Jason Mraz kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun

Oleh: Khadijah Ibrahim

BAGI peminat-peminat Jason Mraz jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan penyanyi kesukaan anda kerana beliau akan hadir lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert.

Penyanyi, pencipta lagu dan gitaris itu akan menjayakan Konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Zues Event, pada Sabtu, 31 Oktober 2026, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Pemenang Anugerah Grammy yang sering memberi inspirasi kepada pelbagai generasi menerusi lagu-lagu penuh semangat dan emosi yang melangkaui identiti akustik-pop dengan gabungan elemen folk, reggae, R&B dan disko itu
memulakan kerjayanya sebagai penghibur jalanan dan penyanyi di kafe sebelum mendapat kontrak rakaman.

Jason Mraz bukan sekadar menyanyi, beliau juga seorang pencipta lagu dengan lirik yang penuh mesej

Sejak bergelar penyanyi rakaman yang muncul dengan album perdana pada 2002, “Waiting For My Rocket To Come” hingga kini penyanyi yang nama penuhnya Jason Thomas Mraz, 49, telah berjaya mengeluarkan sembilan album studio, termasuk album bertaraf platinum dan multi-platinum.

Sebagai penerima penghormatan Songwriters Hall of Fame, diskografi Jason Mraz dipenuhi lagu-lagu malar segar seperti “I Won’t Give Up”, “Lucky” bersama Colbie Caillat, “Have It All”, “I Feel Like Dancing” serta “The Remedy (I Won’t Worry)” yang terus dimainkan dan dinyanyikan di seluruh dunia.

Beliau bukan sekadar aktif dalam seni suara, malah pernah mencuba bakatnya dalam bidang lakonan sebagai pelakon utama dalam muzikal Broadway “Waitress” karya Sara Bareilles. Beliau juga pernah menjadi penerbit eksekutif dokumentari “The Opener”.

Naib juara rancangan Dancing with the Stars Musim ke-32 itu juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan dan menubuhkan Jason Mraz Foundation bagi menyokong program pendidikan seni inklusif dan memperjuangkan kesaksamaan.

BAGI peminat Jason Mraz, inilah masanya untuk menonton persembahan beliau secara langsung.

Semua keuntungan daripada album 2020 beliau, “Look for the Good”, disalurkan kepada organisasi yang memperjuangkan keadilan sosial dan kesaksamaan.

Dengan topi fedora ikonik dan petikan gitarnya, Jason Mraz dijangka menghidangkan persembahan penuh irama dan lirik menerusi deretan lagu popular serta material baharu yang pasti mengubah mengubah stadium menjadi pesta nyanyian beramai-ramai.

Sementara itu, Pengarah Zues Event, Jeffery Chin berkata, ramai rakyat Malaysia membesar dengan lagu-lagu Jason Mraz, dan muziknya masih relevan hingga hari ini kerana membawa mesej positif, emosi dan keaslian.

“Kami meneruskan momentum daripada kejayaan konsert K-pop kami baru-baru ini dengan membawa pengalaman berbeza yang penuh hubungan emosi dan tenaga positif.

Tiket untuk konsert Jason Mraz mula dijual pada 11 Jun ini.

“Kami percaya kepulangan Jason Mraz ke Kuala Lumpur bukan sahaja akan menarik peminat setianya, malah pencinta muzik yang mahukan pengalaman persembahan langsung bertaraf dunia yang menghiburkan. Malam itu juga dijanjikan dengan pertunjukan percikan api dan langit dihiasi dron,” katanya.

Tiket akan mula dijual menerusi etix.my pada Khamis, 11 Jun bermula jam 10.50 pagi dengan harga RM688 (Jazzy), RM588 (Acoustic), RM488 (Soulful), RM388 (Originals), RM288 (Nostalgic) dan RM158 (Signature – Restricted View), tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Semua kategori tiket adalah tempat duduk. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Zues Event di Facebook dan Instagram

Latest

Nazim ‘dibenci’ kerana Razman, lakonannya menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim BAGI yang mengikuti Griya atau Griya: Rahsia...

Normadiah seniwati paling ‘versatile’

Oleh: SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...

“RINDU INI TETAP ADA” KISAH BENAR ROZITA ROHAIZAD

Oleh : Syed Yusof Wafa Penyanyi legenda Rozita Rohaizad terus...

“RUMPUN SUARA WARISAN” KUMPULAN MARHABAN ARTIS LEGENDA

Oleh: Syed Yusof Wafa Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM)...
spot_img

Jangan Terlepas!

Wings kembali ke Hard Rock, promosi album baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 5 dan 12 Julai ini, kumpulan...

“RUMPUN SUARA WARISAN” KUMPULAN MARHABAN ARTIS LEGENDA

Oleh: Syed Yusof Wafa Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM)...

Normadiah seniwati paling ‘versatile’

Oleh: SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...

“RINDU INI TETAP ADA” KISAH BENAR ROZITA ROHAIZAD

Oleh : Syed Yusof Wafa Penyanyi legenda Rozita Rohaizad terus...

Nazim ‘dibenci’ kerana Razman, lakonannya menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim BAGI yang mengikuti Griya atau Griya: Rahsia...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Nazim ‘dibenci’ kerana Razman, lakonannya menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim BAGI yang mengikuti Griya atau Griya: Rahsia Seorang Lelaki, drama bersiri genre thriller misteri yang disiarkan di platform penstriman iQIYI Internatianol dan...

Normadiah seniwati paling ‘versatile’

Oleh: SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) APABILA bercakap mengenai Allahyarham Seniwati Normadiah pasti terbayang di minda anda...

“RINDU INI TETAP ADA” KISAH BENAR ROZITA ROHAIZAD

Oleh : Syed Yusof Wafa Penyanyi legenda Rozita Rohaizad terus menyerlah, selepas pengedaran lagu raya Rindu Aidilfitri pada bulan Mac lalu, beliau kembali menghasilkan single...