Azura Aziz dan Cheb kembali dengan duet cinta “Till Jannah” 

Oleh : Nafsiah Jani

Penyanyi versatil Azura Aziz, 53, menandakan kemunculan semulanya dalam industri muzik tanah air menerusi pelancaran single Till Jannah, yang telah diterbitkan di semua platform digital sejak 14 Februari yang lalu.

Lagu berunsur cinta ini merupakan duet bersama suaminya, Cheb Ali Masrawi, 53, mengangkat kisah perkahwinan dan harapan untuk kekal bersama hingga ke akhir hayat. Menampilkan gabungan bahasa Arab, Melayu dan Inggeris, karya ini disiapkan dengan susunan muzik selama sebulan dan proses rakaman selama dua hari, mencerminkan komitmen tinggi pasangan ini dalam menghasilkan karya berkualiti.

Lagu ini diterbitkan dan digubah oleh Cheb, dengan susunan muzik oleh Totti Ali, manakala lirik pula ditulis bersama Cheb dan Azura Aziz. Keseluruhan kos produksi dibiayai sendiri sebagai manifestasi minat mendalam mereka terhadap dunia seni.

“Saya dan suami bakal mengeluarkan mini album (EP) berkonsepkan Timur Tengah. EP ini menampilkan gabungan elemen muzik Arab dan Melayu yang menjadi identiti seni kami berdua. Keseluruhan karya dirakam dalam tempoh enam bulan, dengan proses mixing dihantar ke Dubai bagi memastikan kualiti bunyi bertaraf antarabangsa,” jelas Azura Aziz.

Azura berkahwin dengan jejaka kelahiran Kaherah, Mesir Cheb Ali Masrawi,53, dan kini bahagia dengan kehadiran tiga cahayamata iaitu Seiful Islam, 23, Safiyurrahman, 21, dan Nusratuddin, 11.

Azura yang popular dengan lagu Bukan Ku Tak Sayang Lagi berkata,“Sokongan rakan industri dan peminat terus menguatkan tekad saya untuk kembali berkarya dengan identiti muzik yang lebih matang.

“Saya dan suami bakal mengeluarkan mini album (EP) berkonsepkan Timur Tengah. EP ini menampilkan gabungan elemen muzik Arab dan Melayu yang menjadi identiti seni kami berdua. Keseluruhan karya dirakam dalam tempoh enam bulan, dengan proses mixing dihantar ke Dubai bagi memastikan kualiti bunyi bertaraf antarabangsa.

“Projek ini mempunyai nilai sentimental tersendiri sebagai simbol kemunculan semula saya dalam dunia seni. Kami menghasilkan setiap lagu dengan sepenuh jiwa dan percaya pada kualiti karya ini.” ujarnya yang berharap lagu nyanyiannya bersama suaminya ini mendapat tempat di semua platform digital dan corong radio tempatan.

Azura berkahwin dengan jejaka kelahiran Kaherah, Mesir Cheb Ali Masrawi,53, dan kini bahagia dengan kehadiran tiga cahayamata iaitu Seiful Islam, 23, Safiyurrahman, 21, dan Nusratuddin, 11.

Sementara itu, tambah Cheb selaku arranger muzik, buat masa ini dia sudah menyiapkan 15 buah lagu yang akan dikeluarkan secara berperingkat.

“Kami akan bahagi kepada tiga bahagian. Selepas single Till Jannah, bulan Ramadan ini kami akan keluarkan 5 buah lagu lagi. Kesemua lagu tersebut boleh dengar di semua platform digital. Album ini menampilkan lagu dalam bahasa arab dan melayu. Kini kami juga sedang sibuk buat lirik video dan karaoke version.

“Kesemua kos rekoding dari awal hingga akhir penerbitan kami sendiri yang keluarkan kerana minat saya dan isteri yang terlalu mendalam dalam bidang muzik ini. Selepas ini kalau ada rezeki Azura akan tampil dengan album yang bergenre balada pula.”

Terbuka Jika Diberi Peluang Sertai Gegar Vaganza

Mengulas cadangan peminat agar beliau menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza (GV), Azura menyatakan keterbukaan sekiranya diberi peluang pada masa hadapan.

Cheb Ali juga turut lancarkan lagu terbaru beliau iaitu “Rama Danul Khair” sempena Ramadan

Jelas Azura, platform tersebut sebagai ruang untuk mempamerkan versatiliti vokal serta pengalaman seninya.

“Ramai peminat yang berharap kemunculan saya dalam GV. Saya pun tak tahu nak bagi jawapan apa, kerana saya pun tak pernah menerima tawaran daripada pihak GV. Saya juga tidak kecewa sekiranya belum menerima jemputan dan menganggap rezeki setiap artis berbeza, selain berharap peluang terus diberikan kepada penyanyi berpengalaman yang masih aktif berkarya. Saya cuma nak memeriahkan industri ini,

“Agar terus bertahan dalam industri, saya suka mencabar diri, selalu praktis menyanyi lagu-lagu gen z dan tidak minum ais. Seronoknya saya dengan dunia nyanyiannya ini membuatkan suami saya risau dengan semangat isterinya yang tidak pernah luntur dan menyerah kalah,” katanya yang masih aktif menerima undangan persembahan eksklusif termasuk acara istana, membawakan lagu tradisional dan jazz.

https://vt.tiktok.com/ZSm9CVwBU/

 

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...