Mark Adam ajak orang ramai jadi “Jutawan” terhormat

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEDAR tak sedar sudah masuk lagu keempat yang dirakam oleh penyanyi Mark Adam selepas bernaung di bawah label syarikat rakaman Suria Records (SRC).

Kali ini Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam,46, tampil dengan single berjudul “Jutawan”. Lagu ini berbeza daripada karya yang dihasilkan oleh Mark sebelum ini kerana “Jutawan” merupakan sebuah lagu yang menyampaikan aura positif sesaat mendengar lagu tersebut.

Lagu yang sangat bersahaja dan ringan tetapi mesej yang disampaikan tepat dan padat, lagu “Jutawan’” mampu menarik minat semua untuk mendengar. Siapa yang tak nak menjadi jutawankan?

Namun jutawan yang dimaksudkan oleh penyanyi yang berasal dari Cebu, Filipina ini bukan tentang wang ringgit tapi lebih menjurus kepada adab seorang manusia.

Jika kita kaya dengan adab orang akan pandang tinggi pada kita.

Lagu “Jutawan” dicipta oleh Mark Adam bersama AdamDian dan liriknya pula ditulis oleh Mark Adam bersama Affa Eusoff dan Efry Arwis.

Karya ini dilihat begitu sesuai dikeluarkan pada ketika ini kerana rata-rata kita dapat melihat betapa kurangnya adab sopan santun di kalangan manusia.

Ada di kalangan manusia sekarang lebih mengejarkan duniawi sehingga melupakan asal usul kita iaitu ‘adab’ yang amat penting di dalam kehidupan.

Bukan itu sahaja, jika dikaitkan dengan keadaan dunia yang terjadi masa kini, pergolakkan dan huru-hara mungkin boleh terjadi dengan lebih dasyat sekiranya ‘adab’ tidak diterapkan di dalam kehidupan seharian.

“Lagu ini juga mampu mengingatkan anak-anak kecil khususnya dan ini merupakan salah satu pesanan kedua ibu bapa saya saat saya ingin berhijrah ke Malaysia.

Mencuba nasib sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-12.

“Idea untuk menulis dan membuat lagu “Jutawan” ini timbul apabila saya melihat banyak perkara negatif yang berlaku kini dan terus teringat semua pesanan ayah dan ibunda saya. Alhamdulillah, saya masih bertahan sehingga kini kerana berpegangkan adab dan pesanan ibu serta ayah.

“Saya seorang yang sangat miskin di negara asal, sehinggakan saya perlu merantau meninggalkan keluarga tapi saya tahu kita akan di lihat kaya seperti jutawan jika kita mempunyai adab. Orang akan memandang tinggi terhadap kita.

“Orang akan percaya kita dan paling penting kita mampu mengubah banyak benda hanya dengan ‘adab’. Itulah lahirnya lagu “Jutawan”. Saya nak ajak semua untuk sebarkan perkara positif ini bersama saya melalui lagu ini,” kata Mark terus terang.

Tambahnya, lagu yang sememangnya mempunyai nilai positif dan ‘catchy’ ini juga mudah diingati serta amat mesra rakyat. “Jutawan” bukan hanya wang ringgit, tapi biar kita juga bergelar seorang “Jutawan” yang kaya dengan adab.

Lagu “Jutawan” boleh dimuat turun di iTunes dan strim menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, Youtube Muzik dan Spotify.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...