Faizal Tahir meriahkan promosi MAHA 2026 di SOGO

Oleh: Nafsiah Jani

Macam-macam cara yang digunakan pihak penganjur MAHA 2026 demi untuk menarik orang ramai mengunjungi Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dari 28 Ogos hingga 6 September ini.

Selaku penyanyi lagu rasmi MAHA 2026, Faizal Tahir juga turun padang mengadakan persembahan flashmob khas sempena mempromosikan MAHA 2029 di SOGO Kuala Lumpur. Kemunculannya mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengunjung yang tidak menyangka dapat menyaksikan persembahan istimewa artis kesayangan mereka secara bersemuka.

Dalam rangka promosi tersebut Faizal sempat mendendangkan tiga buah lagu antaranya lagu rasmi MAHA dan Gemuruh. Faizal Tahir turut berinteraksi dengan orang ramai dan kehadiran beliau turut memberikan nafas baharu kepada pendekatan promosi MAHA 2026 melalui gabungan muzik, hiburan dan pengalaman secara langsung.

Persembahan bertenaga Faizal Tahir dalam mempronosikan MAHA 2026 di SOGO, Kuala Lumpur.

Aktiviti berkonsepkan guerilla marketing itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha membawa kemeriahan MAHA 2026 lebih dekat kepada masyarakat, khususnya warga kota dan golongan muda.

Persembahan yang berlangsung secara spontan di ruang tumpuan orang ramai itu menampilkan gabungan muzik, tarian serta identiti MAHA 2026. Kehadiran para penari secara tiba-tiba berjaya mencuri perhatian pengunjung sebelum mereka bersama-sama memeriahkan suasana menerusi persembahan bertenaga.

Aktiviti flashmob di SOGO itu turut menjadi pembuka kepada perjalanan promosi MAHA 2026 menggunakan bas HOHO. Bas berkonsepkan MAHA 2026 tersebut mengelilingi beberapa lokasi ikonik di sekitar Kuala Lumpur, termasuk Istana Budaya dan KL Tower.

Faizal dikerumuni peminat yang merinduinya.

Pendekatan guerilla marketing itu memberikan pengalaman berbeza kepada orang ramai, selain mengetengahkan MAHA 2026 sebagai acara yang menggabungkan pertanian, teknologi, inovasi, agromakanan, hortikultur, agropelancongan dan hiburan.

Bertemakan “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”, pameran itu memberi penekanan kepada pemodenan sektor agromakanan menerusi penggunaan teknologi, inovasi dan penghasilan nilai sepanjang rantaian makanan.

MAHA 2026 menghimpunkan pelbagai pemain industri, usahawan, pengusaha agro, penginovasi dan agensi berkaitan, selain menawarkan pelbagai tarikan kepada pengunjung termasuk pameran teknologi pertanian, produk agromakanan, hortikultur, ternakan, agropelancongan, aktiviti interaktif dan hiburan.

Faizal Tahir kini sibuk dengan jemputan persembahan.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan penyanyi tersohor menerusi penganjuran Rhythm of the Farmers (ROTF) yang berlangsung setiap malam sepanjang MAHA 2026. Antara artis yang terlibat dalam Konsert ROTF ialah Hael Hussaini, Syamel dan Noraniza Idris. Orang ramai dijemput hadir ke MAEPS Serdang bagi menikmati pelbagai pengalaman, pameran dan aktiviti sepanjang 10 hari penganjuran.

MAHA 2026 merupakan antara program tahunan terbesar negara telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Jumaat lalu.

Latest

Hafiz Hamidun ajak berselawat menerusi album “Salawat The Beloved”

Oleh: Khadijah Ibrahim PERTAMA kali menonton video muzik "Nuril Anwar",...

Selamat Hari Kebangsaan Ke 69

Oleh: Syed Yusof Wafa Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bagi tahun...

Selebriti Terkenal Jayakan “SUARA MERDEKA KENCANA 2026” Malam Ini

Oleh: Syed Yusof Wafa SELANGOR, 30Ogos 2026 — Kalau selama...

CXF’26 Sasar Cipta Rekod MBOR, Satukan Bakat Muda dan Industri Kreatif

Oleh: Syed Yusof Wafa Creative Xperience Festival 2026 (CXF’26) bakal...
spot_img

Jangan Terlepas!

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Selamat Hari Kebangsaan Ke 69

Oleh: Syed Yusof Wafa Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bagi tahun...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Hafiz Hamidun ajak berselawat menerusi album “Salawat The Beloved”

Oleh: Khadijah Ibrahim PERTAMA kali menonton video muzik "Nuril Anwar", nyanyian Hafiz Hamidun yang diputarkan pada majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama Siti Khadijah, hati penulis...

Selamat Hari Kebangsaan Ke 69

Oleh: Syed Yusof Wafa Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bagi tahun 2026 diraikan pada 31 Ogos 2026 (Isnin) dengan tema rasmi "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati". Sambutan pada...

Selebriti Terkenal Jayakan “SUARA MERDEKA KENCANA 2026” Malam Ini

Oleh: Syed Yusof Wafa SELANGOR, 30Ogos 2026 — Kalau selama ini suara hanya bergema di bilik tidur, ruang tamu atau ketika karaoke bersama kawan-kawan, mungkin...