Aliff Syukri kongsi kisah bersama ayah

Oleh: Khadijah Ibrahim

MESKIPUN Datuk Seri Aliff Syukri tersenarai antara usahawan yang berjaya menerusi jenama D’Herbs pada masa kini, namun untuk berada di kedudukan sekarang pelbagai cabaran telah dilalui.

Aliff merupakan anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Namun, jarang sekali beliau berkongsi kisah dengan ayahnya, Allahyarham Kamaruzaman Kamaludin.

Allahyarham bukanlah seorang usahawan seperti bekas isteri ataupun anaknya, semasa hayatnya, Kamaruzaman hanyalah seorang pengawal keselamatan.

“Ya, Abah Saya Security” mengangkat tema kasih sayang, pengorbanan dan penghargaan terhadap ibu bapa.

Sebagai mengenang insan kesayangannya, Aliff menerusi D’Herbs Holdings mempersembahkan Brandfilm Raya 2026 bertajuk “Ya, Abah Saya Security”, sebuah karya istimewa yang diinspirasikan daripada kisah hidupnya bersama ayahnya.

Melalui penceritaan yang menyentuh hati, “Ya, Abah Saya Security” mengangkat tema kasih sayang, pengorbanan dan penghargaan terhadap ibu bapa, ia merupakan satu mesej yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Brandfilm ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa malu dengan pekerjaan ayahnya.

Aliff harap “Ya, Abah Saya Security” dapat menyentuh hati ramai orang di luar sana.

Namun seiring dengan perjalanan masa dan kehidupan, beliau akhirnya menyedari bahawa di sebalik uniform sederhana itu tersimpan pengorbanan besar seorang ayah yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik.

Menurut Aliff, brandfilm tersebut dihasilkan sebagai penghargaan terhadap arwah ayahnya yang banyak berkorban dalam membesarkan keluarga.

“Bila kita kecil, kadang-kadang kita tak faham pengorbanan ibu bapa. Kita hanya fikir tentang diri sendiri. Tapi bila kita dewasa, barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan mereka.

Aliff Syukri (dua dari kanan) dan isteri, Shahida Mohd Rashid bersama pelakon yang menjayakan brandfilm “Ya, Abah Saya Security”.

“Kisah ini sangat dekat dengan hati saya, dan saya harap ia dapat menyentuh hati ramai orang di luar sana,” katanya.

Brandfilm Raya D’Herbs 2026 ini dihasilkan dengan kerjasama Terranego Media sebagai agensi media dan diterbitkan oleh Tangerine Film sebagai syarikat produksi.

Melalui karya ini, D’Herbs berharap mesej yang disampaikan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih menghargai ibu bapa serta insan tersayang selagi mereka masih ada disisi.

Brandfilm “Ya, Abah Saya Security” telah dilancarkan kepada umum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui platform digital rasmi D’Herbs sejak 12 Mac lalu.

Latest

Bintang Suara MELILEA 2026: Lebih Daripada Pertandingan, Pentas Merealisasikan Impian

Oleh: Syed Yusof Wafa Daripada lebih 200 peserta kepada 19...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...
spot_img

Jangan Terlepas!

Bintang Suara MELILEA 2026: Lebih Daripada Pertandingan, Pentas Merealisasikan Impian

Oleh: Syed Yusof Wafa Daripada lebih 200 peserta kepada 19...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

FENOMENA WALI BAND TERUS MENGGILA! 70% TIKET KONSERT KUALA LUMPUR SUDAH TERJUAL, NAJWA LATIF KEMBALI PANASKAN PENTAS!

Oleh: Syed Yusof Wafa Selepas menghimpunkan 14,000 penonton di Johor Bahru, Wali Band bakal menggegarkan Megastar Arena pada 21 November ini, dengan Najwa Latif kembali...

Bintang Suara MELILEA 2026: Lebih Daripada Pertandingan, Pentas Merealisasikan Impian

Oleh: Syed Yusof Wafa Daripada lebih 200 peserta kepada 19 finalis terbaik, Bintang Suara MELILEA 2026 membuka ruang buat bakat tempatan menyerlah, membina keyakinan dan...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...