Awal Ashaari akan berlakon, kalau watak sesuai

Oleh: Khadijah Ibrahim

PROGRAM realiti TV yang berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu program ‘Innovathon 3’ bakal kembali memulakan siarannya, 9 malam, 6 Disember ini, di Astro Ria (saluran 104) serta turut disiarkan di RTM 1 (saluran 101), Okey (saluran 146), Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan Astro Showcase (saluran 413).

‘Innovathon 3’ adalah program kerjasama antara Astro dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang merupakan platform untuk mengangkat kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia seiring dengan usaha mencari penyelesaian serta penambahbaikan terhadap isu- isu sosioekonomi semasa.

Untuk musim ini, seramai 56 peserta telah terpilih menerusi sesi uji bakat dan bakal bersaing di pentas Innovathon 3 menerusi lapan episod yang sarat dengan idea-idea segar berteraskan sains, teknologi dan inovasi.

Menariknya, musim ini juga turut memperkenalkan Anugerah Khas Juri yang merangkumi tiga kategori, terbuka kepada semua jenis inovasi dan tidak lagi terhad kepada inovasi murid sekolah sahaja.

Kali ini ‘Innovathon 3’ menampilkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Ketua Setiausaha Menteri Ekonomi, Dato’ Nor Azmie Diron, sebagai Juri Tetap, bergandingan dengan Juri Selebriti, Erra Fazira.

Penampilan Awal Ashaari sebagai hos program ‘Innovathon 3’ bersama Amelia Henderson dapat ditonton di kaca TV mulai 6 Disember ini.

Sementara itu, Datuk Aznil Hj. Nawawi kembali sebagai Mentor Persembahan, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. Manakala, Awal Ashaari dan Amelia Henderson pula bakal mengemudi pentas sebagai hos musim ini.

Manakala, Ceddy Ang sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengacarakan Kapsul ‘Innovathon’ dan ‘Innovathon Xtra’ bagi merungkai kejadian menarik di sebalik tabir dan juga komen serta pendapat juri sewaktu pasca rakaman.

Awal Ashaari, 44, yang menggalas tanggungjawab sebagai hos sejak musim pertama bersama Lisa Surihani, musim kedua berseorangan dan kini kembali bersama Amelia Henderson.

Menurut Awal atau nama lengkapnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, beliau tidak ada masalah bekerjasama dengan rakan kerja baharu kerana Amelia seorang yang santai dan boleh dikatakan sejak rakaman, mereka jarang membuat latihan.

“Repertoir saya banyak ke arah hiburan, dibesarkan dengan rancangan hiburan dan gossip. Mengacara rancangan gossip selama lapan tahun jadi jiwanya lebih kepada hiburan dan bukan berteraskan sains dan teknologi.

“Dari hiburan yang happy go lucky, cakap lepas tiba-tiba kepada satu program yang sangat teratur dan ilmiah yang merupakan kolaborasi antara dua Kementerian iaitu Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi.

“Memang orang kata kaki dan tangan terikat, mulut pun diikat tapi sebenarnya perkara itu bagus kerana ia macam latihan untuk saya jadi lebih tenang serta relaks dan lebih kepada menjaga tutur kata. Kenalah dengan umur pun, bila umur dah meningkat kenalah lebih kepada korporat,” kata Awal tentang skop kerjanya itu.

Bergandingan dengan Amelia, bukan masalah bagi Awal kerana wanita itu seorang pengacara yang cukup senang bekerjasama.

“Bila digandingkan dengan Amelia Henderson mengingatkan saya bila bergandingan dengan Marion Caunter untuk program ‘One In A Million’ dulu. Amelia akan kata, tak apa abang, its okey, I ikut saja. Dia sangat santai dan tidak plan. Pergi saja dan spontan, smooth saja apabila di depan kamera.

“Saya dan Amelia dah buat untuk episod keenam, kita tak pernah pun rehearsal. Kita jumpa kat belakang pentas dan bila keluar tanpa sebarang latihan, bila di depan kamera terus jadi. Bila tengok chemistry kat situ, dah tahu kami boleh get along.

“Kalau saya ambil skrip dia, dia akan ambil skrip saya, sentiasa ada keserasian. Antara kami tak ada sikap siapa lebih bagus atau overshadow. Itu yang membuatkan saya seronok bekerja dengan Amelia, orang yang tidak terlalu beriya untuk membuatkan program itu jadi lively tapi lebih kepada bersahaja,” katanya tanpa berselindung.

