RadjaWali tidak sabar untuk bertemu peminat, 10 Januari 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim

JARANG sekali kita mendengar penyanyi-penyanyi tempatan diundang untuk menjayakan persembahan, apatah lagi konsert di Indonesia berbanding dengan lambakan artis dari seberang itu di sini.

Jika adapun artis Malaysia akan berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi di sana seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza mahupun kumpulan Exists.

Mungkin kerana sikap keterbukaan kita dalam bidang seni atau ketidak tegasan pihak bertanggungjawab menguruskan kemasukan artis luar membuatkan Malaysia menjadi pilihan mereka untuk berkarya kerana muzik itu tiada sempadan.

Apapun penganjur tidak akan sewenang-wenangnya menganjurkan sesebuah konsert jika artis yang diketengahkan tidak mampu menarik perhatian ramai untuk menjana pendapatan mereka selepas mengeluarkan modal yang besar.

Wali Band janji akan memberikan kelainan untuk konsert pada Januari 2026.

Kalau sebut nama Radja atau Wali Band, dua kumpulan tersebut sudah cukup popular di kalangan peminat muzik tempatan kerana lagu-lagu dendangan mereka dari awal album hingga kini masih lagi menjadi pilihan ramai.

Pada yang meminati lagu-lagu dendangan Radja seperti “Jujur”, “Benci Bilang Cinta”, “Ta’kan Melupakanmu”, “Cinderella” dan “Bulan”, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan kumpulan yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia yang ditubuhkan pada 2001 itu.

Radja tidak akan bersendirian di pentas kerana pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya, kumpulan tersebut akan bergabung dengan Wali Band bagi menjayakan persembahan khas bertajuk “Pentas RadjaWali Live in Malaysia”.

Bagi peminat Wali Band pasti tidak sabar mahu mendengar lagu-lagu dari kumpulan yang berasal dari Ciputat, Tangerang Selatan itu seperti “Cari Jodoh”, “Yank”, “Aku Bukan Bang Toyib”, “Baik-Baik Sayang”, “Ada Gajah Dibalik Batu” dan “Tomat (Tobat Maksiat)”.

Ian Kasela, selaku vokalis utama Radja meluahkan keterujaan untuk kembali membuat persembahan di Malaysia selepas sekian lama.

“Malaysia selalu dekat di hati kami dan kami tidak pernah melupakan peminat di sini. Ia satu impian yang menjadi kenyataan apabila kami diundang untuk beraksi semula,” katanya penuh semangat.

Selain Ian Kasela, Radja turut dianggotai oleh Moldy (gitar utama), Indra Riwayat (bass) dan Seno Aji Wibowo (dram). Kumpulan tersebut pernah mengadakan konsert pada 2023 dengan menampilkan Ratu Rock, Ella sebagai jemputan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Penganjur utama bersama dengan rakan-rakan strategik yang menjayakan konsert ‘Pentas RadjaWali Live in Malaysia” pada sidang media baru-baru ini.

Sementara itu, kumpulan Wali yang dianggotai oleh Faank, Apoy, Ovie dan Tommy turut menyifatkan Malaysia sebagai destinasi istimewa buat mereka. Pada Jun lalu, Wali Band turut mengadakan persembahan sempena Konsert Jiwa Kacau 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

“Syukur… Malaysia ibarat rumah kedua kami. Kami merindui sambutan mesra peminat serta juadah enak di sini. Untuk konsert kali ini, kami akan tampil dengan sesuatu yang berbeza,” kata mereka.

Bagi Impian Al Fateh Sdn. Bhd., GIS Entertainment & Events dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) sebagai penganjur bersama konsert “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” menjanjikan penonton akan terhibur dengan persembahan luar biasa yang sarat dengan emosi, tenaga dan nostalgia daripada dua kumpulan tersebut.

Pengarah Projek yang juga Pengarah Konsert, Muhamad Firdouz Abd Razak atau Fidote berkata, populariti dua nama besar ini di Indonesia serta Malaysia tidak perlu dinafikan lagi.

“Baik Radja mahupun Wali Band, kita semua sedia maklum bagaimana showmanship mereka di atas pentas. Kita tengok daripada konsert-konsert mereka yang lepas pun, sangat energetik.
Kehadiran mereka ke Malaysia pada 10 Januari depan pun memang dinantikan peminat fanatik mereka,” katanya.

Tiket konsert “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” ditawarkan dalam
beberapa kategori tiket bermula dari RM177 hingga RM977. Ia boleh didapati melalui Fantopia.io

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...