“Ceritera Sang Arjuna & Bunga” daripada Atilia Haron dan Razak A’ai

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELEPAS muncul dengan single “Dimanakah Kamu Sore Ini?” tiga bulan lalu, kini Atilia Haron kembali dengan single duet berjudul “Ceritera Sang Arjuna & Bunga”.

Untuk lagu duet yang sarat dengan emosi dan keindahan puitis itu, Atilia berkolaborasi dengan bakat kreatif yang kian meningkat naik, Razak A’ai.

Razak bukan sekadar menyanyi, beliau juga menulis dan menggubah lagu “Ceritera Sang Arjuna & Bunga” yang merupakan sebuah naskah cinta yang menceritakan tentang monolog dan dialog antara dua jiwa.

Lirik lagu ini membawa pendengar menyelami kisah ‘Bunga’ yang menemui ketenangan rasa, serta ‘Arjuna’ yang hadir menjadi penawar bagi menyembuhkan luka lama yang tersimpan.

Atilia Haron boleh berduet dengan sesiapa saja.

Dengan baris lirik magis seperti “Di balik awan punya bintang berjuta, menghiasi malam bahagia, bulan terang jadi saksi cinta kita,” lagu ini digarap sebagai satu metafora janji suci yang mengikat dua insan dalam satu rasa sehidup semati.

Razak berjaya menterjemahkan rasa cinta, rindu, dan kesetiaan ke dalam bait-bait lirik yang puitis menjadikan beliau antara bakat pelapis yang wajar diberi perhatian dalam industri muzik tempatan.

Melalui lagu ini, Razak bukan sahaja mempamerkan kematangan vokal garaunya, malah membuktikan kredibilitinya selaku pencipta lagu yang berjiwa besar.

Sementara Atillia atau nama penuhnya, Raja Putri Atilia Raja Haron, 52, yang terkenal dengan ton suara soulful, jazzy dan penuh keanggunan itu berjaya membawa persona ‘Bunga’ dengan penuh kelembutan dalam lagu ini.

Pengalaman luas beliau dalam industri memberikan keseimbangan yang sempurna kepada vokal bertenaga milik Razak, sekali gus melahirkan sebuah karya duet yang harmoni dan merdu.

Atilia bersyukur kerana ada peminat setia yang menyokong perjalanan seninya.

Lagipun sebelum ini, Atilia pernah berkolaborasi bersama Monoloque iaitu “Kekanda Adinda” dan duet bersama ibunya, Salamiah Hassan merusi lagu, “Age Is Just The Number”.

Ditambah pula produser lagu ini, AG Coco berjaya menghidupkan garapan melodi yang gah, membuai perasaan, namun tetap mengekalkan keaslian jiwa seni yang ingin disampaikan oleh penulisnya.

Dengan susunan muzik yang luar biasa daripada AG Coco, lagu “Ceritera Sang Arjuna & Bunga” mempunyai ramuan yang cukup untuk menjadi sebuah karya malar segar dalam industri muzik tempatan.

Adakah Atilia yang bakal menjayakan ‘Atilia Haron In Concert’ yang bakal berlangsung di Robert’s Theatre, The Campus Ampang, pada 19 September ini akan menyanyikan lagu “Ceritera Sang Arjuna & Bunga” bersama pasangan duetnya. Kita tunggu kejutan daripada Atilia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pengurusan Todak Muzik, Mohd Ikmal Fareeq Shamsul Bahri, meluahkan rasa bangga dan keyakinan beliau terhadap projek kolaborasi ini.

“Di Todak Muzik, kami sentiasa percaya kepada kekuatan naskah dan kualiti sesebuah karya. Gandingan Razak A’ai dan Atilia Haron dalam “Ceritera Sang Arjuna & Bunga” adalah satu kombinasi yang sangat mahal.

Konsert solo Atilia Haron akan berlangsung pada 19 September ini.

“Razak membawa kejujuran dalam penulisan liriknya, manakala Atilia memberikan sentuhan magis menerusi vokalnya. Atilia mempunyai sejarah kejayaan yang sangat luar biasa dalam lagu-lagu kolaborasi dan duet.

“Gandingan ini membuktikan bahawa Atilia amat mahir mencari titik harmoni dan blending bersama penyanyi lain tanpa menenggelamkan rakan duetnya,” jelasnya.

Tambahnya, pihak Todak Muzik meletakkan harapan yang tinggi agar single “Ceritera Sang Arjuna & Bunga” ini dapat diterima baik oleh seluruh lapisan masyarakat dan pencinta muzik tanah air.

Lagu ini bukan sekadar hiburan halwa telinga, tetapi sebuah karya yang diharapkan mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang sedang mencari atau meraikan cinta sejati.

Todak Muzik juga berharap orang ramai dapat memberikan sokongan padu kepada bakat seperti Razak serta terus menghargai sumbangan seni daripada artis senior seperti Atilia.

Lagu “Ceritera Sang Arjuna & Bunga” kini boleh didengari di semua platform penstriman digital utama termasuk Spotify, Apple Music, dan iTunes. Muzik video rasmi juga boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Todak Muzik.

Latest

P. Ramlee pujuk ayah Sophia Ibrahim jadi anak seni!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Watak Rasyid buka pintu rezeki Alif Hadi

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU menonton drama jangan 'sesuka' hati nak...

SPOTLIGHT KLCC SERIES BAKAL MENERANGI LANDSKAP HIBURAN LANGSUNG MALAYSIA BERSAMA NORYN AZIZ, ORKED FARHAN & AIZAT AMDAN

Oleh: Syed Yusof Wafa Landskap hiburan langsung Malaysia bakal menyaksikan...

PAPUH Muslim Travel Fair 2026 di PKNS Shah Alam 31 Julai -2 Ogos

Oleh : Nafsiah Jani Berita baik bagi mereka yang sedang...
spot_img

Jangan Terlepas!

Altimet “Pegang Tangan” bersama Adam Nuqris

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA hanya merancang, Allah yang menentukan kerana...

Shila Amzah lega, bebas bersuara untuk kerjaya seninya

Oleh: Khadijah Ibrahim TAHUN ini merupakan 25 tahun , penyanyi...

Inovasi anti-penuaan : Awet muda dengan teknologi sel stem tumbuhan Switzerland

Oleh : Nafsiah Jani PUTRAJAYA – Selain wanita, kaum lelaki...

P. Ramlee pujuk ayah Sophia Ibrahim jadi anak seni!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

P. Ramlee pujuk ayah Sophia Ibrahim jadi anak seni!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) APABILA bercakap tentang Sophia Ibrahim, bagi para peminat filem Melayu pada...

Watak Rasyid buka pintu rezeki Alif Hadi

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU menonton drama jangan 'sesuka' hati nak buat andaian tersendiri, kerana penulis skrip dan pengarah pasti ada kejutan untuk penonton Bagi yang telah...

SPOTLIGHT KLCC SERIES BAKAL MENERANGI LANDSKAP HIBURAN LANGSUNG MALAYSIA BERSAMA NORYN AZIZ, ORKED FARHAN & AIZAT AMDAN

Oleh: Syed Yusof Wafa Landskap hiburan langsung Malaysia bakal menyaksikan satu dimensi baharu menerusi pelancaran SPOTLIGHT KLCC Series, sebuah siri persembahan premium yang dikurasi oleh...