Umairah tujukan lagu “Hujung Indah” buat Amad

Oleh: Khadijah Ibrahim

JIKA anda menonton drama Bidadari Tanpa Syurga di platform Viu mulai 11 Jun 2026 yang lalu, pada setiap Khamis dan Jumaat, pasti anda akan mendengar lagu “Hujung Indah” yang dijadikan runut bunyi untuk drama 12 episod arahan Jamal Khan itu.

Lagu ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh itu didendangkan oleh Umairah. “Hujung Indah” merupakan single solo kedua beliau selepas “Sayap” dan lagu ketiga dendangannya termasuk duet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, “Kaca Dan Permata” yang dimuat dalam album Biduanita Negara itu, “Gema Bumantar”.

Umairah atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar 15, yang mesra dengan panggilan Umai berkata, lagu tersebut bukan sekadar karya seni tapi sebuah perjalanan hidup.

“Lagu ini membawa sebuah mesej universal tentang harapan dan ketabahan. Ia mengingatkan kita semua bahawa sekiranya kita mendepani ujian, cabaran dan kepahitan hidup dengan sabar, pastinya akan ada pengakhiran yang baik.

Umairah bersama pencipta lagu “Hujung Indah” Firdaus Rahmat (kiri) dan wakil Universal Music serta pemilik SN Legacy, Siti Nurhaliza.

“Jujurnya, lagu ini lagi berat emosi berbanding “Sayap”. Lagu ini pun saya rekod, tiga kali masuk studio. Mula-mula saya tak sihat, kali kedua saya makin teruk demamnya dan ini rakaman yang kali ketiga saya rekod baru okey,” cerita Umai tentang proses rakaman lagu tersebut.

Kata Umai, lagu tersebut ada banyak versi sebelum dipilih secara rasmi dan mengakui lagu tersebut agak mencabar bagi dirinya.

“Sebenarnya, versi pertama lain, yang ini latest punya lain. Lagu ni susah sebab ada sesetengah orang tak pernah nampak saya bawa lagu yang berat macam ini dan saya rasa ini cabaran berat juga untuk saya.

Meskipun lagu “Hujung Indah” sukar untuk dinyanyikan tapi Umairah lega dapat bawa lagu tersebut dengan gaya tersendiri.

“Pertama sudah tentu high note dan low note pun boleh tahan juga. Tapi saya puas hati bila dapat tahu saya boleh juga bawa lagu seperti ini.

“Masa latihan, bila dapat lagu diberi oleh Mak Rozie, saya rasa teruja nak rakam tak tahu kenapa. Walaupun masa awal tu rasa macam tak boleh sebab tak biasa. Kalau kita tak buat yang terbaik untuk lagu sendiri pun susah juga. Tapi saya cabar diri sendiri dan alhamdulillah jadi juga,” katanya tersenyum bangga.

Memandangkan beliau adalah artis naungan SN Legacy Sdn Bhd, milik Siti Nurhaliza sudah pasti penyanyi tersohor itu pun turut ‘turun padang’ sepanjang pembikinan lagu untuk Umai.

“Memanglah ada input daripada Mak Iti. Tiga kali saya masuk studio, banyak idea yang dia bagi. Masa rakaman pertama key tinggi lagi tapi bila Mak Iti dengar, dia kata nak nampakkan saya budak jadi dia suruh saya lembutkan cara nyanyian dan turunkan lagi key supaya saya lebih selesa untuk bawa untuk show.

Umairah bersama adik-adikya, Amad (kiri) dan Ahmad Aisy.

“Kalau kita bawa lagu key yang tinggi masa show nanti kalau kita sakit tak boleh bawa pula. Mak Iti suruh ikut keselesaan saya. Lagu ini pasal kebangkitan setelah dilukai. Bagi saya cara saya menghayati lagu ini adalah melalui lirik dan lagu ini pun related dengan saya juga tapi bukan pasal cinta la,” kata Umai lagi.

Tambahnya lagi, lagu yang dirakamnya itu dituju khas untuk adik kesayangannya, Ahmad Dayyan atau Amad.

