Rozita Rohaizad Tampil Dua Lagu Raya Baru Untuk Peminat

Oleh: Syed Yusof Wafa

Artis legenda tanah air, Rozita Rohaizad tampil dengan dua lagu raya pada tahun ini khas untuk peminat setia beliau.

“Pada tahun lepas saya bergabung dengan beberapa artis muda dan yang seangkatan untuk menghasilkan tiga buah lagu raya iaitu Aidilfitri Untuk Semua, Bila Tahmid Bergema dan Joget Jom Raya.

“Syukur tiga-tiga lagu tersebut mendapat sambutan dari peminat setia kami.

“Demi peminat, tahun ini pula saya akan tampilkan lagi dua buah lagu, satu lagu solo dan satu lagi berkumpulan bererti sejak tahun 2012 saya telah menghasilkan 8 buah lagu raya, keseluruhannya dalam pelbagai rentak , genre dan tema,” kata Rozita bangga.

Dua lagu tersebut iaitu “Rindu Aidilfitri” dan “Gelak Tawa Raya”. Untuk lagu ” Rindu Aidilfitri” adalah sebuah lagu yang menggangkat keindahan dan kemeriahan sambutan aidilfitri yang penuh makna. Lagu ini menggambarkan suasana di hari raya yang dirindui.

“Lagu ini mengambarkan kerinduan kita menyambut hari raya, pastinya kita merindui pelbagai juadah tradisi seperti ketupat , lemang dan dodol hinggalah kunjungan ke rumah sanak saudara.

“Lagu ini juga menympaikan mesej kemaafan, kesyukuran kepada Allah dan kegembiraan menyambut Syawal bersama insan tersayang,

“lagu ini berentak chacha genre latin pop, mengajak pendengar menghayati erti sebenar Aidilfitri yang penuh kesucian dan penuh ceria,” ujar Rozita.

Lagu “Gelak Tawa Raya” dinyayikan secara berkumpulan oleh Rozita Rohaizad,
Nadia Fharshah, Arwanz ,Kamil, M. Hafis, S. Kelvin.dan Radin.
Gabungan suara mereka menghasilkan harmoni yang menggambarkan suasana keluarga besar berkumpul di pagi raya iaitu ada gelak ketawa, ada usikan dan ada juga saat sayu mengenang yang tiada.

Lagu “Rindu Aidilfitri” adalah sebuah karya gubahan lagu dan lirik bersama Rozita Rohaizad dan Fauzi Aisunam yang dimuatkan dalam album kompilasi berjodol Rindu Aidilfitri 2026 menampilkan 21 buah lagu raya pelbagai variasi genre serta dua bonus track.

Manakala lagu kedua dari Rozita Rohaizad iaitu ” Gelak Tawa Raya” merupakan sebuah karya yang sarat dengan nostalgia, emosi dan kemeriahan Aidilfitri. Lagu ini bukan sahaja menyentuh dari segi lirik dan mesej, tetapi juga kukuh dari sudut penciptaannya.

Lagu ini karya Arwanz dan penulis Lirik oleh Nadia Fharshah. Arwanz telah mencipta melodi lagu yang lembut dan menyentuh hati, dengan susunan melodi yang bermula tenang dan berkembang menjadi lebih meriah di bahagian korus. Melodi ini memberi ruang kepada emosi nostalgia dan juga semangat raya yang ceria.

Manakala lirik tulisan Nadia Fharshah pula puitis dan penuh simbolik antaranya “bayu desa berbisik rindu” dan “gelak tawa jadi nyanyian” yang menggambarkan perasaan rindu, kenangan lama, dan makna sebenar Aidilfitri.

Lagu ini dinyayikan secara berkumpulan oleh Rozita Rohaizad, Nadia Fharshah, Arwanz ,Kamil, M. Hafis, S. Kelvin.dan Radin.

Gabungan suara mereka menghasilkan harmoni yang menggambarkan suasana keluarga besar berkumpul di pagi raya iaitu ada gelak ketawa, ada usikan dan ada juga saat sayu mengenang yang tiada.

Lagu“Gelak Tawa Raya” menyatukan tiga elemen utama iatu nostalgia kampung dan zaman silam, kemeriahan serta jenaka keluarga dan rindu kepada insan tersayang.

Lagu ini menjadi sebuah karya raya yang bukan sekadar hiburan, tetapi juga cerminan perasaan sebenar masyarakat ketika Aidilfitri.

Jika lagu Rindu Aidilfitri berentak pop cha cha , lagu Gelak Tawa Raya ber pop twist.

MV Gelak Tawa Raya

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

1 Cinta 1 Rindu daripada Tantari

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN usianya baru menjangkau 9 tahun, namun...

Kenny G datang ke Malaysia lagi, 12 Julai ini

Oleh: Khadijah Ibrahimw PEMAIN saksafon tersohor, Kenny G, bakal kembali...

Cantik luaran, dalaman bersama Soora Miguhara Glow & Flow

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP wanita mahu kelihatan cantik dan sebab...

Filem Nar’sata: Sekutu Setan percubaan berani Metrowealth

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda seorang penakut, dilarang menonton filem...

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...