Rahsia telur pada kesihatan

Oleh: Nafsiah Jani

Selama ini kita sering tersalah sangka menyatakan telur tidak baik untuk kesihatan kerana ia menyebabkan kolesterol yang boleh menyebabkan saluran jantung tersumbat. Sebenarnya telur adalah sumber protien yang diperlukan untuk pemulihan sel tubuh badan yang rosak akibat aktiviti harian.

Telur mengandungi 69 khasiat protein dan makan satu hingga dua biji telur sehari sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Kombinasikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.

Telur adalah sumber protein berkualiti tinggi dan baik untuk pembinaan otot serta pembaikan tisu.Telur mengandungi vitamin A, B12, dan selenium dalam menyokong imuniti badan seseorang serta baik untuk kesihatan tulang disebabkan kandungan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.

Kita selalu takut untuk makan telur kerana telur kuning dikaitkan dengan kolestrol. Tapi kita tidak tahu yang sebenarnya telur kuning mengandungi mineral dan kandungan protein yang tinggi. Malah segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.

Mengambil telur separuh masak semasa sarapan adalah popular di kalangan rakyat Malaysia. Tapi soalnya, jenis telur yang manakah baik untuk atasi masalah otot? Telur rebus, separuh masak atau telur mentah? Selain digoreng, pakar mencadangkan makan telur rebus lebih baik bagi mengekalkan nutrien.

Kuning telur berfungsi untuk menyuburkan dan menguatkan rambut, manakala kandungan vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur pula membantu mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar dan parut, jerawat, kedutan dan juga ruam. Dengan khasiat 69 jenis protein yang ada dalam telur, anda boleh bayangkan bagaimana hebat telur boleh membantu menghilangkan garis halus pada muka anda. Telur juga boleh dijadikan salah satu bahan dalam face mask anda.

Dibawah ini kami paparkan beberapa manfaat dan kebaikan telur untuk kesihatan.

  1. Hormon dopamine yang terdapat dalam telur dapat membantu dan mempengaruhi perilaku seseorang. Apabila mood merudum, cuba amalkan telur dalam diet seharian anda. Sebab itu, pentingnya hormon dopamine di dalam tubuh. Ketika dilepaskan dalam kadar yang tepat, hormon dopamine akan membuat seseorang lebih bersemangat dan termotivasi.
  2. Telur kaya vitamin D dan ianya penting untuk sistem imun kerana ia mempengaruhi tubuh jadi sihat dan kuat. Malah vitamin D ni juga diperlukan dan penting untuk otak. Kajian terbaru menunjukkan bahawa vitamin-vitamin ini boleh menghalang pengecutan otak dan melambatkan penurunan kognitif.
  3. Walaupun tinggi lemak, kuning telur memiliki manfaat untuk menurunkan berat badan kerana kuning telur merupakan makanan tinggi protein yang dapat memberikan rasa kenyang dan mengurangi keinginan untuk makan terlalu banyak.
  4. Telur juga bagus untuk mata kerana ia kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang merupakan sejenis antioksida yang boleh melindungi mata. Ia juga dapat mengurangkan penyakit mata seperti katarak dan juga degenerasi macula iaitu kemerosotan daya penglihatan yang biasanya dialami oleh golongan yang lebih berusia.
  5. Telur juga dapat memberi perlindungan kepada otak. Choline yang terkandung di dalam telur bertanggungjawab dalam proses ini. Choline diperlukan untuk neurotransmitter (pemancaran neuro) dalam otak kita berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan masalah saraf di dalam otak.
  6. Telur juga membantu menjadikan sistem imun yang lebih baik. Pengambilan telur dapat memastikan badan anda tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi.
  7. Kolesterol daripada telur hanya menambahkan kadar kolestrol yang baik sahaja. Ia meningkatkan kolesterol baik iaitu HDL (high density lipid) yang banyak memberi manfaat dalam kawalan hormon serta sumber kolesterol yang diperlukan oleh otak dan sistem saraf kita. Untuk pengetahuan semua otak dan sistem saraf kita terbentuk 90% adalah dari kolesterol.
  8. Telur juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana telur mengubah kolesterol LDL kepada HDL. Kolestrol yang tidak baik menyebabkan saluran arteri kita tersekat. Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) mempunyai zarah-zarah yang kecil dan juga besar. Zarah-zarah kecil ini akan menyebabkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar akan membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung lebih rendah.
  9. Telur juga menjadikan rambut dan kulit kita lebih sihat dan bertenaga. Selain vitamin B2, telur juga kaya dengan vitamin B5 dan B12. Kandungan mineral dan antioksidan serta vitamin-vitamin kompleks ini sangat penting untuk membantu pertumbuhan rambut , kulit dan kuku yang lebih sihat dan cantik.
  10. Kandungan Vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur dapat mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar, parut, jerawat, kedutan dan ruam. Putih telur membantu menghilangkan garis halus pada muka, dijadikan face mask dan Multivitamin semulajadi.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Bukan Sekadar Menghibur, Agih 100 Pek Makanan Kepada Golongan Gelandangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh mulia, tidak hanya menghiburkan di...

‘Doa Sang Pendosa’ penuh pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI anda sudah menonton telefilem 'Doa Sang...

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....