YKAT hargai penggiat seni veteran

Oleh: Khadijah Ibrahim

TIADA yang lama, tiada yang baharu. Justeru itu orang lama perlu dihormati kerana pengalaman mereka yang tidak ternilai itu.

Justeru itu setiap kali menjelang perayaan utama yang disambut oleh rakyat Malaysia, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) tidak pernah lupa untuk merai penggiat seni yang berusia 60 tahun ke atas.

Baru-baru ini di majlis berbuka puasa yang berlangsung di Royale Chulan The Curve, Damansara, YKAT menyenaraikan nama 17 artis veteran yang berusia 60 tahun ke atas sebagai penerima bantuan kebajikan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan diberikan tanpa mengira bangsa dan agama, asalkan penggiat seni berusia 60 tahun ke atas.

Antara penerima bantuan ialah Sohaimi Mior Hasan, Zaidi Omar, Mohamad Khairi Mohd Nor, Shariza Mahmud, Umarul Mahadzar Embong, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, Fairuz Hussein, Shafi’ee Ali dan Mohd Nizam Pechok.

DJ Dave selaku Pengerusi YKAT berkata, sumbangan yang diberikan itu sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada golongan penggiat seni yang telah banyak berjasa kepada industri hiburan negara.

Menurut beliau, artis-artis generasi terdahulu memainkan peranan penting dalam membangunkan industri seni tanah air dan jasa mereka wajar dihargai.

YKAT sentiasa menyantuni penggiat seni yang berusia 60 tahun dan ke atas kerana jasa mereka.

“Artis-artis veteran ini merupakan antara individu yang telah membuka jalan kepada perkembangan industri hiburan negara. Walaupun sebahagian daripada mereka mungkin tidak lagi aktif, sumbangan dan pengorbanan mereka tetap menjadi sebahagian daripada sejarah seni Malaysia.

“Majlis ini sangat istimewa bagi saya secara peribadi kerana setiap kali kita berkumpul begini, saya bukan sekadar melihat tetamu, saya melihat keluarga besar industri seni Malaysia. Ada yang sudah bersama industri ini sejak tahun 60-an, 70-an, 80-an dan ada juga yang masih aktif sampai hari ini.

“Kalau kita imbas kembali sejarah industri seni kita, sebenarnya ramai artis generasi terdahulu telah melalui perjalanan yang sangat mencabar. Zaman dahulu tidak ada media sosial.Tidak ada YouTube.Tidak ada TikTok. Kalau nak popular dulu, kena betul-betul berbakat, usaha dan disiplin.

“Rakaman lagu guna pita besar…studio pun tak banyak…dan kalau buat persembahan kena naik bas atau kereta jauh-jauh ke seluruh negara.Tetapi walaupun cabaran begitu besar, mereka tetap terus berkarya dan menghiburkan rakyat Malaysia.

“Sebab itulah hari ini kita berkumpul untuk mengatakan satu perkara yang sangat penting kepada mereka. Kami tidak pernah melupakan jasa anda semua,” katanya.

Melalui program seperti ini, YKAT berharap hubungan silaturahim dalam kalangan penggiat seni dapat terus diperkukuhkan di samping memastikan kebajikan artis-artis tanah air sentiasa terpelihara.

DJ Dave harap banyak pihak termasuk sektor korporat dan individu tampil memberi sokongan kepada usaha kebajikan YKAT.

Beliau turut menegaskan bahawa YKAT akan terus komited dalam membantu artis-artis yang memerlukan, khususnya dari segi kebajikan, dan sokongan moral.

Dalam masa yang sama, beliau berharap lebih banyak pihak termasuk sektor korporat dan individu tampil memberikan sokongan kepada usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh YKAT yang ditubuhkan pada 2012 sebagai platform kebajikan untuk membantu para artis Malaysia yang memerlukan sokongan kebajikan, perubatan dan sosial.

Bukan itu saja, YKAT juga berperanan dalam memperkukuh silaturahim antara artis pelbagai generasi serta menjadi jambatan antara warga seni dan masyarakat. Sehingga kini, seramai lebih 2,000 warga seni telah disantuni oleh YKAT.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...