“Lagu ini saya banyak tuju kat Amad, saya tak tahu kenapa tapi setiap kali saya nyanyi, saya teringat kat Amad. Macam semua orang tahu masa dia kat TTMM (Talk To My Manager) apa yang berlaku. Sepanjang perjalanan tu saya memang bersama Amad. Tak tahulah lagu ini banyak saya terfikir kepada dia.

“Saya selalu ingatkan dia jangan pernah putus asa walaupun apa-apa yang terjadi. Dia tak tahu pun saya bayangkan dia bila nyanyi lagu ini. Kita orang ni kuat bergaduh kerana saya kat rumah lain dan kat sini lain. Kami sebenarnya sama-sama ego dan tak tunjuk sayang tapi kedua-dua nangis kalau cerita perihal masing-masing.

Tahun ini juga Umairah bakal tampil dengan mini album yang memuatkan enam buah lagu.

“Nak buat macam manakan, Allah dah tentukan. Saya pun terkejut juga sebab waktu tu kat asrama, tahu-tahu dia nak pindah. Tapi sebelum dia pindah ke Kuantan tu sempatlah dia jumpa saya dan kata kakak kena kuat.

“Bila berjauhan macam ni, saya dah tak ada orang nak bercerita. Adik bongsu saya umur berapa dan saya memang rapat dengan Amad. Dia memang nak duduk dengan Babah dan baru saja pindah ke Kuantan.

“Tapi saya ada cakap dengan dia, kalau cuti antara saya balik ke Kuantan atau dia datang ke sini. Baru saja berpisah tapi saya rindu kat Amad sebab dia suka kacau saya kerana saya ni jenis duduk dalam bilik. Nyanyi sama-sama, kalau show pun selalu berteman. Bila dah tak duduk sekali dengan dia, saya rasa macam kosong tapi tak apa kita orang masih berhubungan,” cerita Umai tentang keakrabannya dengan Amad itu.

Latest

Artis Veteran Terkejut Wafa TV disabotaj !

Oleh: Nafsiah Jani BUKANLAH satu omongan atau khayalan namun sama...

Keindahan Bulan Muharram

Oleh: Syed Yusof Wafa Bulan Muharram adalah bulan yang sangat...

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448 Hijriah

Kami di Wafa News mengucapkan "Selamat Menyambut Awal Muharam...

“Diari Air Mata” kisah cinta Aisha Retno

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYi dan komposer berbakat besar, Aisha Retno...
spot_img

Jangan Terlepas!

The Real Mamu Taruhan Baharu Industri Perfileman Tempatan

Oleh : Nafsiah Jani Filem drama aksi kekeluargaan The Real...

Konsert Dewa 19, mengulangi sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 6 Jun lalu, stesen LRT (transit...

Keindahan Bulan Muharram

Oleh: Syed Yusof Wafa Bulan Muharram adalah bulan yang sangat...

‘Seksa Jiwa’ Andi Bernadee berakhir dengan ‘Ding Geding’

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS sembilan tahun menunggu, akhirnya Andi Bernadee...

DEWAN PERNIAGAAN DATUK DATO MALAYSIA (DPDDM) DAN WILMINGTON METROPOLITAN UNIVERSITY METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

Oleh: Nafsiah Jani Tercipta lagi sebuah sejarah apabila Dewan Perniagaan...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Artis Veteran Terkejut Wafa TV disabotaj !

Oleh: Nafsiah Jani BUKANLAH satu omongan atau khayalan namun sama ada sedar atau tidak itulah putaran dunia seni yang kebanyakannya hanya menghargai mereka yang muda...

Keindahan Bulan Muharram

Oleh: Syed Yusof Wafa Bulan Muharram adalah bulan yang sangat mulia. Amalan yang paling utama dilakukan adalah memperbanyak puasa sunat (terutamanya pada Hari Asyura, 10...

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448 Hijriah

Kami di Wafa News mengucapkan "Selamat Menyambut Awal Muharam 1448 Hijriah," semoga momentum hijrah ini menjadi pemangkin untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman, serta melangkah...