“Masing Masing” Ernie Zakri, Ade Govinda dapat pengiktirafan Asia Book of Records

Oleh: Khadijah Ibrahim

BUKAN Malaysia Book of Records tapi lagu “Masing Masing” dendangan Ernie Zakri terus mendapat pengiktirafan daripada Asia Book of Records.

Lagu ciptaan komposer dari Indonesia, Ade Govinda itu berjaya mencatatkan sejarah apabila berjaya meraih lebih 236 juta penstriman di Spotify.

“Masing Masing” diiktiraf oleh Asia Book of Records sebagai lagu Melayu/Indonesia terpantas mencapai angka 200 juta penstriman menjelang Ogos 2025.

Pencapaian ini mengukuhkan lagi profil seni Ernie selepas beliau dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Disember 2025. Tahun ini, pengiktirafan daripada Asia Book of Records sekali lagi meletakkan nama beliau di persada seni serantau menerusi keberkesanan karya “Masing Masing”.

Ernie tidak pernah lupa sokongan yang diberikan oleh peminat-peminatnya.

Pengiktirafan oleh Asia Book of Records bukan sahaja meraikan kejayaan tersebut, malah
memberikan pengiktirafan kredibel yang mampu meningkatkan profil artis serta memperluaskan pendedahan media di seluruh rantau Asia.

Platform pengiktirafan ini turut menghubungkan pencipta rekod dengan tokoh, pemimpin dan inovator lain di benua Asia, dan mengangkat kejayaan mereka menjadi inspirasi dan legasi yang berkekalan.

Pencapaian ini sekali gus membuktikan kekuatan kolaborasi muzik serantau yang mampu menembusi sempadan negara serta menyatukan pendengar di seluruh Asia Tenggara melalui karya yang penuh emosi dan kejujuran.

Menurut Ernie, kejayaan lagu ini merupakan sesuatu yang tidak pernah dijangka ketika ia mula dihasilkan.

“Saya sangat terharu dan bersyukur bila dapat tahu “Masing Masing” mencapai lebih 236 juta penstriman di Spotify dan diiktiraf oleh Asia Book of Records.

Lagu “Masing Masing” dendangan Ernie Zakri mendapat pengiktirafan daripada Asia Book of Records dan membanggakan label.

“Sejujurnya, semasa menghasilkan lagu ini bersama Ade Govinda, matlamat kami adalah untuk menyampaikan sebuah naskhah yang jujur dari segi emosi. Melihat ia kini meraih sambutan luar biasa sehingga melakar sejarah, saya amat menghargai sokongan padu para pendengar, terutamanya Ernienators yang setia mendukung perjalanan seni saya sejak awal lagi,” katanya.

Sejak dilancarkan, “Masing Masing” bukan sahaja mendapat sambutan hangat di Malaysia dan Indonesia, malah turut menambat hati pendengar di pelbagai negara Asia Tenggara. Bagi Ernie, kekuatan utama lagu ini terletak pada mesej dan emosi yang universal.

“Saya rasa kekuatan “Masing Masing” adalah pada ceritanya yang sangat dekat dengan kehidupan ramai orang. Walaupun ia lagu Melayu/Indonesia, emosi dalam lagu ini bersifat universal, jadi pendengar dari mana-mana pun boleh relate.

“Ditambah pula dengan kolaborasi saya bersama Ade Govinda dan susunan muzik yang ringkas tapi menyentuh hati, mungkin itu yang membuatkan lagu ini diterima baik di seluruh Asia Tenggara,” tambahnya.

Dengan pencapaian ini, “Masing Masing” terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu lagu serantau paling berjaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus membuktikan bahawa muzik yang jujur dan penuh emosi mampu merentasi sempadan bahasa dan budaya.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...