Meskipun sibuk sebagai pengacara program, Awal mengakui beliau masih berminat untuk berlakon yang merupakan kerjaya pertamanya sewaktu menyertai bidang seni.

“Orang selalu tanya kenapa saya tak berlakon. Bukan saya berhenti berlakon tapi saya masih mencari watak yang sesuai, naskhah yang sesuai. Kalau ada yang kena saya buat sebenarnya. Mengacara lebih selesa tapi masih lagi boleh berlakon kalau kena dengan watak dan masa yang tak lama.

“Kadang-kadang nak bagi saya 30 episod, lamanya sebab penggambarannya hingga tiga empat bulan. Saya tolaklah, tapi kalau ada telefilem satu jam setengah, penggambaran tiga empat hari, insya-Allah boleh diterima.

Menunggu watak yang sesuai untuk kembali berlakon kerana Awal tidak mahu peranan yang dibawa memberi impak negatif kepada insan tersayang.

“Berlakon ini bukan saya punya forte, saya bukan seorang pelakon tapi saya seorang pengacara walaupun asalnya bermula dengan bidang lakonan. Tapi bila saya sudah mengacara, saya lebih suka tugasan mengacara. Lakonan itu akan datang apabila saya rasa selesa,” ujarnya.

Antara sebab kenapa Awal amat memilih kerana kebanyakan watak yang ditawarkan kepadanya masih sama, sebagai anak orang kaya atau anak emak.

“Tak naklah jadi anak orang kaya baru balik dari oversea, penat dah. Dapat jadi suami yang ikut dan dengan cakap mak ni dah macam terlalu klise dengan saya sebab saya sudah berlakon hampir 40 buah drama, kebanyakan watak yang sama saja.

“Nak kata jadi orang gila tak lah, cuma kalau boleh nak satu watak yang saya tak pernah lakonkan lagi. Itu mungkin dapat memberi satu tarikan untuk saya berlakon. Kalau watak yang diberi itu mencabar saya sebagai seorang pelakon, macam sebagai anak mak tapi melupakan tanggungjawabnya sebagai suami, itu menarik.

“Atau anak mak yang tiba-tiba kahwin dan terus ikut cakap isteri, itu okey juga. Benda itulah yang saya inginkan. Alang-alang kalau nak berlakon tu, biarlah ada kelainan daripada apa yang saya pernah bawa sebelum ini. Tapi sama ada boleh berlakon atau tak, kena fikir juga sebab dah lama tak berlakon.

“Selain watak, saya akan melihat skrip dan kesesuaian sama ada saya boleh bawa watak itu atau tak. Saya pernah ditawar watak sebagai penggoda kepada lelaki. Macam mana saya nak buat, mungkin watak itu menarik tapi saya kena fikir, aku ada anak. Tak kena dengan saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak saya.

“Kalau saya bujang, mungkin drama itu akan terjadi. Saya kena fikir impak untuk orang sekeliling saya. Itu belum mak saya tengok lagi. Kalau saya berlakon dan mak saya tengok, mesti saya kena bebel sebab percaya dengan drama itu.

“Mak saya pernah menangis tengok saya berlakon, dia kata kenapa buat macam tu, mak tak suka. Jangan berlakon lagi drama macam tu lagi. Itu antara benda yang saya pertimbangkan,” kata Awal lagi.

Latest

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala...

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...
spot_img

Jangan Terlepas!

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...

DPDDM DAN DPPKL JALIN RANGKAIAN STRATEGIK, PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN NEGARA

Oleh : Nafsiah Jani Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM)...

Konsert “Aishah 40 Chapters of Love”, berkonsep penceritaan melalui muzik

Oleh: Khadijah Ibrahim BAGI meraikan empat dekad legasi muzik yang...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula sejak 4 -22 Mei 2026, peminat teater berpeluang menonton pementasan Randai Macbeth di Panggung Eksperimen...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau Bombay akui, beliau telah beberapa kali bekerjasama dengan penyanyi Datuk Awie dalam penganjuran konsert...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala besar pada 12 September 2026 ini, di Stadium Merdeka. Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate...