Jaja Ishak ambil kesempatan atas populariti Trio Mut?

Oleh: Khadijah Ibrahim

NAK kata beliau ‘menunggang’ populariti orang demi mengaut keuntungan, katalah. Bagi penerbit drama Jaja Ishak, beliau mempunyai prinsip tersendiri dalam melaksanakan tugasannya.

Kata Jaja, sebagai seorang ahli perniagaan, sudah tentu objektif utama beliau adalah untuk menjana pendapatan. Justeru itulah, Jaja Ishak Channel Sdn Bhd memilih untuk menerbitkan lagu raya
“Dentam Dentum Raya” dendangan Auddra Zulkifli, Ammar Haikal dan Hadie Elfardie.

Meskipun ketiga-tiga remaja itu bukanlah pemenang utama program realiti Talk To My Manager (TTMM), namun mereka mempunyai aura tersendiri dan mampu menarik perhatian ramai.

Jaja Ishak memilih Trio Mut kerana nampak mereka mempunyai aura tersendiri.

“Saya tidak ada masalah bila dikatakan menunggang populariti tiga artis baharu itu. sebagai seorang ahli perniagaan memang memerlukan sesuatu produk yang berkualiti kerana dengan produk tersebut saya dapat menjana pendapatan, bukan saja untuk diri saya tetapi untuk syarikat juga.

“Dalam setiap pertandingan, menang atau kalah adalah perkara subjektif. Kita tahulah juara sudah ada kontrak dan sebagainya. Secara jujurnya, saya selalu baca reviu di media sosial dan melihat ketiga-tiga artis ini adalah yang paling diminati.

“Apabila mereka membuat live, ramai yang tonton. Saya mengambil idea daripada perkara tersebut dan memilih untuk mengambil mereka kerana masing-masing mempunyai value untuk dijual. Kemungkinan kalau jualan itu laris ia mendatangkan keuntungan kepada saya dan syarikat,” kata Jaja terus terang.

Walaupun ada yang mendakwa, Jaja lebih fokus kepada populariti remaja tersebut berbanding bakat mereka, beliau tidak mudah melatah. Kata Jaja, lagu ciptaan Amzar Razqa itu mampu dinyanyi oleh bakat-bakat baharu tersebut yang dikenali sebagai Trio Mut.

Mereka bukan setakat popular tapi juga berbakat.

“Bagi saya mereka memang dilahirkan sebagai penyanyi, Ammar dan Hadie boleh menyanyi dan Odda (Auddra) boleh rap dengan bagus. Sebagai artis baharu, mereka bukan saja popular tapi mereka ada bakat yang perlu diketengahkan.

“Lagu “Dentam Dentum Raya” memang dicipta khas sebagai lagu raya baharu. Saya nak lagu ini viral dan meletup, terus relevan dan boleh dimainkan saban tahun supaya bukan saja memberi rezeki kepada mereka tetapi untuk saya juga,” katanya yang turut menulis lirik untuk lagu tersebut bersama Amzar Razqa, Rebelasia dan Madebyartin

Tambahnya lagi, untuk menjayakan projek ini, beliau bertanya kepada Hadie terlebih dahulu kerana lebih mengenali keluarga Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad adalah rakan baiknya.

“Selepas Ina bersetuju dengan idea saya, orang kedua yang saya tanya adalah Odda dan kemudian kak Shira (Sharifah Shahira) bagi idea untuk gabungkan Ammar sekali. Alhamdulillah, disebabkan mereka ini sudah mengenali antara satu sama lain, proses pembikinan lagu berjalan lancar,” katanya.

Latest

Bintang Suara MELILEA 2026: Lebih Daripada Pertandingan, Pentas Merealisasikan Impian

Oleh: Syed Yusof Wafa Daripada lebih 200 peserta kepada 19...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...
spot_img

Jangan Terlepas!

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

Bintang Suara MELILEA 2026: Lebih Daripada Pertandingan, Pentas Merealisasikan Impian

Oleh: Syed Yusof Wafa Daripada lebih 200 peserta kepada 19...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

FENOMENA WALI BAND TERUS MENGGILA! 70% TIKET KONSERT KUALA LUMPUR SUDAH TERJUAL, NAJWA LATIF KEMBALI PANASKAN PENTAS!

Oleh: Syed Yusof Wafa Selepas menghimpunkan 14,000 penonton di Johor Bahru, Wali Band bakal menggegarkan Megastar Arena pada 21 November ini, dengan Najwa Latif kembali...

Bintang Suara MELILEA 2026: Lebih Daripada Pertandingan, Pentas Merealisasikan Impian

Oleh: Syed Yusof Wafa Daripada lebih 200 peserta kepada 19 finalis terbaik, Bintang Suara MELILEA 2026 membuka ruang buat bakat tempatan menyerlah, membina keyakinan dan...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...