Hebatnya Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Tampilkan Ramai Artis Legenda Tanah Air.

Oleh: Syed Yusof Wafa

Kehadiran Ramadan memang sering dinantikan umat Islam di seluruh dunia kerana pada bulan inilah kita diwajibkan menunaikan salah satu rukun Islam iaitu ibadah berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara yang dilarang.

Selain ibadah berpuasa, kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dan doa, bermuhasabah diri, bersedekah dan membantu orang lain serta memperbaiki akhlak dan hubungan sesama manusia.

Bahkan, Ramadan yang merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam juga sangat dinantikan kerana Al-Quran pertama kali diturunkan pada bulan ini, khususnya pada malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadar (Malam Kemuliaan), yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

Maka, tidak hairan mengapa banyak pihak yang mengambil keberkatan di bulan suci ini dengan menganjurkan pelbagai acara atau program berkaitan dakwah dan kebajikan setiap tahun, tidak terkecuali syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd.

Kekal dengan program berkonsep hiburan dakwah tahunan mereka yang sentiasa mendapat sambutan positif daripada peminat, HS Event & Ent Sdn Bhd dengan kerjasama Saloma bakal menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang akan berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 ini.

Konsert ini menampilkan ramai artis terkemuka dari era 80an dan 90an seperti Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan.

Penganjurnya, Datin Sri Dr Riza Dato’ Che Umar bersama rakan kongsi, Mubarak Akhtar berkata, penganjuran konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 ini dilakukan berdasarkan permintaan yang diterima daripada peminat seni.

“Rata-rata mereka menyukai konsep hiburan dakwah yang cuba kami tampilkan di dalam penganjuran konsert-konsert sebelum ini.

“Di mana kita bukan sahaja menampilkan elemen persembahan dengan nilai-nilai spiritual dan ketuhanan yang bersesuaian, namun apa yang lebih penting ia turut diisi dengan beberapa aktiviti ibadah yang cukup signifikan di di bulan ramadan.

Konsert ini menampilkan ramai artis terkemuka dari era 80an dan 90an seperti Shima, To’Ki, Zur Eda,
Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The
Rayhan.

“Antaranya, tadarus al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat Isyak dan tarawih diadakan, barulah persembahan artis bermula,” katanya.

Mengulas mengenai penglibatan 10 artis yang terlibat di dalam konsert ini, Mubarak berkata, pihaknya tidak menyangka bahawa kesemua nama-nama besar ini sudi menerima tawaran mereka untuk menjayakan konsert ini.

“Saya percaya ramai teruja untuk melihat mereka beraksi, apatah lagi kebanyakan mereka sudah mengukir perjalanan kerjaya seni yang hebat serta memiliki ramai pengikut serta peminat,” katanya.

Penganjurnya, Datin Sri Dr Riza Dato’ Che Umar bersama rakan kongsi, Mubarak Akhtar berkata,
penganjuran konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 ini dilakukan berdasarkan permintaan yang diterima daripada peminat seni

Jelas Mubarak lagi, tidak semata-mata hanya untuk berhibur dan mengikuti aktiviti ibadah yang disusun, peminat juga berpeluang beramal melalui setiap pembelian tiket secara langsung untuk program konsert ini.

“Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, kita akan berusaha mencari sekurang-kurangnya 25 orang anak seni yang berdepan dengan masalah kesihatan dan kewangan melalui sumbangan yang dihulurkan. Pemberian duit raya pula akan diberikan kepada anak-anak yatim yang diraikan.

“Semoga apa yang kita lakukan ini akan membantu meringkan beban anak- anak seni ini menjelang sambutan Aidilfitri, manakala pemberian duit raya pula akan memberikan kegembiraan buat anak-anak yatim ini,” katanya lagi.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...