat siap kira waktu, hampir 20 minit Ella dan suami berceloteh sebelum mereka berduet menerusi lagu “Kembara Kita” yang merupakan kolaborasi Ella bersama Datuk Ramli Sarip pada 1990. Kata peminat, mereka datang nak tengok Ella bukan suaminya.

Biarpun ada pelbagai rungutan namun dari segi persembahan, Ratu Rock tetapi bertenaga walaupun bakal mencapai usia 60 tahun pada 31 Julai ini.

Konsert berskala mega tersebut bukan sekadar hanya sebuah persembahan, tetapi juga adalah manifesto tentang ‘Peace, Love dan Rindu’ yang menyatukan generasi.

Selain membuat beberapa pengumuman, suami Ella sempat berduet bersamanya.

Malam itu membuktikan legasi Ella terus mendominasi merentasi zaman, bukan hanya sebagai ikon, tetapi sebagai suara jiwa rakyat.

Konsert dibuka dengan penuh dramatik menerusi persembahan 30 koir kanak-kanak sebelum kemunculan Ella dengan lagu “Rama Rama” menggegarkan stadium. Sorakan gemuruh bergema seakan satu deklarasi bahawa takhta Ratu Rock Malaysia kekal utuh.

Berlangsung lebih dari tiga jam, dengan sebanyak 35 lagu dipersembahkan, termasuk deretan karya ikonik seperti “Baldu Biru”, “Dua Insan Bercinta”, “Layar Impian”, “Peace Love Rindu”.

Berduet bersama Amy Search.

Malam bersejarah itu turut diserikan dengan penampilan istimewa barisan artis jemputan untuk berduet seperti Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider serta The Boys (Ella & The Boys). Kemunculan mengejut Amy Search dan Joe Flizzow mencetuskan sorakan luar biasa dan menjadi antara detik paling tular malam tersebut

Persembahan paling kemuncak pada malam itu, waktu Ella mendendanhkan lagu “Standing In The Eyes Of The World” yang dinyanyikan beramai-ramai, dengan iringan piano oleh pencipta dan komposer asalnya, Dato’ Wah Idris serta diiringi barisan atlet berkelas dunia tanah air telah mencipta momen penuh emosi.

Tam Spider pun diundang untuk berduet dengan Ella.

Momen paling simbolik ialah apabila Ella mengelilingi stadium menaiki trak sambil menyampaikan lagu “Standing In The Eyes Of The World”, dengan diiringi barisan atlet kebanggaan negara seperti Datuk Nicol David, Ridzuan Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Farah Ann Abdul Hadi menjadikan malam tersebut sebuah simbol penyatuan muzik dan semangat kebangsaan.

Tidak dinafikan lagu “Standing In The Eyes Of The World”, ibarat lagu kebangsaan kerana lagu tersebut dipilih sebagai lagu tema rasmi Sukan Komanwel 1998 sewaktu Malaysia bertindak sebagai tuan rumah.

Amir Masdi bertuah diundang untuk meriahkam konsert Ella.

Lebih membanggakan, konsert ini turut membawa misi kemanusiaan apabila lebih RM100,000 berjaya dikumpulkan untuk disalurkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih membuktikan bahawa muzik bukan sekadar hiburan, tetapi juga sebuah wadah memberi dan berkongsi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, kejayaan ini adalah hasil dedikasi pasukan dan sokongan tidak berbelah bahagi para peminat.

Momen paling indah bersama atlet yang pernah mengharum nama negara sewaktu Ella menyanyikan lagu “Standing In The Eyes of The World.

Ratu Rock Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, turut meluahkan rasa syukur atas kehadiran 55,000 penyokong yang menjadikan malam tersebut sebagai bukti nyata bahawa mesej Peace, Love & Rindu benar-benar hidup dalam hati rakyat.

Namun di sebalik segala gemerlap produksi dan kehebatan persembahan, “Majlis Tertinggi Rockqueen” adalah untuk para peminat. 55,000 yang hadir bukan sekadar penonton, mereka adalah sebahagian daripada sejarah kerana malam itu milik mereka.

Penganjur (baju hitam) bersama Ella dan pemuzik yang terlibat dalam Majlis Tertinggi Rockqueen.

Kerana akhirnya, inilah makna sebenar perhimpunan agung ini, bukan hanya meraikan seorang Ratu, tetapi meraikan sebuah keluarga besar yang disatukan oleh muzik, cinta dan rindu.

Gelombang “Majlis Tertinggi Rockqueen” bakal diteruskan ke Singapura pada 9 Mei 2026 di The Star Theatre, membawa semangat yang sama ke pentas antarabangsa.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Ekspo Lanhua Malaysia ke-2, Mampu Perkukuh Kerjasama Perdagangan Shandong–Malaysia

Oleh : Nafsiah Jani Sambutan yang cukup memberangsangkan bagi membeli...

KEETH Kembali Dengan EP Hollywood Diaries

Oleh: Syed Yusof Wafa Terus bangkit, selepas Kejayaan Naib Juara...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Filem Nar’sata: Sekutu Setan percubaan berani Metrowealth

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda seorang penakut, dilarang menonton filem...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...