Intan Maya “Sangka Kau Suci”

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELEPAS muncul dengan single berjudul “Layak Bahagia’” dan “Dalam Ingatan” duet bersama Ashtin, kini Intan Maya muncul dengan single baharu, “Sangka Kau Suci”.

Sebuah lagi lagu yang menepati kriteria dan perwatakkan Intan Maya itu dicipta dan ditulis oleh Aria.J, IS dan N.H itu seolah-olah memberi sinar buat dirinya.

Intan Maya memilih lagu ini kerana merasakan bait-bait lirik lagu tersebut berkait rapat dengan ramai orang dan mempunyai maksud yang mendalam dan bukan sekadar penulisan untuk sebuah lagu semata-mata.

Lagu ini menceritakan mengenai perasaan kecewa seorang wanita apabila ditinggalkan kerana orang ketiga. Walaupun jalan ceritanya seakan ‘cliché’ tetapi dengan penyampaian emosi Intan Maya, lagu ini seakan hidup dan dapat dirasakan keperitan tersebut.

Intan Maya sudah ada tiga single sejak bernaung di bawah label SRC.

Menariknya, Aria.J, IS dan N.H terus merasakan lagu yang ditulis mereka ini dapat diterjemahkan oleh Intan Maya dengan baik saat sesi rakaman dilakukan dan proses itu amat singkat kerana sikap profesional semua pihak.

“Saya sentiasa mahu yang terbaik untuk perjalanan karier nyanyian saya. Saya mahu seiring dengan penyanyi-penyanyi lain. Banyak yang saya belajar sejak kebelakangan ini dan semestinya saya mahu umum mengenali saya dan juga lagu-lagu nyanyian saya,” ujar Intan Maya.

Beliau yang berjaya meloloskan diri hingga ke Top 5 untuk kategori Artis Baharu Terbaik sewaktu Anugerah Industri Muzik ke-24, baru-baru ini, enggan toleh belakang. Masih meletakkan harapan untuk menggenggam anugerah untuk tahun-tahun yang akan datang.

Bagi Intan Maya, setiap kali tampil dengan single baharu, dia akan pastikan produk yang dikeluarkan relevan dengan situasi semasa kerana tidak mahu hilang dari momentum dan mahu bergerak seiring dengan penyanyi-penyanyi lain.

“Saya sentiasa mahu yang terbaik untuk perjalanan karier nyanyian saya. Saya mahu seiring dengan penyanyi-penyanyi lain. Banyak yang saya belajar sejak kebelakangan ini dan semestinya saya mahu umum mengenali saya dan juga lagu-lagu nyanyian saya,” ujar Intan Maya yang merupakan artis naungan Suria Records (SRC) itu.

“Sangka Kau Suci” boleh dimuat-turun di iTunes dan strim menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, YouTube Muzik dan Spotify serta di semua saluran radio tempatan.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...