Yayasan FELCRA fokus laksana CSR berteras kebajikan, pendidikan, kesihatan – Noraini

Oleh: Syed Yusof Wafa

Sungguh mulia, Yayasan FELCRA terus memberikan fokus untuk melaksanakan dan menguruskan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) FELCRA Berhad menerusi pelbagai program dan aktiviti berteraskan Kebajikan, Pendidikan dan Kesihatan.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan FELCRA yang berjiwa rakyat, Noraini Nordin berkata menerusi program iftar bersama anak yatim dan asnaf di bulan Ramadan juga merupakan salah satu inisiatif Yayasan FELCRA di bawah teras Kebajikan.

“Setiap tahun Yayasan FELCRA sentiasa bersedia untuk memberikan sumbangan bagi membantu semua pihak yang memerlukan bantuan seperti anak-anak yatim, asnaf, individu atau pihak-pihak yang terkesan dengan
musibah, bencana dan malapetaka,” kata beliau bersungguh-sungguh.

Noraini Nordin melayan penuh mesra antara 35 orang Anak-Anak Yatim dan Asnaf serta Pihak Pengurusan berkenaan diraikan di majlis ini.

IFTAR YAYASAN FELCRA

Noraini berkata demikian ketika berucap di Majlis Iftar Yayasan FELCRA Bersama Anak Yatim dan Asnaf Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Anak Yatim dan Miskin Raudhatul Nurr Jannah di Loka Coffee And Space di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, petang semalam.

Seramai 35 orang Anak-Anak Yatim dan Asnaf serta Pihak Pengurusan berkenaan diraikan di majlis ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Eksekutif Yayasan FELCRA Irman Abok serta kakitangan pengurusan Yayasan FELCRA dan Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Yatim dan Miskin Raudhatul Nurr Jannah.

Setiap kanak-kanak yang diraikan menerima sumbangan wang tunai dan juga beg sekolah serta alat tulis.

Irman Abok (Berdiri Paling Kanan) menyampaikan cenderamata kepada Noraini Nordin.

MENGGALAS TANGGUNGJAWAB

Noraini berkata selain itu Yayasan FELCRA juga memberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti berteraskan Pendidikan dan Kesihatan seperti Kem Kecemerlangan untuk Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pemeriksaan dan Sumbangan Cermin Mata, Pemeriksaan Kesihatan dan juga Pemeriksaan Gigi.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Pengurusan Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Yatim Dan Miskin Raudhatul Nurr Jannah
kerana sanggup berkorban untuk menjaga anak-anak ini,” kata beliau.

Jelas Noraini lagi tidak semua orang mampu untuk menggalas tanggungjawab seperti ini.

Kesimpulannya, kata beliau besarlah ganjaran atau kelebihan bagi orang-orang yang menjaga anak yatim dan asnaf ini maka seharusnya kita mendidik dan membimbing mereka dengan penuh kasih sayang.

Noraini Nordin menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

PENDIDIKAN SEMUA LAPISAN KOMUNITI

“Yakinlah bahawa setiap amalan, kebaikan dan pengorbanan yang telah kita laksanakan untuk mereka pasti akan memperolehi balasan yang setimpal daripada Allah SWT,” tambah beliau.

Noraini berharap semoga dengan sumbangan bantuan yang disalurkan oleh Yayasan FELCRA di samping membiayai program dan aktiviti kebajikan, kesihatan serta pendidikan semua lapisan komuniti akan membantu memantapkan kesejahteraan kualiti hidup
masyarakat di masa hadapan.

“Sempena bulan Ramadan penuh barakah ini, ayuh lah kita bersama menjalani ibadah puasa di samping memperbanyakkan amalan, ibadah dan aktiviti untuk memperoleh
ganjaran besar pahala yang telah dijanjikan Allah SWT,” tambah beliau.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...